5 cara ruang nampak segar, tak perlu beli perabot baru. Kebanyakan orang jika hendak make over rumah, mesti tukar hampir kesemua perabot untuk dipadankan dengan konsep.
Jika nak kembalikan mood segar dan bermaya pada sesuatu ruang, tidak semestinya anda kena beli perabot baru. Ada beberapa perkara kecil yang boleh anda lakukan untuk memberi impak segar pada ruang.
1. Tona Kunyit atau Yellow Mustard
Tona yang lebih terang mampu mencuri perhatian yang sebelum ini sudah terbiasa dengan rona tanah dalam sentuhan. Sesekali mengenakan warna yang berani atau terang seperti ini pasti mampu menarik perhatian ramai.
Anda boleh menggunakan tona-tona ini dalam elemen-elemen seperti dinding, perabot, hiasan, atau aksesori untuk mencapai penampilan yang diinginkan. Selain itu, warna-warna ini sering dikaitkan dengan sifat-sifat seperti keceriaan, kegembiraan, dan optimisme, yang mana boleh memberikan kesan positif kepada suasana ruangan.
2. Tanaman Indoor
Menambahkan tanaman indoor adalah cara yang hebat untuk memberikan kesan segar kepada ruang. Tanaman tidak hanya menambahkan unsur alam ke dalam ruangan tetapi juga menyediakan udara yang lebih bersih dan selesa untuk dihidu. Mereka boleh memberikan warna, tekstur, dan kehidupan kepada ruangan tersebut.
Pilih tanaman yang sesuai dengan cahaya dan kelembapan yang ada di ruangan anda. Contohnya, tanaman seperti paku-pakis, sansevieria, atau sukulen adalah pilihan yang baik untuk ruangan dengan cahaya yang terhad. Manakala tanaman seperti palem, monstera, atau begonia mungkin sesuai untuk ruangan dengan cahaya yang lebih terang.
Ads
3. Gantikan Kusyen atau Bantal Hiasan
Bantal hiasan yang sering menjadi hiasan utama pada sofa ruang tamu ini boleh digantikan dengan sarung kusyen yang lebih menarik seperti warna yang lebih cerah dan ceria untuk menaikkan aura ruang tersebut. Berikan nafas baru dalam material yang lebih selesa seperti kapas. Susun atur bantal hiasan yang juga perlu dititik beratkan. Tidak sekadar meletakkan di atas sofa, gayakan saiz bantal yang bersesuaian dengan pemilihan sofa yang betul.
Dengan menggantikan kusyen atau bantal hiasan adalah cara yang bagus untuk memberikan sentuhan segar kepada ruangan. Dengan mengubah kusyen atau bantal hiasan, anda boleh mengubah suasana dan gaya ruangan dengan cepat dan mudah.
Anda boleh memilih kusyen atau bantal hiasan dengan warna-warna cerah atau corak yang menarik untuk memberikan penampilan yang lebih segar kepada ruangan. Selain itu, memilih kain yang berbeza atau tekstur yang berlainan juga boleh memberikan dimensi baru kepada ruangan tersebut.
4. Aromaterapi
Persekitaran yang kemas dengan gaya penataan eksklusif di ruang tamu umpamanya lebih bermakna jika diserikan dengan haruman aromaterapi. Aromaterapi melibatkan penggunaan minyak wangi semulajadi untuk mencipta suasana yang tenang, menyegarkan, dan menggembirakan.
Ads
Selain itu, aromaterapi juga mempunyai pelbagai faedah kesihatan dan kecergasan, termasuk mengurangkan stres, meningkatkan mood, dan meningkatkan tidur yang berkualiti.
Kini aromaterapi wujud dalam pelbagai bentuk seperti lilin, diffuser, spray, dan potpourri. Anda boleh memilih haruman yang menyegarkan seperti lemon, eucalyptus, atau rosemary. Haruman ini akan memberi kesan segar dan tenang kepada ruangan.
5. Pilih Langsir Sesuai dan Posisikan dengan Betul
Langsir bukan sahaja berfungsi untuk mengawal cahaya dan privasi, tetapi juga dapat memberikan sentuhan dekoratif yang besar kepada ruangan. Anda dinasihatkan untuk memilih langsir dengan warna dan corak yang sesuai dengan gaya dekorasi ruangan anda.
Warna-warna cerah atau terang seperti putih, krim, atau pastel boleh memberikan kesan yang lebih segar dan bersih kepada ruangan. Corak-corak yang ringan atau motif yang ringan juga boleh menambah dimensi kepada ruangan.
Ads
Pilih kain langsir yang ringan dan berkualiti tinggi untuk memberikan sentuhan elegan kepada ruangan, di samping turut membolehkan cahaya masuk ke dalam ruangan dengan lebih baik, mencipta suasana yang lebih terang dan cerah. Langsir juga lebih elok jika diposisikan pada kedudukan tinggi atau full height untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.
Pelakon Azhar Sulaiman,53 atau juga lebih mesra membahasakan diri ‘Behar’ baru-baru ini berkongsi antara aktiviti malamnya di bulan Ramadan. Dalam perkongsian di media sosial, jelas pengacara yang juga seorang arkitek ini, sejak 1 Ramadan dirinya tak boleh tidur malam dan memenuhi waktu malam tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuci karpet di rumah.
“Sejak 1Ramadan Behar takleh tido malam. I think i dah terkena Amnesia – Terlupa untuk tido malam!” katanya.
Kreatif Jemur Karpet Guna Rangka Laundry Bag
Dalam video ringkas yang dikongsikan, pelakon yang dikenali suka bertukang serta melakukan aktiviti DIY ini juga turut berkongsi tip cara dia mencuci dan menjemur karpet di laman rumah.
Menariknya Behar cukup kreatif menggunakan rangka laundry bag IKEA dan rod panjang untuk dijadikan tempat menjemur karpet yang telah dicuci nanti.
Bukan itu sahaja, ayah kepada Kasih Iris Leona, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin ini turut merancang untuk memperbaiki semula rumah kucingnya yang rosak terbiar sebelum ini. Behar merancang untuk mengecat, meletak lampu raya sebelum diletakkan di laman rumah menjelang raya nanti.
Memang rajin sungguh dan cukup kreatif pelakon Azhar Sulaiman ni. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Mesin basuh tak semestinya selalu digunakan untuk membasuh maksudnya ia sedia bersih. Ada bahagian-bahagian tersembunyi yang anda tidak perasan dah mula naik kulat atau lumut terutamanya pada bahagian tiub.
Ada sesetengah mesin basuh baju disediakan program untuk mencuci tiub atau dram. Namun itu bukanlah jaminan kepada kebersihan bahagian-bahagian yang tersembunyi. Ini kan pula bagi mesin basuh yang tiada option tersebut. Habis, macam mana nak cuci mesin basuh? takkan perlu tanggalkan setiap bahagian untuk mencuci?.
EH! tak perlu susah-susah. Kita ikut sahaja langkah yang telah disediakan oleh perkongsian sahabat kita di laman facebook. Radi apiz hanya guna dua bahan mudah sahaja untuk mencuci mesin basuhnya. Dan yang paling penting, tak perlu dibuka drum atau mana-mana bahagian. Lakukan seperti cucian baju bisa.
Sejak pakai mesin basuh baru, ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-kepingan habuk melekat pada baju. Jadi, saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati tengok keladak-keladak mesin tu keluar. Guna 2 bahan je iaitu cuka dan baking soda. Moga bermanfaat.
Bahan-bahan: 300ml Cuka
200gm Baking soda
Cara-cara:
1.Buka penapis ni dan cuci bersih. Kemudian pasang semula.
2. Masukkan baking soda di ruangan sabun. Kalau tak ada, boleh tabur terus dalam drum
3.Masukkan cuka di ruangan sabun. Campuran ini akan menghasilkan buih
4. Pilih program tube clean. Kalau yang tak ada boleh guna cucian biasa dan aras nya maximum
5. Biarkan proses berlangsung seperti biasa
6.Keladak dari dinding drum atau tube mula kelihatan
7.Lakukan beberapa kali bilasan sehingga semua keladak terperangkap di dalam penapis dan buangkanya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami masalah untuk menghalau semut di rumah dan sehingga kini masih belum menemui penyelesaiannya. Memang stres kan?
Sebenarnya, ada beberapa petua dan langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah tersebut.
Jadi, cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda dengan menggunakan bahan semulajadi yang pasti berkesan dan selamat.
1.CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.
Caranya, anda boleh larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
Cuba ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
2.KULIT KAYU MANIS
Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.
Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.
Bagi anda yang ada ‘cinnamon essential oil’ di rumah, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Dengan langkah ini bukan sahaja boleh mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!
3.SERBUK KOPI
Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.
Kaedah yang anda boleh lakukan, ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut dan biarkan selama beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
4.DAUN SIRIH
Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba daripada daun ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.
5.KULIT TELUR
Caranya, bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat yang sering menjadi tumpuan semut.
Selain semut, cara ini juga berkesan juga untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.
Jangan lupa mengaplikasikan petua untuk menghalau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.
Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda. Selamat mencuba!
Sumber: SirapLimau Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.