Cara Mudah Semai POKOK KARI Guna Keratan Dahan, Daun Lebat Merimbun!. Daun kari sering digunakan bagi menambah aroma masakan.Bagi yang suka berkebun dan selalu guna daun kari dalam masakan boleh cuba tanam sendiri pokok kari di rumah ikut tip yang dikongsikan ini. Tanam dalam pasu, guna dahannya sahaja. Lebih jimat belanja dapur dan puas hati bila tanam sendiri.
Kebiasaannya, pokok kari di tanam dengan menggunakan anak pokok kari, namun demikian, ia juga boleh disemai menggunakan kaedah keratan dahan atau batang pokok kari.
Ikut tip ini supaya pokok kari subur, bersaiz rendang dan berdaun lebat merimbun.
Cara Semai Pokok Kari:
1. Cari dahan/ranting daun kari dan buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
2. Jika panjang, kerat 2/3 bahagian. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari).
3.Sediakan pasu kecil untuk proses semaian & cucukkan batang kari tadi.
4. Letak di tempat redup tapi kena cahaya matahari. Spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau, tunggu sehingga tumbuh daun baru.
Ads
5. Pindahkan ke tanah atau pasu besar. Jika tanam dalam pasu gunakan campuran media nisbah: 2+1+1
+ Tanah hitam/gambut + Pasir + Kompos/tahi kambing
Tip Pokok Kari Merimbun:
Kalau nak pokok kari bersaiz rendang dan daunnya lebat merimbun kena selalu perlu pangkas atau petik dahan dan pucuk daun. Ia bagi menggalakkan pertambahan tunas dan cabang baru.
Ads
Jenis Baja Lebatkan Pokok Kari:
1. Baja tahi ayam dan npk 15:15
2.Baja Perut/Sisa Ikan- Timbuskan dalam tanah.
3.Siram Air Beras
4.Baja Air MSG (1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air) kemudian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya.
Langkah Rawat Daun Kari Rosak Berlubang:
1. Cantas semua bahagian yang yang mempunyai daun rosak dan bakar bagi mengelak serangga tersebut merosakkan tanaman lain.
2. Lakukan penggemburan dan pembajaan seperti biasa. Pembajaan sesuai dilakukan 2 minggu sekali atau paling tidak 1 bulan sekali.
Ads
3. Seminggu sekali, sembur pokok kari dengan cuka kayu bagi mengatasi masalah serangan serangga berulang.
IMPIANA: Bagi yang suka berkebun dan selalu guna daun kari dalam masakan boleh cuba tanam sendiri pokok kari di rumah ikut tip yang dikongsikan ini. Tanam dalam pasu, guna dahannya sahaja. Lebih jimat dan puas hati bila tanam sendiri.
Menanam keledek Jepun dalam pasu merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang tidak mempunyai ruang tanah yang luas tetapi masih ingin bercucuk tanam.
Jika mahu keledek Jepun yang ditanam ini banyak isi boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecil dan basahkan sedikit.
2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup! Boleh letak tepi sinki supaya senang nampak, takut terlupa.
3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg!
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2:1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam!
6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat! Nak saiz comel comel begini.
Kailan merupakan sayuran yang rendah kalori dan tinggi serat, malah merupakan pilihan yang baik untuk diet yang seimbang. Sayuran ini juga menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya dek rasanya yang sedap lagi-lagi bila dimasak dengan rencah ikan masin.
Boleh buat bertambah nasi dibuatnya. Jadi memang sesuai kalau nak ditanam di halaman rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
Foto: Facebook Ratt Ratna1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
Foto: Facebook Fahmi Fahmie3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
Boleh siram dengan air basuhan beras
Guna baja tahi ayam
Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Jagung kaya dengan serat dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Jika suka makan jagung dan bercucuk tanam, boleh cuba tanam pokok jagung sendiri di rumah. Namun nak tanam jagung elok pun ada ilmunya. Barulah jagung yang ditanam elok membesar, cantik dan isi pun penuh tak rongak. Paling penting kena buat pendebungaan sendiri dan letak baja.
Nak faham lebih lanjut, boleh ikut cara mudah tip tanam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Aisyah Ahmad ini.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung Elok, Isi Penuh
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Pendebungaan Manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Info Ekstra!
Pada yang tertanya macam saya.. rujuk rajah ni. Bunga jantan (male) atas sekali dan bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Kena tunggu bunga jantan matang dia akan kembang dan ada debu bila kita langgar pokok. Masa tu ambil satu ranting dan pusing-pusingkan atas bulu bunga betina.
IMPIANA: Baru tahu, begini rupanya cara dan tip tanam jagung sendiri di rumah. Barulah jagungnya elok besar, cantik dan isi pun penuh. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.