Isu bayaran fi ejen hartanah dari kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pemilik dan penyewa rumah sewa.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan kebimbangannya mengenai harga deposit rumah di Johor Bahru kerana perlu membayar fi tambahan kepada ejen hartanah.

 

Malah wanita yang dikenali sebagai Dhiyana Syuhada turut menyoal adakah normal untuk ejen mengambil upah perkhidmatan profesional daripada dua pihak iaitu tuan rumah dan penyewa dalam satu transaksi.

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Dhiyana di Thread, dia berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang individu dipercayai ejen hartanah yang menyenaraikan perkara yang perlu dibayar serta jumlah keseluruhan deposit sebelum memasuki rumah.

Ads

Ejen Hartanah Minta Bayaran Fi Profesional Dari Penyewa & Tuan Rumah Raih Pelbagai Reaksi

  • 1 bulan pendahuluan sewaan = RM2100
  • Deposit sewa untuk tempoh 2 bulan (akan dipulangkan apabila penyewa keluar rumah) = RM4200
  • Setengah bulan deposit utiliti (akan dipulangkan) = RM1050
  • Yuran perjanjian dan setem (Agreement and stamping fee) = RM400
  • Yuran profesional termasuk SST (Sales and Service Tax) = RM1,134
  • Total = RM8,884

Ejen jawab penyewa bayar perkhidmatan ejen adalah praktis di JB

Sebaik menerima maklumat itu, Dhiyana kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘yuran profesional’, adakah ia cas perkhidmatan ejen.

Ejen itu kemudian menjawab betul. Tidak faham dengan perkara itu, Dhiyana lalu bertanya bukankah yuran perkhidmatan itu kebiasaannya dibayar oleh tuan rumah dan bukannya penyewa.

“Kerana ia praktis di JB (Johor Bahru) adalah begitu. Malah saya juga membayar yuran perkhidmatan ejen ketika menyewa apartment sebelum menjadi ejen hartanah. Saya percaya awak bukanlah orang tempatan (rakyat di JB) bukan?” jawab ejen berkenaan.

Ads

Ejen Hartanah Minta Bayaran Fi Profesional Dari Penyewa & Tuan Rumah Raih Pelbagai Reaksi

Ambil yuran perkhidmatan daripada tuan rumah dan penyewa

Malah dia juga mengatakan ketika ini ramai ejen tempatan di kawasan berkenaan yang mengambil yuran perkhidmatan daripada penyewa.

Dhiyanah lalu menyoal dia tidak memahami mengapa ejen tidak meminta yuran tersebut daripada tuan rumah kerana secara teknikalnya mereka dilantik oleh tuan rumah dan bukan penyewa.

“Ambil daripada tuan rumah juga. Ambil daripada kedua-dua pihak (tuan rumah dan penyewa),” balas ejen itu kepada persoalan Dhiyanah.

Ads

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Bayaran Fi Profesional

  1. Apa Itu Bayaran Fi Profesional?
    Bayaran fi profesional adalah caj yang dikenakan oleh ejen hartanah sebagai bayaran servis mereka dalam membantu urusan jual beli atau sewa rumah. Ia merangkumi tugas seperti pemasaran, rundingan, dan dokumentasi.

  2. Siapa Perlu Bayar?
    Biasanya, fi ini dibayar oleh pemilik rumah (tuan rumah) sahaja. Namun, trend terbaru ada ejen yang minta bayaran daripada penyewa juga, terutamanya dalam kes penyewaan jangka panjang.

  3. Berapa Besar Fi Biasanya?
    Fi standard ejen hartanah sekitar 1% hingga 3% daripada harga jualan atau sewaan tahunan. Untuk sewa, biasanya fi adalah setara satu bulan sewa.

  4. Kenapa Fi Perlu Dibayar?
    Untuk menampung kos operasi ejen, memastikan mereka dapat buat kerja dengan profesional, dan bagi memastikan urusan jual beli atau sewa berjalan lancar tanpa masalah.

  5. Apa Perlu Tahu Sebelum Setuju Bayar?

  • Pastikan ada perjanjian bertulis yang jelas tentang jumlah dan siapa yang perlu bayar.

  • Fahami servis apa yang ejen akan sediakan.

  • Jangan terima bayaran fi tanpa penjelasan yang jelas.

  1. Tips Untuk Penyewa dan Tuan Rumah

  • Runding jumlah fi sebelum tandatangan kontrak.

  • Tahu hak dan tanggungjawab masing-masing.

  • Pilih ejen yang dipercayai dan berlesen.

IMPIANA : Isu bayaran fi ejen hartanah daripada penyewa dan tuan rumah adalah satu topik yang memerlukan keseimbangan dan komunikasi terbuka antara semua pihak supaya proses penyewaan rumah berjalan lancar tanpa membebankan mana-mana pihak.

Mesti Baca: Lipat Beg Plastik Setiap Kali Dapat Supaya Lebih Senang Simpan. Ini Caranya
Baca Lagi Di Sini: Cara Mudah Lipat ‘Non Woven Bag’, Elok Kemas Jimat Ruang!
Artikel Menarik: Cara Paling Mudah Nak Jimat Ruang Untuk Simpan Toto Dan Comforter

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI