Rumah minimalis bukan sahaja memberikan suasana yang lebih lapang dan kemas, malah dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Untuk mencapai rumah minimalis yang kekal teratur, langkah pertama adalah dengan menyemak dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan.

Semak & Buang 5 Barang Ini, Barulah Rumah Minimalis & Kekal Teratur

Berikut adalah lima barang yang patut disemak dan dibuang untuk memastikan rumah anda sentiasa minimalis dan teratur.

Pakaian

Ini adalah bahagian yang paling asas untuk kamu perhatikan dan percayalah bila kamu berjaya melepaskan pakaian lama, fikiran kamu akan menjadi lebih lapang. Susun pakaian yang kamu tidak pakai selama setahun yang lalu. Sama ada ia bukan lagi citarasa kamu, sudah tidak muat atau tidak diperlukan lagi. Kamu boleh mendermakan pakaian tersebut atau menjualnya sebagai barangan pre-loved.

Alat Solek & Penjagaan Diri

Tumpukan perhatian pada meja solek kamu yang penuh dengan pelbagai produk mekap dan penjagaan kulit. Mungkin ada produk yang kamu beli kerana terpengaruh dengan video TikTok. Jangan terkejut jika ada produk yang sudah tamat tempoh atau rosak. Tak perlu fikir panjang atau merasa ia sebagai satu koleksi. Ia bukan lagi koleksi, tetapi sampah! Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk tidak lagi membeli produk-produk viral. Cukup sahaja dengan produk kecantikan yang baik dan selamat untuk kulit kamu.

IKLAN

Semak & Buang 5 Barang Ini, Barulah Rumah Minimalis & Kekal Teratur

Barangan Elektrik

Bahagian dapur juga tidak terkecuali, terutamanya dalam kabinet yang penuh dengan perkakas elektrik yang langsung tidak digunakan. Pembuat jus, pemanas kopi, atau mesin membuat waffle mungkin sudah tidak digunakan sejak setahun yang lalu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah mendermakan atau menjual semula perkakas tersebut supaya ia boleh berganti tuan.

Prop Hiasan Perayaan

Hiasan tambahan sempena sambutan hari jadi, perayaan atau apa sahaja yang sudah lapuk atau buruk perlu disemak semula. Semak balik alat hiasan yang sudah rosak dan kemaskan dalam satu kotak khas supaya kamu boleh menggunakannya semula pada masa akan datang.

Lebihan Bekas “Tupperware” & Beg Pasar

Selain pakaian, bekas kedap udara atau bekas makanan juga amat sukar untuk dibuang, apatah lagi bekas yang sudah bertahun-tahun disimpan atas alasan ‘mana tahu nak guna nanti’. Cukuplah kamu simpan bekas yang berkualiti, masih kuat kedap udara dan tidak berbau. Beg tote pasar yang tersidai dalam kabinet juga lebih baik kamu pilih yang mana masih baik, dan mana yang tidak.

IKLAN

Boleh tidak kamu lakukan semak dan buang lima perkara ini? Selamat mencuba!

Mesti Baca:Beli Tanah Atau Rumah, Ini 10 Tip Dari Perunding Kewangan!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Persaraan, Perunding Hartanah Beri Tip Apa Perlu Buat Sejak Dari Awal
Artikel Menarik:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko

IKLAN

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI