Make Over Pasu Lama Dulu-Dulu Tampak Estetik, Konsep Rustic Zaman Purba. Jika di rumah ada pasu lama dulu-dulu yang cukup popular sekitar tahun 90an, jangan disimpan atau dibuang begitu sahaja. Boleh ditambah baik untuk dijadikan pasu hiasan berkonsep rustic purba yang nampak cukup estetik dan sesuai dengan konsep minimalis dan moden kediaman.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Shida Razak KCini sebagai inspirasi. Memang kreatif sungguh.
Sis datang lagi share deko cara jimat sis. Ni memang jimat sungguh-sungguh🤭
Siapa masih ada pasu ni..simpan elok-elok..lawa lagi ni. Sis makeover pun sebab dia dah pecah kat bibir dia. Kalau tak maintain je design ni..lawa design pasu dulu-dulu.
Pasu lama mak tahun 90an, dah pecah mulut dia, dah lama dalam store, mak simpan, nak buang sayang, nak guna dah sumbing, sis minta izin mak, nak pasu ni, mak cakap ok ambiklah, sis turn this pasu from pasu 90an to rustic zaman Mesolitik,Neolitik.
Guna simen putih..selalu orang guna untuk plaster ceiling. Bagi effect putih-putih pada pasu.
Alang-alang nak makeover biar purba betul. Jadilah pasu Mc Gee yang mahal tu.
Sis simenkan bahagian sumbing dan cover full body dengan simen, rustic-rustic kan dia..pernah ada komen kecam sis dulu, selekeh katanya, bagi sis ianya satu seni..takpelah, yang penting ku manfaatkan pasu lama mak ku jadi apa yang ku mau❤️ Ku pelbagaikan gaya ikut ku mau🤩😁 kita buat ikut citarasa kita ok.
Ads
Sis memang suka sangat rustic-rustic vase ni sebab dia timeless design tak telan dek zaman dan mudah nak sesuaikan dengan pelbagai konsep kediaman yang minimalist dan modern.
Deko by Shida Razak KC
Ads
IMPIANA: Kreatif sungguh, pasu lama dulu-dulu tahun 90an terus berubah wajah dengan make over begini. Ia dapat menyerlahkan estetik dekorasi rumah malah mudah disuai padan dengan pelbagai konsep. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Salah satu aspek yang paling penting untuk mempunyai kediaman yang nyaman dan bahagia ialah kebersihan lantai dan permaidani. Walaupun terletak pada bahagian paling bawah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak membersih permaidani dan lantai . Buat para ibu atau pemilik rumah yang prihatin dan peka, pastinya hal kebersihan dan penyelenggaraan dilakukan agar lantai rumah sentisa nampak baru dan bersih.
Membaik pulih permiadani yang terkena api puntung rokok.
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khwatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam. Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Menaggalkan kesan hitam dari tumit kasut pada lantai.
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Menutup kesan calar yang dalam pada lantai kayu.
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal. Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Membetulkan bucu permaidani yang ‘melentik’.
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi peminat konsep minimalis dan industri, permukaan kemasaan asli adalah antara keperluan utama dalam menyerlahkan tetapan reka bentuk ini. Antara kemasan yang menjadi keutamaan bagi konspe ini seperti permukaan batu bata tanpa simen, Simen render, kayu yang tidak bercat dan sebagainya. Nampak kemasan seperti ini lebih jimat dan mudahkan? SEBENARNYA TIDAK. IA MEMERLUKAN KOS YANG LEBIH DAN TEKNIK TAMBAHAN TERTENTU. Seperti kemasan batu bata, untuk mendapatkan hasil yang cantik, batu bata gred ‘A” harus digunakan. Kenapa batu bata grad A? Ia mempunyai warna yang lebih menarik dan sekata disamping setiap sudutnya kemas. Jika anda memakai batu bata jenis rumah, hasilnya sangat berbeza. Tambahan, anda perlu mencari tukang ikat batu yang betul-betul mahir. Teknik mengikat juga memainkan peranan terhadap hasilnya. Silap-silap lagi serabut kalau gunakan batu-bata yang murah dan tukang ikat yang tak mahir.
Sama seperti dapur yang menggunakan kemasan simen render yang pernah dikongsikan IMPIANA [klik sini untuk artikel lengkap] ramai tergoda dengan hasil dan kekemasan permukaan counter top yang hanya menggunakan simen rende. Namun, sebenarnya untuk mendapatkan hasil kemasan tersebut tidak lah mudah. Bukan hanya memakai simen semata-mata. Ada teknik dan bahan tambahan untuk menghasilkan permukaan ini. Nak tahu cara untuk hasilkannya, tengok video yang telah dikongsikan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Yang duduk rumah bersaiz kompak, Penyediaan ruang simpanan sangat kritikal. Selagi ada dinding yang kosong, sebolehnya nak digunakan sabagai tempat simpanan. Kalau rumah sendiri tak apa. Boleh tebuk dinding untuk buat kabinet dinding atau rak terbuka.
Tapi yang menyewa, memang terang-terang pemilik tak bagi paku atau tebuk dinding melaikan dibernarkan. Tapi, Mohd Hafizallah Ariffin ada idea lebih bijak bina tingkat untuk ruang simpanan atas mesin basuh tanpa perlu tebuk dinding dengan hanya menggunakan paip PVC
Senarai barang yang digunakan ialah :
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – RM 0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = RM 0.94) 2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = RM 7.92) 3. Siku ‘L’ besi – RM 2.00 sepeket(beli di ledai eco) 4. Papan – RM 8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = RM 16.00) 5. Batang pipe pvc – RM 1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = RM 12.08)
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.
Sekian Terima Kasih, Selamat Mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.