Makeover kipas siling lama jadi lebih bergaya dan sesuai deko. Mesti ramai tak pernah terfikir pun untuk ubah suai alat ini kan. Selalunya bila dah lama nampak uzur kita tukar baru saja.
Tapi kalau nak jimat boleh guna idea ini. Dikongsi oleh Aufa Med, caranya cuma spray atau cat kipas siling, terus nampak baru dan moden.
Makeover kipas lama, jadi baru
“Ubah suai kipas lama, bajet tak sampai RM30. Awalnya kipas lama ini ditampal dengan wallpaper untuk nampak lebih cantik tapi rupanya sebaliknya. Jadi lebih buruk,” ujar Aufa yang kemudian menggunakan idea mengecat semula kipas.
Cara-caranya
Mula-mula keluarkan bilas kipas.
Ads
2. Sebelum spray bersihkan dulu kipas dan gosok bahagian tepi kipas yang berkarat dengan kertas pasir.
3. Kemudian sembur dengan spray paint Anchor, satu warna gold dan satu putih.
Code;
– 808 gold (bronze)
-2 white
Ads
4. Tunggu kering dan pasang semula kipas. Pastikan spray sekali bahagian lain pada kipas iaitu penutup dan batangnya.
Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika simpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.
Melalui perkongsian di Facebook Huda Zainal ada menunjukkan panduan dan langkah yang betul menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Jom kita cuba!
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar :
1.Lapik kitchen towel (kertas tisu) dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5. Tutup atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak lag asyik membazir je bila beli tak guna.
Ini dia hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik. Tahun ni raya lebih meriah selepas 2 tahun kita berada dalam tempoh pandemik. Peralihan negara ke endemik membolehkan lebih banyak industri di buka dan dari beratus-ratus SOP bagi setiap bidang, sekarang hanya tinggal 1 je. Ini bermakna, kita boleh pulang ke kampung dan menjemput ahli keluarga dan sahabat handai untuk beraya ke rumah.
Apa lagi, ayuh kita bersiap. Sudah pasti, elemen penting selepas 2 tahun tidak ditukar adalah langsir. Apa kata nak jimat berganda, anda DIY sendiri je langsir eye lete. Tak susah pun. Nurul Shahida tunjuk caranya.
1. Selepas jahit tape pada langsir, buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.
Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.
2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.
3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.
Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci. Dah siap langsir eyelet.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.