Tanaman jenis citrus seperti pokok limau kasturi, lemon dan limau purut antara jenis tanaman yang boleh dibiakkan melalui biji benih namun memakan masa yang lama untuk berbuah. Paling mudah tanaman ini dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Tak perlu beli anak pokok lagi jika telah mempunyai sebatang pokok limau dewasa.
Boleh ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Sara Saad ini.
CARA BIAK – Pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok lemon dan sewaktu dengannya melalui keratan batang.
1. Potong ranting yang agak matang dari pokok induk yang dah berbuah.
2. Cucuk saja pada tanah dan siram (tak perlu penggalak akar pun, tapi kalau ada boleh saja, lekeh sangat tonyoh dengan belacan saja kat batang bawah tu).
3.Kalau guna top soil tambah 1/2 pasir lagi.
Ads
4.Kalau naik pucuk baru tanda akar tu dah keluar. Dia jadi cam bare root. Basuh lembut-lembut akar, kemudian tanam ke polibag atau pasu.
5.Untuk lemon cuttings boleh terus cucuk dalam tanah, tak payah buat apa-apa. Siram cukup air setiap hari, lepas sebulan akan lihat daun baru keluar.
Siapa sangka dengan menggunakan rumput liar dan air hujan juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Sangat semula jadi, lebih jimat malah tak perlu keluarkan kos pun.
Resipi baja ini idea daripada Jadam Liquid Fertilizer iaitu satu kaedah pertanian organik dari Korea yang dicuba sendiri oleh Encik Syafiq Baharin.Mudah sangat nak buat, paling penting hasil tanaman jadi subur.
Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.
1. Air Hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)
2. Leaf Mold
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
– Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput Liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)
1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.
Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.
Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.
Wife saya panggil ni baja longkang sebab rupa dan bau dia. Haha. Kadang-kadang bila ada sayur kat rumah tak habis dan kecut, saya sumbat je dalam tong ni. Lagi kaw jadinya. InsyaAllah.
Ni Alhamdulillah kangkung hasil baja ni.
Ni pun sama, saya sumbat kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas. Alhamdulillah subur walaupun rapat-rapat. Duk siram dengan air baja ni la.
IMPIANA: Wah menarik sungguh guna air hujan, mold leaf dan rumput liar sebagai baja untuk suburkan tanaman. Boleh cuba nanti, sangat jimat kos dan tak perlu beli baja lain lagi.
Timun Jepun selalu dijadikan ulaman dimakan dengan nasi putih, dibuat jeruk, dijadikan salad mahupun bahan semulajadi untuk petua kecantikan. Walaupun pokok timun merupakan tumbuhan menjalar/ pemanjat, selain ditanam atas batas tanah ia boleh juga ditanam dalam pasu. Malah sangat sesuai ditanam di rumah yang mempunyai kawasan terhad.
Pokok Timun Jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya. Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar.
Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus 2 biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu .
Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter.
Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting. Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali. Tinja ayam dan kompos sangat di sukai pokok timun batang.
Tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat buah Avokado ini dan rugi jika tidak mengamalkannya.
Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.
Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.
Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.
1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.
2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.
3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.
4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.
5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.
Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.
Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.
Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.
Untuk info, menurut kajian, amalan memakan avocado ini secara konsistan mampu menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.
*Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.