Di tengah kesibukan zaman moden, semua orang mencari ketenangan dalam hidup. Bukan sekadar melalui senaman atau pemakanan sihat, tetapi juga melalui ruang tempat kita berehat, bekerja atau berkumpul. Dari studio yoga, spa, hinggalah ke kediaman sendiri, ruang yang membangkitkan rasa damai dan keseimbangan menjadi keutamaan ramai.
Reka bentuk dalaman dan seni bina kini menitikberatkan kesihatan—bukan hanya estetika, tetapi juga keselesaan emosi dan fizikal. Bagaimana kita boleh mencipta ruang yang bermakna, bergaya dan selari dengan trend kesihatan serta bahan mampan daripada Cosentino? Mari kita teroka!
Warna yang Menyentuh Jiwa
Warna memainkan peranan besar dalam mencipta suasana santai. Palet lembut dan minimalis mampu memberikan rasa seperti pelukan hangat, menenangkan minda dan jiwa. Reka bentuk berfokuskan kesihatan sering menggunakan warna-warna semula jadi, permukaan yang menyenangkan disentuh dan garisan yang bersih untuk mengelakkan kekacauan visual.
Sebagai contoh, Dekton Adia dari koleksi Pietra Kode menampilkan urat halus, warna tanah yang lembut dan kemasan matte yang elegan. Bahan ini sesuai untuk mengubah bilik mandi menjadi seperti spa mewah atau sudut meditasi yang menenangkan. Digunakan sebagai countertop dapur, dinding ruang tamu atau permukaan lain, Adia menjanjikan ketahanan dan keindahan yang harmoni, menjadikan ruang anda lebih damai.
Aliran Ruang
Ads
Dalam reka bentuk kesihatan, konsep “aliran” merujuk kepada perpaduan visual dan emosi dalam sesebuah ruang. Penggunaan bahan yang sama di pelbagai kawasan—dari bilik ke bilik atau dari dalaman ke luaran—mencipta rentak yang menenangkan minda.
Kombinasi Dekton Trevi dan Dekton Sandik dari koleksi Pietra Kode boleh menjadikan ruang kelihatan luas, seimbang dan bersambung. Dengan garisan minimalis dan permukaan yang luas, bahan ini mengurangkan kekacauan visual, memberikan rasa kelancaran yang sesuai untuk studio yoga, bilik meditasi atau kawasan hidroterapi. Malah, ia boleh digunakan pada lantai, dinding, atau sambungan dalaman-luaran untuk mencipta vibe yang selari dan harmoni.
Ruang untuk Berhubung dan Bersatu
Kesihatan moden bukan hanya tentang diri sendiri, tetapi juga tentang hubungan dengan orang lain. Reka bentuk ruang perlu memudahkan interaksi, sama ada di ruang santai dalaman, teres yang diterangi matahari, atau rumah untuk berkumpul bersama keluarga.
Ads
Cosentino menawarkan kombinasi seperti Dekton Polar dengan Dekton Adia, atau Dekton Sandik dengan Dekton Ava, yang sempurna untuk ruang berkongsi. Warna tanah yang hangat dan tekstur batu yang lembut mencipta suasana mesra, mengundang perbincangan dan kebersamaan. Bahan ini sesuai untuk island dapur, meja makan keluarga, lantai atau permukaan luaran. Dengan ketahanan terhadap sinaran UV, kotoran dan calar, anda boleh menikmati keindahan tanpa risau tentang kerosakan.
Rasai Dengan Segala Deria
Reka bentuk kesihatan masa kini bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dirasai dengan semua deria. Tekstur batu yang licin atau kemasan semula jadi mengundang sentuhan, membantu kita berasa lebih “grounded” dan fokus.
Ads
Koleksi Dekton Pietra, seperti Dekton Ava dan Dekton Polar, menawarkan pengalaman deria yang mendalam, sesuai untuk spa, kolam renang atau ruang meditasi. Permukaannya yang halus dan estetik memberikan kesan menenangkan yang maksimum, menjadikan setiap momen dalam ruang tersebut lebih bermakna.
Inspirasi Tanpa Sempadan
Ingin mencipta ruang yang bukan sahaja cantik tetapi juga menyokong kesejahteraan anda? Cosentino menyediakan bahan-bahan inovatif dan mampan yang menggabungkan fungsi dengan estetika. Lawati website Cosentino untuk lebih banyak idea reka bentuk atau buat temujanji untuk melangkah ke showroom Cosentino. Biarkan inspirasi membawa anda ke ruang impian yang penuh ketenangan!
Melalui perkongsian idea oleh Puan Betty Ramli di Facebook, ruang dapur sempitnya diubah suai kerana berasa tidak selesa dengan barang dan peralatan yang terlalu banyak di dapur sambil memberikan nafas baharu buat ruang tersebut.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang juga merupakan seorang mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal ini sesuai untuk anda yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Vinyl floor ni memang tengah in. Almaklumlah, lantai ni boleh pasang sendir dan tak perlu upah kontraktor kan. Nak tahu cara pemasangan lantai vinyl yang boleh menjimatkan poket anda [klik sini] Tapi, ramai yang tak tahu penjagaan lantai Vinyl ni. Kalua tak pandai jaga, bukan setakat mudah tercabut malah warna cepat pudar kalau guna kaedah atau sabun yang tak sesuai. Berikut adalah cara penjagaan lantai vinyl:
1. Jangan guna steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai vinyl anda. Ia akan menyebabkan permukaan kemasan mudah tertanggal dan rosak
2. Segera bersihkan kotoran yang terkena pada permukaan lantai vinyl. Jika dibiarkan lama, bukan sekadar kotoran sukar dibersihkan, silap-silap rongga lantai vinyl menyerap terus, gunakan kain lembut yang lembap untuk membersihkan kotoran pada lantai
3. Untuk kotoran degil seperti minyak, cat, makers, lipstick, dakwat dan sebagainya gunakan nail polish remover Bersama kain putih yang lembut. Kemudian, lapkan dengan tuala lembap
4. Gunakan penyapu jenis lembut atau vacuum dengan berus yang lembut secara kerap untuk membersihkan habuk yang melekat pada celah-celah penal vinyl. Jangan gunakan berus yang kasar kerana ia akan mencalarkan permukaan vinyl anda
5. Gunakan sabun pencuci yang dikhaskan untuk kegunaan lantai laminate. Atau gunakan sahaja air bersih. Elak gunakan pencuci yang mempunyai peluntur
6. Jangan cuci atau lap lantai vinyl dengan produk yang mempunyai sabun kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyl kelihatan kusam, melengkung tercabut dan sebagainya
7. Elak menggunakan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyla bercalar halus dan lama-kelamaan ia kelihatan kusam
8. Jagan gunakan sebarang peralatan atau perkakas untuk mengilatkan lantai pada permukaan vinyl
9. Untuk permukaan yang terkan lilin atau gula getah yang melekat dan sukar untuk ditanggalkan, ambil beberapa ketul ais dan sapukan pada permukaan yang terka. Bila lilin atau gula getah tersebut telah keras sepenuhnya, kikis dengan menggunkan sekera plastik yang digunkan untuk baking dan kikis perlahan-lahan
10. Jangan heret atau tolak barang yang berat di atas permukaan vinyl, ia akan menyebabkan permukaan lantai calar dan strukturnya rosak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kini musim puasa bakal tiba. Confirm ramai di kalangan kita gigih menjadi usahawan makanan dan gigih juga membeli juadah berbuka di bazaar. Salah satu masalah utama apabila dalam menjaga kebersihan makanan adalah serangan dari lalat yang adakala membuat kita hilang selera. Apatah lagi ditinggalkannya telur dan segala kekotoran yang menyebabkan kita sakit.
Bagi episod pertama cara yang paling mudah adalah anda menggunakan bunga cengkih.
Ada yang menempatkan bunga cengkih di dalam mangkuk bagi memberi bau yang mampu menghalau lalat.
Terdapat juga petua yang menyatakan perlu dimasukkan sedikit air ke dalam mangkuk tersebut bagi semarakkan bau bunga cengkih tersebut.
Bagi yang sukakan keunikan, cuba mencucuk bunga cengkih ini pada limau purut. Ia juga mampu memberikan bau yang agak kuat dan ia juga boleh digubah menjadi hiasan meja yang unik.
Ada juga yang menyatakan petua ini juga mampu menghindarkan kehadiran semut. Jadi ia amat berguna dan berbaloi. Bukan sahaja mapu memberikan bau yang menyegarkan malah cantik jika dijadikan hiasan meja makan.
IDEA HIAS – Anda boleh susun limau purut yang telah dicucuk dengan bunga cengkih ini menjadi susunan menarik di tengah meja makan sebagai hiasan utama . Malah ia juga menarik digantung sebagai tarikan pandangan.
Selamat Mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...