Kredit Foto: Facebook Ukur Tanah Utara Bersatu

Konflik sempadan tanah sering kali menjadi sumber perselisihan yang membawa kepada ketegangan antara jiran, malah kadang kala antara ahli keluarga sendiri. Ini bukan masalah yang kecil, kerana ia melibatkan hak milik dan kepercayaan yang boleh terjejas dalam sekelip mata.

Banyak kes yang melibatkan pertikaian sempadan tanah ini berlarutan bertahun-tahun lamanya, tanpa penyelesaian yang jelas. Walaupun batu sempadan telah dipacak dan pelan ukur disahkan oleh juru ukur bertauliah, masih ada pihak yang sukar untuk menerima kenyataan tersebut.

Jika masalah ini terus berlanjutan, langkah undang-undang boleh dipertimbangkan. Bagi yang berdepan konflik sebegini langkah yang dikongsi oleh juru ukur dari Ukur Tanah Terengganu ini boleh dijadikan panduan.

Solusi konflik sempadan tanah

1. Simpan bukti ukuran rasmi

Pemilik hartanah perlu menyimpan dokumen berkaitan pelan ukuran yang disahkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atau juru ukur berdaftar.

Pastikan ada gambar batu sempadan yang terdapat pada sempadan serta salinan geran bersama pelan kadaster atau Certified Plan (CP). Jika menggunakan dron, simpanlah ortofoto atau ortomosaik.

Ads
Konflik Sempadan Tanah Dengan Jiran Masih Tak Selesai, Guna Panduan Ini
Inilah yang dipanggil batu sempadan. Kredit Foto: Facebook Wan Sukri

2. Ajak berbincang dengan bukti

Cuba berbincang dengan jiran tentang sempadan yang telah diukur dengan menunjukkan pelan dan geran secara bersemuka.

Kemudian jelaskan ukuran yang telah dibuat oleh juru ukur bertauliah dan jika mereka masih berdegil, jangan marah sebaliknya menggunakan saluran ‘rasmi’.

3. Buat laporan di Pejabat Tanah

Langkah ini boleh dilakukan jika terdapat ganggu hak milik. Kumpul bukti termasuklah geran tanah (hak milik), pelan ukur terkini (endorsed) dan gambar batu sempadan.

Ads

Paling penting, kepilkan bersama bukti pencerobohan seperti pagar, tanaman, binaan dan lain-lain yang melangkaui sempadan hak milik anda.

Kemudian, boleh terus ke pejabat tanah dan unit penguatkuasaan untuk proses aduan secara rasmi serta serahkan semua bukti.

Jika terdapat kes, pegawai akan turun tapak, namun proses ini bergantung kepada negeri dan kekangan yang dihadapi pegawai terlibat.

Ads

4. Jika pencerobohan berterusan

Buat permohonan injunksi termasuk pengusiran melalui Mahkamah Sivil sekiranya terdapat gangguan berterusan daripada jiran.

Pelan ukur dan gambar berkaitan pencerobohan boleh menjadi bukti kukuh di mahkamah nanti.

Sumber:  Ukur Tanah Terengganu

Mesti Baca: Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak Atau Hancur. Sediakan 12 Dokumen Ini Untuk Lancarkan Proses Mohon Semula

Baca Lagi: Tak Perlu Bimbang Nama Tiada Pada Geran Hartanah Pasangan, Tetap Boleh Tuntut Hak

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI