Bayangkan, rumah teres cantik tapi harganya jauh lebih murah daripada flat kos rendah di KL. Siapa tak tertarik, kan?

Dalam keadaan ekonomi sekarang, memiliki rumah sendiri jadi impian yang makin mencabar terutama bagi mereka yang menetap di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jadi, bila terdengar berita tentang rumah teres dua tingkat dilelong di Kelantan dengan harga serendah kurang RM80,000, memang buat ramai yang tergoda.

Rumah Teres Cantik Dilelong Di Kelantan, Lebih Murah Dari Rumah Flat Kuala Lumpur
Sumber Gambar: FB

Baru-baru ini, seorang agen hartanah membuat perkongsian yang membuka mata orang ramai realiti sebenar rumah cantik yang dilelong pada harga murah tidak semestinya berbaloi untuk didapatkan.

Selepas diteliti, barulah mengetahui sebab rumah teres yang cantik ini sedia dilepaskan pada harga murah dek kerana menjadi kawasan panas berlakunya bencana banjir.

Dia langsung menegaskan hanya mereka yang berani sahaja akan mengambil risiko untuk memiliki hartanah ini pada harga sedemikian.

Ads

“Beli atas risiko sendiri,” ujarnya.

Rumah Teres Cantik Dilelong Di Kelantan, Lebih Murah Dari Rumah Flat Kuala Lumpur

Berdasarkan gambar yang dikongsikan ini, kawasan rumah teres itu kelihatan tenggelam di tengah-tengah air apabila dilanda banjir sekaligus memberikan gambaran akan berlaku sejumlah kerosakkan pada bahagian dalaman rumah. Kos penggantian atau pembaikian sudah pasti mencecah ribuan ringgit pada saban tahun.

Ads

Risiko Beli Rumah Di Kawasan Banjir

  • Kos baik pulih selepas banjir – lantai, dinding, perabot mungkin rosak
  • Insurans rumah mungkin lebih mahal
  • Risiko kerosakan sistem elektrik & paip air
  • Nilai rumah sukar meningkat walaupun cantik
  • Gangguan emosi & keselamatan keluarga

Tip Jika Anda Tetap Berminat:

  1. Semak sejarah banjir kawasan tersebut – berapa kerap dan seteruk mana
  2. Pastikan rumah masih dalam keadaan struktur selamat
  3. Pertimbangkan ubah suai reka bentuk mesra banjir seperti:
  • Guna jubin kalis air
  • Bina sistem saliran tambahan
  • Elak perabot kayu dan carpet tebal
  • Gunakan rumah sebagai homestay jangka pendek, bukan kediaman tetap
  • Simpan bajet khas untuk kecemasan dan pembaikan tahunan

Kesimpulan: Berbaloi Atau Tidak? Jawapannya Ya, jika anda tahu risiko dan bersedia hadapinya an Tidak, jika anda perlukan rumah stabil jangka panjang tanpa banyak risiko kerugian.

Ads

Mesti Baca: Banglo Risiko Runtuh Hakisan Pantai, Pemilik Terima Sumbangan Bongkah Batu & Tanah Bukit
Baca Lagi Di Sini: BECKHAM Beli Mahligai Mewah Tepi Pantai Miami RM341 Juta, Berkeluasan 14,270 Kps
Artikel Menarik: Memiliki Kediaman Tepi Pantai, Selamat Atau Pun Tidak?

IMPIANA: Rumah dah murah tapi kawasan banjir pula. Ingat, sebelum terlalu teruja membeli rumah rumah, ambil kira: lokasi rumah tersebut terletak di kawasan risiko banjir atau tidak juga.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI