Tip pilih karpetuntuk rumah, kena sesuaikan dengan konsep dekorasi. Memilih warna karpet atau permaidani yang sesuai untuk kediaman memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidanisahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
+ Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
Jenama funbies dan CLV Glasstech, dua jenama di bawah CLV Group of Companies telah melancarkan kedai pameran cermin dan perabot berkonsepkan teknologi pintar (AI) yang pertama di Malaysia. Kedai pameran tersebut yang dikenali sebagai funbies x CLV Glasstech Experience Hub yang bertempat di Emporis, Kota Damansara mempamerkan rangkaian produk yang boleh di lihat oleh para pengunjung. Keunikkan bilik pameran jenama ini adalah, setiap slot kunjungan hanya di tempah khas untuk seorang pengunjung dan apa yang menjadikannya benar-benar unik ialah ketiadaan pembantu kedai pameran yang akan membimbing lawatan para pengunjung, ini kerana keseluruhan konsep kedai pameran dikendalikan oleh sistem penderia audio yang inovatif bagi memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat produk dengan lebih jelas. Antara matlamat utama bilik pameran konsep pintar ini dibangunkan adalah untuk memberikan para pengunjung dengan pengalaman revolusi baharu serta moden, melihat dan berinteraksi dengan produk.
Selain itu, kios digital berinteraktif tersedia di kedai pameran tersebut bagi membolehkan anda meneroka rangkaian produk dengan cara yang menarik dan bermaklumat. Sama ada untuk mencari maklumat khusus, membuatkan perbandingan produk yang berbeza atau sekadar menyemak imbas, kios interaktif ini akan menjadi teman yang sempurna buat anda. Di samping penggunaan kios interaktif secara terus, para pengunjung juga boleh menghubungi talian khidmat pelaggan secara panggilan audio atau video melalui kios tersebut sekiranya terdapat sebarang soalan atau ingin membuat pembelian.
Untuk maklumat anda, CLV Glasstech, jenama Malaysia di bawah CLV Group of companies ini menyediakan rangkaian produk cermin pelbagai jenis dengan reka bentuk yang unik sejak tahun 2020. Keunikkan jenama cermin ini adalah, para pelanggan boleh mereka bentuk sendiri bentuk dan saiz mengikut kehendak tersendiri. CLV Glasstech berhasrat untuk menjadi jenama utama di Malaysia bagi sektor produk cermin dan kaca seterusnya mendorong inovasi cermin dan kaca ke peringkat yang lebih tinggi.
Manakala funbies pula, merupakan sebuah jenama tempatan yang juga di bawah naungan CLV Group of companies yang berpengalaman khusus dalam kelengkapan perabot nurseri dan barangan keperluan bayi selama 20 tahun dalam industri eksport, dan mula menceburi pasaran Malaysia sejak tahun 2019. Jenama ini amat mementingkan kualiti serta keselamatan produk perabot nurseri dan kepelbagaian fungsi bagi setiap satu produk. Untuk memastikan produk mereka setanding dengan piawaian keselamatan, funbies menggunakan bahan utama yang kukuh seperti rubberwood yang terkenal dengan keutuhan dan jangka hayat yang lama. funbies juga berharap agar syarikat mereka dapat mengorak langkah di sektor perabot antarabangsa pada masa akan datang.
Di samping perasmian funbies x CLV Glasstech Experience Hub, majlis tersebut juga mengetengahkan rancangan masa hadapan CLV Group of companies buat julung kalinya. Memegang slogan “Clear Possibilities”, CLV Group of companies mengambil peluang dengan bekerjasama dengan syarikat bersama serta syarikat perkongsian untuk mencapai visi menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat pelaburan kepada syarikat bersama dan jenama di bawah naungan pada masa yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari platform media sosial rasmi Instagram serta Facebook funbies (@funbiesmy) dan CLV Glasstech (@clvglasstech) atau laman sesawang mereka diwww.funbies.com.my dan www.clvglasstech.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular tanah air, Nurul Jannah Binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick. Sebelum ini, anak kelahiran asal Sungai Petani, Kedah ini telah mendapat perhatian ramai selepas dikhabarkan telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya sekitar bulan September yang lalu.
Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 ini berkongsi khabar berita gembira itu bersama orang ramai menerusi beberapa entri di akaun laman media sosial miliknya.
Selain menjadi perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai, sikap yang ditonjolkan oleh Janna dengan membuat persediaan awal membeli sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun mendapat pujian.
Keperibadian yang ditonjolkan oleh Janna ini bukan sahaja hanya meraih perhatian malah telah menjadi contoh teladan yang baik kepada orang ramai khususnya golongan anak muda.
Bak kata orang, sedikit sebanyak dengan semangat yang ditonjolkan oleh Janna ini boleh dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dan pemangkin semangat. Betul tak?
Jadi, kami di IMPIANA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Janna. Semoga terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya pada masa akan datang.
Peti Ais merupakan satu keperluan perkakasan dapur di rumah. Ada pelbagai jenis, jenama dan warna. Rona hitam selalunya menjadi pilihan ramai, ia nampak lebih eksklusif dan cantik.
Namun demikian, warna ini mudah meninggalkan kesan kotoran, cap jari dan kesan air pada permukaan peti sejuk. Ada caranya untuk ‘polish’ Peti Ais jadi bersih, cantik berkilat macam baru keluar kilang.
Selalu para isteri kat rumah suka nak beli peti ais warna hitam ni. Katanya cantik.Tapi nak beli peti ais warna hitam ini ada harga kos maintenancenya iaitu masa dan tenaga.
Macam orang pompuan nak cantik kenalah make up gincu foundation bedak primer dan lain-lain.Nak maintain peti ais warna hitam premium ni pun kenalah rajin buat glass cleaning.
Kalau tak buat glass cleaning memang penuh finger print dan watermark. Dan nak bersihkan peti ais hitam premium ni tak boleh pakai air paip sahaja nanti penuh watermark.
Kena la pakai glass cleaner yang sesuai barulah bersih berkilat hitam premium.
Saya pakai glass cleaner biru kuat Harimau ni je memang ngam cantik kilat.
Before orang rumah bersihkan pakai air paip dan kain buruk je memang sakit mata penuh watermark.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.