Mempunyai rumah sewa boleh menjadi pendapatan pasif yang menguntungkan buat tuan rumah. Bertuah sangat tuan rumah jika mendapat penyewa yang baik. Namun jika sebaliknya, memang boleh memeningkan kepala dan pelbagai masalah pula yang timbul.

Penyewa rumah memang mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Pernah tak berdepan dengan penyewa rumah yang bermasalah, tak nak bayar sewa dan tak nak keluar rumah pun. Siap mangga pintu rumah elak tuan rumah halau.

Cara Atasi Penyewa Degil, Tak Bayar Sewa & Tak Nak Keluar Rumah!

Bagi tuan rumah yang mengalami situasi begini, jangan bertindak terburu-buru sebaiknya ikut saluran yang betul dan langkah undang-undang yang sah bagi menyelesaikan masalah ini.

Ini langkah yang boleh dilakukan;

1. Laporan Polis
Buat laporan polis tentang penyewa yang mengunci rumah anda dengan mangga sendiri, tidak membayar sewa, dan menghilangkan diri. Ini penting sebagai dokumen rasmi sekiranya anda perlu ambil tindakan lanjut.

2. Notis Tuntutan
Hantar notice of demand atau surat peguam menuntut bayaran tertunggak dan minta mereka kosongkan rumah dalam tempoh tertentu (biasanya 7 atau 14 hari). Ini langkah formal dan sah dari segi undang-undang.

Ads

3. Failkan Kes Sivil
Jika amaun yang tertunggak besar, anda boleh failkan kes di Mahkamah Tuntutan Kecil (jika bawah RM5,000) atau mahkamah majistret. Anda mungkin boleh menuntut ganti rugi.

Elakkan:
• Jangan bertindak sendiri secara agresif (pecahkan pintu, tingkap tanpa laporan polis).
• Jangan balas dendam (rosakkan barang penyewa atau malukan dia di media sosial tanpa bukti kukuh, ini boleh jadi backfire).

Soal Mangga – Boleh Pecahkan Atau Tidak?
Jika rumah itu milik anda sepenuhnya dan penyewa langgar kontrak, tidak bayar sewa, dan sudah pun “lari”, anda berhak untuk dapatkan semula akses.

Ads

Pilihan:
• Bawa tukang kunci yang boleh bantu buka atau potong mangga. Tapi pastikan ada laporan polis dibuat dulu untuk elak dituduh menceroboh.
• Rakaman video sewaktu proses buka rumah penting sebagai bukti anda bertindak secara sah dan profesional.
• Jika ada barangan penyewa di dalam, jangan buang dulu. Ambil gambar, simpan dalam satu ruang. Kalau boleh, minta polis atau jiran jadi saksi.

Semoga Bermanfaat!

Ads

IMPIANA: Jadi buat tuan rumah yang sedang berdepan dengan masalaha penyewa sebegini, ikut penyelesaian yang dikongsikan ini dan jangan bertindak terburu-buru. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Mesti Baca: 10 Perkara Wajib Buat Elak Dapat Penyewa Dari Neraka
Baca Lagi Di Sini: Masalah Penyewa Yang Menyusahkan Pemilik Rumah & Cara Menyelesaikannya
Artikel Menarik: Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI