Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones baru-baru ini membuat keputusan untuk menjual rumah agam mewah mereka yang bernilai RM57 juta.
Alasannya, mereka berasa sunyi tinggal di rumah mewah Irvington yang terletak di Westchester County, New York itu setelah anak-anak berpindah keluar untuk hidup berdikari. Mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Dylan, 23 tahun, dan Carys, 21 tahun.
“Ketika membeli rumah ini, saya tahu kami sekeluarga akan berkongsi banyak momen gembira di sini. Dan benar, ia menjadi kenyataan. Sekarang anak-anak kami sudah hidup berdikari, jadi ini masa yang sesuai untuk menjualnya,” kata Catherine kepada Wall Street.
Jom Intai Rumah Mewah Mereka
KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA-JONES
Rumah ikonik kampung Bahru yang sering muncul dalam iklan raya, drama dan filem seperti Adnan Sempit serta Abang Long Fadil akhirnya akan berpindah.
Pemiliknya, Shafiq Abdullah membuat perkongsian akan berpindah melalui laman Facebooknya.
Melalui satu hantaran di Facebook, lelaki tersebut memaklumkan bahawa beliau dan ahli keluarganya akan keluar dari rumah tersebut untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah itu.
Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun untuk menyiapkan projek berkenaan.”
Berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang menjadikan ia sebagai lokasi bergambar, pemilik rumah ‘legend’ di Kampung Baru itu juga berharap dapat kembali ke tanahnya.
“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah ini,” ujarnya.
“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar. “Mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami sepanjang tempoh tersebut. Rumah Biru mengucapkan selamat tinggal,” katanya.
Hantaran Shafiq menjadi tular dan menerima hampir 1,000 reaksi dan 600 perkongsian. Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut.
Elisya Sandha yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha ini memberitahu dia kini dalam proses untuk membeli rumah landed berharga RM1.2 juta. Juga merupakan impiannya sejak tamat persekolahan.
Berkongsi lanjut mengenai rumah yang dibeli, Elisya berkata kediaman tersebut jenis landed berharga RM1.2 juta.
Untuk tahun ini, saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang masa zaman sekolah, saya dah tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri.
Alhamdulillah, saya masih merancang dan insya-Allah tahun ini saya akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, saya tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli.
Saya nak ada rumah dari hasil duit saya sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan saya dah jumpa rumah ini, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan. Dari habis sekolah, saya memang fokus nak beli kereta dan rumah. Dalam masa lima tahun saya dapat kumpul.’
Isu ini rentetan dari ibu mentuanya, yang juga pengarah dan penerbit Shiela Rusly, sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Menurut Elisya, dia dan suami, Uzair Haqimy, bagaimanapun tidak mempunyai perancangan untuk menambah zuriat dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk mencari duit untuk membeli rumah baharu.
“Zuriat juga dalam perancangan, mak mentua (Shiela Rusly) dah tanya sebenarnya. Dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang’.
“Tapi sekarang ini kita tengah fokus pada kerjaya masing-masing. Kita berdua memang tengah nak cari duit, belum terfikir lagi untuk ada anak seorang lagi.
“Cumanya, saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not, just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yela saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah.
“Kalau ibu saya sendiri pula tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya-Allah ada rezeki tahun hadapan,” katanya.
Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang. Sungguh cantik dan menenangkan reka bentuk tiny cottage berkeluasan 420kps yang dibina atas bendang sawah ini.
Cat exterior dinding rona putih tersergam indah dengan kemasan shera plank menggamit mata sesiapa sahaja yang memandang. Begitu juga pagar putih rona senada, menambah seri melengkapi rumah kecil di bendang sawah ini. Reka bentuk kediaman persis rumah gaya Eropah di luar negara.
Ia merupakan kediaman milik Puan Shikin Hashim yang baru sahaja siap pembinaannya pada Mac 2023 yang lepas. Rumah ini dibina bagi menunaikan hajat arwah suami tersayang yang ingin membina rumah kecil sebagai persinggahan ketika balik ke kampung.
“Saya menunaikan hajat arwah suami yang ingin membina rumah di kampung halamannya sendiri. Pernah berbicara dengan arwah sebelum ini nak bina tiny house sahaja memandangkan hanya balik kampung sekali sekala. B this is our dream house..,” ujarnya.
Rumah ini mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik air, anjung, dapur (pantri) dan ruang tamu. Dekorasi interior rumah pula dihias dengan cukup minimalis sesuai dengan rekabentuk dan keluasan rumah yang kecil.
Penggunaan Sofa Bed bagi menggantikan set sofa, bar kaunter sebagai alternatif kepada meja makan dapat menjimatkan ruang yang terhad. Malah pemasangan ‘Diamond mirror’ pula bukan sekadar dekorasi menyerikan kediaman malah memberi efek ruang lebih luas.
Kemasan lantai, pemilik menggunakan simen board dan kemasan SPC dan ruang backsplash menggunakan Jubin Fish Scale rona putih.
Bahagian luar rumah pula, mempunyai anjung kecil yang menempatkan set kerusi dan meja kopi. Pemilik dapat menghirup udara segar dan menikmati permandangan sawah padi yang luas terbentang sambil menikmati hidangan minum petang bersama keluarga tersayang.
Info Kediaman
Nama Pemilik: Shikin Hashim
Jenis Kediaman: Tiny Cottage
Lokasi: Kedah
Keluasan Kediaman: 420Kps
Siap Dibina: Mac 2023
Nama Kontraktor: Topweld93
Anggaran Kos: RM73k
Rumah: RM60K
Pagar:RM13K
Spesifikasi Ruang:
1 bilik tidur, 1 bilik air, anjung, dapur (pantri) & ruang tamu
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman yang berjaya merealisasikan rumah impian buat arwah suami. Semoga menjadi inspirasi bagi yang ingin membina rumah kecil sebegini juga.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!