Buat Sendiri RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun! Bagi yang suka berkebun, memang geram apabila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat/hama/kutu/ulat beluncas dan sebagainya.

Sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang semula jadi seperti bawang putih, cili padi dan halia berkesan dijadikan semburan racun organik bagi mengatasi masalah ini.

Untuk faham lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri semburan racun organik di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Umaira Binti Othman.

Alhamdulillah sejak guna racun organik ni tak de dah ulat beluncas ke anak rama-rama ke makan. Kadang depa buat sarang dekat daun tu untuk anak-anak depa makan.

Jadi saya pun buat la racun organik ni. Dia patutnya ada sukatan dia tapi saya tak ikut. Alhamdulilah menjadi walau pun tak ikut sukatan tu. Pucuk baru dah tumbuh.

Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun! Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!

Bahan Diperlukan:

5 batang cili api
4 ulas bawang putih
1 buku kecil halia
air Secukupnya
1 sudu sabun basuh pingan

IKLAN

Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!

Cara Membuat:

1. Kisar cili api, bawang putih, halia dan air agak-agak macam botol bawah ni. Kalau nak banyak bahan-bahan tadi gandakan la.

2. Selepas itu tapis, gaul sebati dengan sabun basuh pingan, saya guna Glo tu. Gaul sampai sebati, tapis lagi selepas itu simpan dalam tempat gelap 24 jam besok dah boleh guna.

Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!

IKLAN

3. Saya letak tempat gelap sebulan tak ingat ada buat racun organik ni. Alhamdulilah lagi lama simpan lagi kuat bau dia. Mungkin sebab tu ulat/lebah/lalat tak datang dah.

*Bancuhan tu tadi kena campur dengan air paip. Saya tak sukat pun, cuma agak-agak nak kuat kan bau dia je.

Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun! Buat Sendiri  RACUN ORGANIK Di Rumah, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

IKLAN

Mesti Baca: Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!
Baca Lagi Di Sini: Resepi Racun Lalang Homemade Yang Berkesan Dengan Cepat Dan Paling Mujarab
Artikel Menarik: Racun Serangga Organik Dari Kulit Limau Untuk Masalah Serangga Perosak Seperti Kutu Bena

IMPIANA: Ada masalah ulat beluncas selalu makan pucuk daun, boleh cuba buat sendiri racun organik ni dah sembur sendiri pada pokok nanti. Boleh lihat hasilnya.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI