Make Over Almari Lama Buruk Berwajah Baru Berseri, Guna Cat & Wallpaper! Almari lama di rumah yang dah buruk namun masih berfungsi dengan baik, jangan sesekali dibuang. Sebaiknya boleh lakukan transformasi dengan merubah wajah almari ini menjadi seperti baru beli.
Cantik dan kreatif sungguh sentuhan daripada Shida Razak KC ini, berjaya menghias dan dekor almari lama jadi lebih cantik dan berseri.
Almari tahun 90an mak yang dah buruk ni sis dah makeover dengan suami jadi baru balik. Apa saja dalam rumah mak sis kalau dah buruk tu, sis cuba baru kan. Selain jimat, boleh digunakan semula dengan wajah baru yang anggun.
Deko cara jimat sis adalah suka recycle barang lama jadi baru. Kayu perabot dulu-dulu memang tip top..tak mereput pun. So sis letak cabinet ni dalam bilik yang telah sis deko cantik. Laci-laci lama dikeluarkan terlebih dahulu dan dibersihkan. Spray dengan ubat anai-anai sekali. Spray redsect pun boleh..lepas tu bersihkan dengan tuala basah. Jemur pada mentari panas seketika. Biar kering. Habis mati hama-hama semua. Wrap dengan wall paper kosong dalam laci tersebut. Biar bila kita letak lipatan baju, tak la berbau kayu lama pada baju.
Cara makeover almari lama ni, Step by step sis tunjukkan cara dalam gambar.
Makeover ni dah 2 tahun sebenarnya..sis baru upload sini.
IMPIANA: Kreatif sungguh, almari lama yang dah buruk namun masih boleh guna lagi bertukar wajah nampak baru bila buat transformasi begini. Memang terbaik. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Lima gajet rumah berbaloi beli untuk mudah kerja dan jimat masa buat kerja rumah. Gajet atau produk ini ini sesuai sangat buat pasangan suami isteri bekerja dan punya anak masih kecil.
Pasangan sebegini pastinya tak cukup kaki tangan untuk melakukan kerja rumah. Adanya peralatan elektrik atau gajet yang boleh membantu memudah atau melangsaikan kerja memang melegakan. Meski sedikit mahal tapi mampu memberi masa untuk kita berehat.
Perkara inilah yang dirasakan oleh Amni Azmi. Dalam satu perkongsian yang tular beliau menyenaraikan lima peralatan di rumah yang sangat membantu dan memudahkan ibarat ‘membeli masa’ dengan wang.
Masa awal berkahwin tahun 2019 kami duduk di apartment sewa. Owner ada sediakan iron biasa. Ada satu hari tudung kegemaran saya terbakar. Saya menangis sebab saya propose kepada suami untuk beli steam iron Philips, tapi kena reject sebab dia kata mahal sangat. Harga ketika itu RM600.
Saya dah lama tak guna iron biasa sebab mak saya pengguna steam iron Philip sejak zaman saya sekolah. Selepas beberapa siri merajuk kami pun share duit beli seterika ini. Rupanya masa tu saya belum faham cara suami saya fikir. Dia nak saya hantar proposal full pros and cons guna steam iron Philip, kena justify harga begitu begini.
Sekarang saya kerja di sektor swas, kebanyakan pakaian saya casual dan ironless. Jadi suami sayalah yang paling banyak menggunakanna. Alhamdulillah pakaian kami tak pernah terbakar sejak guna iron steam dan syukur model yang kami beli tak pernah ada masalah sampai sekarang. Kena rajin buat maintenance (decalc) bila tiba masanya.
Kami berpindah ke rumah sendiri bebera tahun lalu. Suami beli robot vacuum. Sejak dari itu kami masih guna robot vacuum yang sama. Ada satu kali saja tukar bateri. Kelebihan robot vacuum, menyenangkan kerja maintenance menyapu. Jadi tak perlu menyapu harian cuma sesekali kena buat deep cleaning rumah.
Sustainability itu penting. Walaupun per cycle lama, 1 cycle jatuh beberapa sen je. Bil elektrik kami tak naik sangat pun sejak ada dryer. Modal upfront agak keras juga dalam RM3-4k untuk heatpump tapi setakat ini pulang modal sebab dah guna beratus cycle. Ada hari guna 2-3 kali.
Selepas itu kami beli dishwasher. Sebab duduk dua orang jadi beli Toshiba yang lower entry grade sahaja untuk penggunaan dua orang. Tablet dishwasher beli shopee RM60 dapat la 90 tablet. Average penggunaan satu tablet sehari. Memang boleh basuh dengan tangan. Tapi saya jenis tak suka berlama-lama di dapur depan sinki dan berbasah-basah.
Masa membasuh boleh pilih ikut mode. Saya suka guna mode hygienic tapi dalam 2 jam juga. Bagi saya takde masalah, sebab masa dia membasuh kita boleh rehat, baca quran, kemas lap dapur dan kerja sambilan.
Bila siap, pinggan mangkuk pun kering. Kadang-kadang jenis makanan yang degil ada sisa yang tak hilang sepenuhnya (jarang berlaku), tapi boleh saja basuh semula dengan usaha yang minima sahaja. Guna dishwasher tak naik banyak pun elektrik. Bil air pun sama sahaja malah lebih jimat sebab kita basuh sekali gus.
Konsep tinggal dan masak, dan sesiapa boleh hasilkan masakan yang sama kalau ikut resepi. Satu sebab saya baru terjebak dengan Thermomix sejak hamil kerana saya rasa saya ada konflik dengan makanan.
Saya hilang selera makan dan berat turun. Tapi saya tak mahu makanan yang beli kat luar. Tapi saya tak selera juga makan makanan masak sendiri. Last sekali saya beli Thermomix dan suami saya ikut resepi dalam Cookidoo dan group Thermomix. Saya berselera makan.
Ujarnya berdasarkan pengalaman menggunakan gajet-gajet ini yang bantu memudahkan urusan harian di rumah dan satu pelaburan yang membahagiakan keluarga.
“Jangan rasa kedekut untuk melaburkan modal bagi membeli masa yang lebih. Kita kena berdamai dengan teknologi. Masa itu lagi mahal dari wang ringgit. Sebab masa tak boleh dapat kembali. Duit boleh cari balik,”katanya.
DIY Frame Hiasan Koleksi Pingat, Modal Jimat & Lebih Kemas Tersusun! Setiap acara dan pertandingan yang disertai pasti mempunyai kenangan dan memori yang tersendiri. Jika di rumah mempunyai banyak koleksi pingat serta tak tahu nak simpan bagaimana, pemilik kediaman boleh ikut idea yang dikongsikan ini.
Memang menarik, bukan sahaja koleksi pingat-pingat dapat dipamerkan malah boleh dijadikan hiasan pada sudut rumah. Nampak lebih kemas dan tersusun nanti. Tak lah bergantung atau tersimpan dalam kotak sahaja. Malah kos nak buat pun murah je, memang jimat.
“Projek DIY membuat frame untuk pingat anak-anak. Lagi cantik buat frame macam ni nampak lebih kemas dan tersusun semua pingat. Modal murah je tapi hasil memuaskan.”
Frame
Cardboard putih
Cable tie
Cat spray
Pencungkil Gigi
Pisau/Gunting
Solatip (pita pelekat)
1. Beli bingkai kayu ikut citarasa sendiri. Boleh pilih sama ada jenis segi empat atau segiempat tepat.
2. Kemudian, catkan dengan ‘Spray Paint’. Warna pilihan semburan cat juga terpulang dengan citarasa sendiri. Boleh pilih rona hitam untuk nampak lebih elegan dan eksklusif.
3. Kemudian, potong cardboard (kertas keras) mengikut ukuran dan bentuk bingkai kayu tadi.
4. Selepas itu, buat lubang pada cardboard dan letak pencungkil gigi dan solatip kan ia. Boleh susun pingat-pingat yang ada.
5. Setelah itu, ikat pula pingat pada pencungkil gigi tadi menggunakan cable tie.
6. Begini hasilnya selepas pingat-pingat diikat pada pencungkil gigi menggunakan cable tie.
7. Letak pula cardboard pada lapisan luar supaya nampal lebih kemas dan cantik.
Siap!
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Memang kreatif dan menarik idea ni. Boleh dijadikan inspirasi untuk pamerkan koleksi pingat-pingat yang ada supaya nampak lebih kemas dan tersusun, sekaligus menjadi hiasan dekorasi rumah yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke salah satu projek dekorasi milik kontraktor bumiputera @yannariff_decor. Projek kediaman Mid Century Modern, teres 2 tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Ruang yang didekorasi hanya dilakukan pada tingkat bawah di bahagian ruang tamu dan dapur.
Konsep sesebuah kediaman memainkan peranan penting dalam ‘merubah wajah’ rumah. Sebaiknya, konsep yang dipilih kekal relevan seiring peredaran waktu dan tidak hanya sekadar mengikut trend semata-mata.
Bagi pemilik kediaman, Azizul Ibrahim, konsep Mid Century Modern yang dipilih adalah kerana ia berkonsep ‘timeless’, kekal relevan tak lapuk dek zaman dan sesuai sepanjang masa. Malah mempunyai warna yang menarik dengan elemen rona ‘brownish’, neutral, earthy & cognac menyerikan dan melengkapkan konsep ini.
IMPIANA tertarik dengan pemilihan ‘texture wall’ di ruang tamu yang menggunakan PU Stone. Tekstur permukaan material yang kian menjadi trend ini seakan ‘batu sebenar’ pada dinding gua, dapat menyerlahkan lagi ‘feature wall’ di ruang tamu. Malah pemasangan juga tampak cukup kemas tanpa kelihatan ‘gap’ antara kepingan material ini.
“Bahagian dinding ini saya menggunakan material ‘PU Stone’. Sebenarnya kepingan ‘PU Stone’ ini dilekatkan ke dinding dan mempunyai ‘gap’. Namun saya kemaskan iya, menutup dengan simen supaya ‘gap’ tersebut tidak kelihatan,” ujar Azizul.
Pemilik kediaman juga bijak mix & match serta guna pakai perabot yang sedia ada pada kediaman sebelum ini bagi menepati konsep yang menjadi pilihan. Malah turut menggemari ruang kediaman yang tampak luas dan tidak tertutup terutamannya pada bahagian bawah tangga.
“Side table di ruang tamu ini sebenarnya adalah ‘bed side table’ dari bilik lama saya. Saya ‘modify’ sikit pasang tempat caj telefon. Tak tahu nak letak mana saya letak di ruang tamu. Nak buang sayang pula,”
“Saya suka kawasan yang luas dan tak suka bahagian bawah tangga bertutup dijadikan stor pasang ‘fluted panel’ , ia nampak biasa,” jelas Azizul.
Citarasa pemilik kediaman ini ternyata gemar idea dekorasi yang tampil berbeza dengan kediaman lain. Ini dapat dilihat dari segi pemilihan konsep rumah, material ‘feature wall’, barangan perhiasan seperti ‘custom artwork’ pada dinding, pilihan lampu gantung, rekabentuk kabinet dan sebagainya.
Menjengah ke ruang dapur, pemilik memilih kemasan Quartz Stone corak marble pada kaunter top dan melamine pada pintu kabinet. Bahagian ‘backsplash’ tampil bergaya dengan material ‘bamboo fiber’ yang lebih jimat kosnya berbanding jubin.
“Untuk bahagian kaunter top saya gunakan Quartz Stone corak marble, pintu kabinet pada wet dan dry kitchen menggunakan melamine sahaja, sebab saya bukan ‘heavy’ untuk memasak. Bahagian (backsplash) pula saya guna ‘bamboo fiber’ untuk melekatkannya dan bukan guna tiles bercorak. Malah ia lebih murah,” kata Azizul.
Selain kabinet bertutup penuh, binaan kabinet dapur kering pemilik tampil berbeza apabila mempunyai rak terbuka bagi meletak hiasan bagi menambah elemen dan kelainan pada ruang ini.
Pemilik juga mementingkan keselamatan kucing-kucing tersayang. Meskipun Jaring keselamatan ‘Safety Mesh’ dipasang pada bahagian ‘sliding door’ bagi mengelakkan ‘si bulus’ keluar rumah, namun ia juga dapat berfungsi memberi pengudaraan dan pencahayaan pada kediaman.
“Saya ada bela kucing, jadi saya tak mahu kucing keluar daripada rumah saya pasang ‘safety mesh’ ini. Ia juga untuk pengudaraan dalam rumah. Malah ia juga mudah dibersihkan berbanding menggunakan ‘grill’ biasa,” jelas Azizul yang mengeluarkan kos lebih RM2,000 untuk memasang ‘safety mesh’ ini.
Mengakhiri temubual, bagi pemilik rumah merupakan terapi bagi dirinya. Menempuhi kesesakan jalan raya ketika pergi dan balik kerja, disamping sesekali menghadapi tekanan di tempat kerja, apabila balik ke rumah dan mempunyai rumah yang selesa, cantik dan cosy ia bagaikan terapi buat diri sendiri.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Azizul Ibrahim Usia Kediaman: 5 bulan (November 2024) Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat Konsep: Mid Century Modern Lokasi: Sepang Keluasan Kediaman: 20’x70′ (1,400kps) Pereka ID: Yann Ariff Decor Kos Dekorasi: RM70,000 Spesifikasi Ruang:
4 Bilik, 4 Bilik Air, Ruang Tamu,Ruang Makan, Dapur Kering & Dapur Basah
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.