Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda.

  1. Labu mudah ditanam menerusi biji benih. Selepas mendapatkan labu dari pasar, bersihkan dan keringkan biji benih tersebut untuk penanaman.
  2. Tanamkan beberapa biji benih sedalam 1 inci ke dalam tanah, jarakkan 1 kaki setiapnya atau pun boleh ditanam dalam pasu..
  3. Apabila tanaman labu sudah mencapai 2-3 inci tinggi, ubah sebahagian daripada anak pokok dan biarkan dua atau tiga anak pokok sahaja di kawasan tersebut.
  4. Labu akan menjadi subur apabila mendapat cahaya yang tidak terlalu tepat mengenainya. Cahaya sederhana dengan sedikit redup sesuai untuk tanaman labu.
  5. Penanaman labu memerlukan kawasan seluas sekurang-kurang 50 kaki persegi. Tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai ruang secukupnya, tanam labu di pinggir tanaman dan train tanaman ini agar ia tumbuh merentasi kawasan berumput dan laluan. Untuk makluman labu adalah pokok menjalar, jika tiada tanah yang mencukupi tidak ada masalah kerana pokoknya tidak besar.

Buah labu manis mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat dalam labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C.

Menyemai
Semai benih labu terus di dalam tanah. Semai benih sedalam 2.5 cm (1 inci). Letakkan benih secara menegak dengan bahagian tajam di sebelah bawah. Letakkan 2 atau 3 biji benih dalam satu lubanng. Jarakkan antara benih sepanjang 1 hingga 2 m dalam semua arah. Benih labu manis akan bercambah dalam masa 6 hingga 10 hari. Kemudian kerat anak pokok yang lemah. Tinggalkan anak pokok yang paling besar.

Sekiranya kawasan anda terdapat semut api (semut gatal), serangga tersebut mungkin akan memakan benih yang anda semai. Elok semai di dalam bekas semaian terlebih dahulu. Apabila anak pokok mempunyai 2 set daun baru dan akar memenuhi bekas semaian, alih anak pokok ke atas tanah.

IKLAN

Merumput
Merumput di peringkat awal pertumbuhan anak pokok labu manis. Apabila ia telah membesar, daun pokok labu yang besar akan menghalan rumpai dari tumbuh subur.

Menyiram
Pokok labu manis memerlukan air yang banyak. Siram setiap hari di musim kering.

Membaja
Pokok labu manis memerlukan nutrien yang banyak terutamanya nitrogen. Tambah baja 2 minggu selepas menyemai dan kemudian setiap 3 minggu.

IKLAN

Mendebunga
Bunga jantan dan bunga betina labu manis adalah berasingan. Anda mungin perlu menjalankan pendebungaan secara manual. Bunga betina yang tidak didebunga akan luruh. Ketika buna betina sedang mekar, sentuh potongan stamen yang mengandungi debunga dari bunga jantan ke stigma bunga bebtina. Kemudian ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan lalat buah bertelur di dalam bunga dan merosakkan buah labu manis. Lihat posting tentang pendebungaan labu manis.

Memangkas (Pruning)
Potong batang pucuk labu 2 helai daun dari buah muda untuk mempastikan nutrien yang terhasil dihantar ke buah labu sepenuhnya. Ini juga menjadikan pokok labu tumbuh merimbun.

IKLAN

Menuai
Tuai buah setelah pokok kelihatan tua dan hampir kering. Anda juga boleh tuai pucuk disepanjang pokok hidup subur untuk dimasak sebagai sayur dan bunga labu manis juga enak dibuat salad.

 

RUJUKAN

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI