Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
IKLAN
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
IKLAN
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
IKLAN
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
Mengenali pemilik kediaman yang terletak di Melaka ini, penulis sudah sedia maklum akan minat dan jiwanya yang begitu sebati dengan alam hijau. Tambahan pula dirinya yang bertugas di Jabatan Pertanian sejak puluhan tahun dahulu, antara faktor utama mencambahkan lagi minatnya terhadap tumbuh-tumbuhan.
Kunjungan penulis ke kediaman suami isteri ini di Bukit Katil, Melaka sedikit sebanyak pengalaman dan minat mereka dalam membina taman dapat dikongsi bersama pembaca sekalian. Idris dan isterinya Nooraizan, walaupun tinggal dan bekerja di Putrajaya, mereka sekeluarga kerap pulang ke kediaman ini pada setiap hujung minggu. Jarak yang hanya mengambil masa tidak sampai dua jam dari Putrajaya ke sini tidak langsung dirasai. Malah mereka sekeluarga merasakan satu kepuasan apabila pulang dan menghabiskan masa berehat dan menata rias taman.
“Saya membeli kediaman ini sejak tahun 2008, bermula dari situ sedikit demi sedikit saya membina taman. Saya mulakan dengan menanam pokok teduhan dahulu kemudian diikuti dengan tanaman renek yang lain. Kini setelah hampir tujuh tahun, pokok-pokok ini membesar dan hasilnya kediaman ini lebih redup dan sejuk”, jelas Idris membuka bicara.
Antara pokok teduhan yang ditanam oleh pemilik adalah Bucida, Handkerchief plant, Bottle Brush dan juga pokok buluh hiasan. Pemilik menggelarkan pokok-pokok teduhan ini sebagai pokok penapis kerana selain daripada memberi teduhan kepada kediaman, ia juga berfungsi sebagai penapis udara dan bunyi. Ini terbukti apabila kediaman yang terletak betul-betul di tepi jalan utama ini tidak terganggu oleh bunyi bising kenderaan. Malah pemilik juga menyatakan suasana dalam kediamannya kurang berhabuk dan berdebu.
“Jika diperhatikan suasana landskap kediaman saya, terdapat lebih banyak tanaman malar hijau ataupun foliage plants berbanding pokok berbunga. Saya sememangnya gemar dengan tumbuhan hijau kerana ia menyuntik visual green pada kediaman. Apabila menghabiskan masa di dalam atau luar rumah, pemandangan saya lebih tenang dan nyaman melihat kediaman dikelilingi suasana hijau”, tambahnya lagi.
Pemilik yang juga penggemar dan peminat koleksi kayu, berkongsi minat tersebut bersama isteri dan bapa mertuanya. Elemen kayu dirasakan begitu padan dan menyerlah digandingkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau malah kelihatan lebih natural. Lebih memeranjatkan apabila usahanya mengindahkan laman diiktiraf oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya apabila dinobatkan sebagai pemenang perak untuk Pertandingan Landskap & Rumah Cantik 2011 di kawasan Taman-Taman Perumahan Dun Bukit Baru. Jom kita lihat taman milik En Idris Awab.
Tuala kayangan tengah sibuk diperkatakan. Tapi, berbaloi ke beli tuala kayangan ni? harga sehelai pun bukan kepalang antara RM 50-RM350. Sebut microfiber, banyak tuala yang lebih murah diperbuat dari microfiber. Rupanya, ada sebab lain kenapa tuala kayangan ni mahal. Ia jauh lebih hebat dari tuala microfiber biasa. Ia dibina berasaskan formula sains. Facebook Ini Sains Beb berkongsi penjelasan ringkas yang mudah difahami ramai. Kenapa tuala kayangan ni hebat.
Tuala yang berasal dari Norway ini sebenarnya telah lama berada di pasaran, dibangunkan sejak 1994, namun menembusi Malaysia sekitar tahun lepas dan semakin dikenali tahun ini. Pelbagai produk dipasarkan menerusi syarikat ini termasuk, tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan sebagainya.
Apa istimewanya tuala N?
Tuala N yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.
Tuala N mempunyai teknologi antikuman (BacLock)
Tuala N sebenarnya dibangunkan dengan komposisi perak (silver). Tuala ini berfungsi membunuh kuman dengan kehadiran ion perak (silver) yang boleh mengganggu pertumbuhan dan penyebaran bakteria. Ion ini mengganggu enzim dalam bakteria yang diperlukan dalam metabolisma oksigen (pengangkutan transmembrane). Ion perak ini juga boleh merosakkan DNA yang menganggu dalam proses reproduksi bakteria.
Jika dibandingkan dengan spray D atau bahan kimia lain, kesan tuala N lebih lama sebenarnya disebabkan oleh ion perak ini. Walaupun ia tidak membunuh bakteria secara langsung, bakteria lazimnya akan terlekat pada tuala N dan lambat laun ia akan mati.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi pengunaan racun perangkap telah di lakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
1.Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3.Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.