DIY baiki pintu almari sliding, tak perlu nak beli almari baru. Ramai yang ada almari pintu gelongsor (sliding) mesti pernah berdepan masalah pintu susah dibuka atau terus rosak. Bila jadi begitu, ada yang terus rasa nak tukar almari baru kerana fikir lebih mudah.
DIY Baiki Pintu Almari Sliding, Tak Perlu Nak Beli Almari Baru
Sebenarnya, sebelum buat keputusan beli almari baharu, ada baiknya cuba dulu baiki sendiri. Kos pun sangat murah, hanya sekitar RM2 sahaja. Cara ini dikongsikan oleh Nazmi Sakip dan memang mudah untuk diikuti.
Langkah-langkah Baiki Pintu Almari Sliding
Kebiasaannya, pintu almari jenis sliding memang mudah rosak, lebih-lebih lagi jika sudah lama digunakan. Tapi, nak baiki pun tak susah mana.
Pergi ke kedai hardware atau kedai barangan elektrik untuk beli casing kabel bersaiz 1/2 inci. Pastikan panjangnya sekitar 6 kaki.
2. Selepas itu, pasang casing kabel tersebut di bahagian bawah pintu almari seperti yang ditunjukkan dalam gambar rujukan. Paling mudah, gunakan skru untuk kemaskan kedudukan casing itu supaya lebih kukuh.
Ads
Ads
Kesimpulannya, tak perlu terburu-buru beli almari baru jika pintu sliding mula bermasalah. Dengan sedikit usaha dan bajet kecil, anda boleh selesaikan masalah itu sendiri di rumah. Jimat dan praktikal!
Menggantung bingkai gambar di dinding rumah selalunya memerlukan kita menggunakan paku dan perlu menebuk lubang pada dinding. Ini mungkin mengganggu, terutama sekali jika anda tinggal di rumah sewa atau tidak mahu merosakkan dinding yang cantik.
Jangan risau! Terdapat beberapa trik yang boleh anda cuba untuk menggantung bingkai gambar tanpa perlu menggunakan paku atau menebuk lubang.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
IMPIANA : Lepas ni anda boleh menggantung bingkai gambar dengan mudah tanpa perlu risau tentang merosakkan dinding rumah. Selamat mencuba!
Checklist Aksesori Praktikal Pelengkap Kabinet Dapur Supaya Lebih Kemas & Tersusun!Bagi yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapur atau ingin ‘upgrade’ kabinet dapur sedia ada, pertimbangkan aksesori ini. Memang berfungsi praktikal dan menjadikan dapur lebih kemas, tersusun.
Ini antara aksesori yang sesuai dan super praktikal untuk letak dalam kabinet dapur.
1. Rak Tarik Keluar (Pull-Out Basket / Wire Basket)
-Untuk simpan minyak, sos, rempah.
-Senang capai & bersih, tak melekit-lekit lantai kabinet.
2.Rak Sudut Berpusing (Lazy Susan / Magic Corner)
-Sesuai untuk kabinet L-shape, tak membazir ruang hujung tu.
-Letak periuk, blender, atau bekas bertingkat.
3.Laci Bertingkat (Multi-tier Drawer)
-Sudu, senduk, pisau tersusun ikut saiz dan nampak kemas.
-Ada yang ada tray berlapis, jimat ruang.
4. Tong Sampah Tarik (Pull-Out Dustbin)
-Terletak elok dalam kabinet bawah sinki.
-Lagi kemas, bau tak merebak & dapur lebih hygiene.
5. Rak Tudung Periuk / Rak Penutup
-Boleh dipasang pada pintu dalam kabinet.
-Tudung periuk tersusun, tak bertimbun.
6. Tray Pan (Untuk Loyang & Talam)
-Ruang khas untuk talam, dulang pembakar,tak bertindih bersepah.
1. Rak Pinggan Bertingkat + Tray Air (Plate Rack with Drip Tray)
-Biasanya diletak atas sinki.
-Air terus menitis ke tray. Pinggan cepat kering, kabinet kekal kering.
2.Rak Tarik Turun (Pull-down Rack)
-Praktikal untuk simpan rempah, senang capai walau kabinet tinggi.
3.Rak Cawan Gantung / Mug Hanger
-Yang jenis klip pada rak. Cawan tergantung cantik & jimat ruang.
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang rancang buat kabinet atau nak upgrade kabinet dapur, boleh pertimbangkan aksesori pelengkap ini. Barulah kabinet dapur lebih berfungsi praktikal, mudah dicapai dan barangan juga kemas tersusun.
Tingkap kaca rumah di Jerman besar-besar, reka bentuk unik, praktikal dan bijak. Jerman sememangnya terkenal dengan seni bina yang kemas, praktikal dan bertumpu kepada kecekapan tenaga. Dalam kalangan pengunjung luar, salah satu ciri menarik yang sering mencuri perhatian ialah saiz tingkap rumah-rumah di sana.
Tidak seperti rumah tipikal di kebanyakan negara lain, rumah di Jerman cenderung untuk memiliki tingkap kaca yang amat besar, malah kadang kala hampir memenuhi keseluruhan dinding.
Sesuatu yang unik di Jerman, rumah-rumah di sini mempunyai tingkap kaca yang sangat besar ukurannya. Ianya bagi memastikan cahaya matahari menembusi ruang dalaman rumah dan panas yang mencukupi ketika ketibaan musim sejuk.
Contoh nyata ruang tamu di dalam rumah aku sahaja mempunyai 80% permukaan kaca tingkap. Kaca tingkap pula 5-6 cm ketebalannya.
Selain itu, ramai orang yang pertama kali tiba Jerman menganggap tingkap Jerman lain dari yang lain kerana rekabentuknya yang unik.
Apa yang uniknya? Uniknya adalah tingkapnya boleh dibuka luas dari sisi tepi (swing) atau dari atas (tilt). Ianya sebenarnya rekabentuk yang sangat praktikal dan bijak. Reka bentuk ini dipanggil ‘tilt and turn window’.
Lihat foto di bawah. Ianya adalah tingkap kaca ruang tamu dan uniknya ianya boleh dibuka dari semua arah! (Dari condong atas atau dari sisi tepi).
Buka ke dalam dari sisi tepi (turn mode): Untuk pengudaraan maksimum atau cucian.
Condong dari atas (tilt mode): Untuk pengudaraan ringan tanpa bahaya keselamatan (contohnya di bangunan tinggi atau jika ada anak kecil).
Jika condong dari atas (tilt mode), tingkap masih tertutup dari luar dan susah untuk penceroboh masuk. Sesuai untuk rumah yang mahu udara segar tapi kekal selamat.
Bila dibuka sepenuhnya dari sisi tepi (turn mode), ia menghadap ke dalam jadi senang nak cuci bahagian luar dari dalam rumah. Tak perlu panjat atau buka jeriji.
‘Tilt mode’ benarkan udara masuk dari atas tanpa hembusan terus bagus waktu musim sejuk, supaya tak terlalu sejuk dalam rumah tapi masih dapat udara segar.
Bingkai tingkap jenis ini biasanya sangat rapat dan kukuh, jadi ia menahan bunyi dan menjaga suhu dalam rumah sesuai dengan standard tenaga yang tinggi di Jerman.
Aku teringat lama dahulu semasa mula-mula membuka tingkap ruang tamu ini untuk membenarkan angin luar masuk dalam rumah, aku menyangka aku telah mematahkan struktur ensel atau rekabentuk tingkap yang unik ini! Rupa-rupanya memang rekaannya sebegitu!
Dinding rumah-rumah di sini pula sangat tebal binaannya dan dilapisi pula dengan penebat haba bagi mengelakkan haba dalam rumah dari menyusupi keluar.
Tambahan pula, negeri-negeri di Eropah sangat kurang menerima cahaya matahari di musim sejuk.
Satu lagi majoriti rumah-rumah di Jerman memang tidak ada yang memasang jeriji besi (grill) di semua bahagian rumah disebabkan kadar jenayah yang amat rendah sekali walaupun rumah mereka terletak di tingkat bawah sekali.
Keselamatan penduduk-penduduk yang menetap di Jerman amat terjamin. Betul-betul ‘peace of mind’ tanpa khuatir sebarang kegiatan jenayah.
Ketika musim panas, dengan waktu siang yang panjang menyebabkan matahari terbit sekitar jam 4 pagi dan terbenam sekitar jam 10 malam. Jadi malam yang sangat singkat kurang membantu mengurangkan suhu persekitaran.
Akan tetapi jika cuaca terlalu panas atau ‘heatwave’ melanda, sekolah dan pejabat mesti ditutup demi keselamatan orang ramai.
Pejabat atau sekolah ditutup di Jerman hanya kerana cuaca panas yang luar biasa (heatwave) di panggil ‘hitzfrei’.
Konsep lama yang digunapakai hingga kini setiap kali kali cuaca mencecah suhu yang luar biasa ini wujud semenjak tahun 1892!
Sebenarnya tiada peraturan bertulis khusus bila pejabat atau sekolah harus ditutup apabila suhu cuaca mencecah tinggi. Terpulang kepada kehendak atau bergantungnya keperluan di tempat kerja.
Yang pasti, syarikat mesti memastikan keselesaan ruang kerja atau sekolah dengan memastikan suhu bilik tidak melebihi daripada 26 darjah Celsius.
Jika suhu cuaca melebihi 30 darjah, majikan harus mengambil tindakan segera bagi melindungi para pekerja mereka. Ini tidak hanya berlaku untuk pejabat dan sekolah akan tetapi juga kedai, gudang, bengkel, atau tempat kerja lain.
Para pekerja juga boleh memilih tempat kerja yang lebih selesa. Jika mereka bekerja di luar dan terdedah kepada cahaya matahari, majikan harus memastikan ada tempat untuk pekerja berteduh dan air minuman yang mencukupi.
Ada juga sebilangan para pekerja dibenarkan mengubah waktu kerja mereka bagi mengelakkan cuaca yang panas lagi melampau. Sementara itu, untuk pelajar sekolah, mereka masih bersekolah tetapi dibenarkan pulang awal apabila suhu dalam kelas mencecah 30 darjah walaupun jam menunjukkan 10 pagi.
Secara keseluruhannya, tingkap besar dalam rumah-rumah Jerman mencerminkan keutamaan masyarakatnya terhadap keselesaan, kelestarian dan rekaan pintar yang sesuai dengan perubahan musim. Ia menjadi bukti bahawa elemen seni bina boleh berfungsi lebih daripada sekadar hiasan. Ia juga menyumbang kepada kesejahteraan hidup harian.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.