
Recyle tong cat jadi pasu hiasan, hasilnya tak kalah cantik. Daripada tong terbuang selepas cat rumah sempena raya baru-baru ini elok kita guna semula untuk hias rumah.
Pasu begini memang cantik dan banyak jual di kedai barangan deko. Harga pun boleh tahan juga. Tapi kalau nak lebih jimat boleh saja buat sendiri. Caranya dikongsi oleh Muzamir Mohd.
Recyle tong cat buat pasu hiasan
- Sediakan tong cat, lilit tali jut (boleh beli di kedai Eco, 2 unit panjang 10 meter sudah mencukupi). Lekat dengan gam.
2. Dah siap lilit potong tong cat, boleh buat ikut panjang tali.
3. Kemudian boleh buat kaki pasu pula. Ambil batang penyapu (boleh beli di Mr. DIY), potong ikut tinggi yang ingini. Buat lubang kemudian ikat dawai antara 3 kayu.
4. Seterusnya tuang simen di dalam tong supaya kukuh. Biar hingga kering.
5. Selepas simen kering letak penutup ini di bahagian kaki (beli di Mr DIY). Siap, boleh letak bunga hiasan untuk menyerikan ruang rumah.
INFO: Selain tong cat boleh juga menggunakan apa-apa bekas yang bersesuaian seperti baldi.
Mesti Baca: Recyle Meja Terpakai Jadi Katil Anak, Kreatif!
Baca Lagi: Guna Barang Terpakai & Makeover Hasil Deko Tetap Wow
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Sumber: Muzamir Mohd
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI