Tembok yang cantik dan kemas merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan rumah dan bangunan. Salah satu bahan yang sering digunakan dalam pembinaan tembok adalah bata merah. Bata merah bukan sahaja kukuh dan tahan lama, tetapi juga memberikan sentuhan estetika yang unik dan menarik.

Fahamkan perkongsian tip ikat bata merah seperti yang dikongsikan oleh Mohd Helmy Ismail ini sebagai rujukan;

Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan.Tembok ni saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja, bukan jenis bata merah cantik@facing brick.Cumanya nak ikat tu kena slow and steady dan juga cermat.

Sedikit perkongsian tips untuk ikat bata merah:

1. Survey Bata Merah Sesuai

Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware. Hardware yang jauh sikit pun takpe, sebab selalunya hardware ni dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza.Jadi kena rajin jalan-jalan cari bata yang sesuai.

2. Minta Turunkan Bata Guna Kren

Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata tu, request hardware untuk turunkan bata tu guna kren.Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tu tak pecah dan sumbing masa delivery.

Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata tu rosak dan pecah.Kalau nak ikat bata then finishing plaster,takpa la..Tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi.

3. Masa Ikat Bata, Cuci Lebihan Air Simen

Untuk ikat bata ni, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata.Try pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel.Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen tu.Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih.Jangan tunggu sampai lebihan simen tu dah kering baru nak cuci…memang menangis nanti.

TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah
Guna Bata Merah

4.Pastikan Jarak Antara Bata Konsisten

Sebab tu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ni kena slow and steady.Memang akan ambil masa.Pastikan tukang ikat bata tu adalah seorang yang penyabar.Pastikan juga masa ikat tu, jarak antara bata tu konsisten.Baru nampak comel dan kemas.

IKLAN
TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah
Guna Bata Merah

5.Pastikan Simen Cukup

Bila dah siap ikat, cek balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten.Mana yang tak cukup simen, just tambah je.Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata tu bila terkena simen.Bila dah siap, dan simen cukup keras,cuci lagi sekali permukaan bata tu dan biarkan kering secukupnya.

TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah
Guna Bata Merah

6. Sapu ‘Clear Varnish’

Last sekali, bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan kaler bata merah tu dan juga sebagai protection untuk surface bata tu.

Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN.So far brand ni ok.Untuk design macam ni,ianya perlukan sedikit maintenance.Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah tu.

TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah

IKLAN

Kelebihan Menggunakan Bata Merah

  1. Ketahanan dan Kekuatan: Bata merah terkenal dengan ketahanannya terhadap cuaca ekstrem dan daya tahan terhadap beban berat. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk tembok yang kukuh dan stabil.
  2. Estetika dan Keindahan: Bata merah memberikan penampilan klasik dan tradisional yang dapat meningkatkan nilai estetika sesebuah bangunan. Warna merah bata yang semulajadi juga memberikan keunikan tersendiri.
  3. Kebolehsuaian: Bata merah mudah disesuaikan dengan pelbagai reka bentuk dan gaya. Sama ada untuk gaya moden atau tradisional, bata merah boleh diatur dalam pelbagai corak dan bentuk.
  4. Penebatan Suara dan Haba: Bata merah mempunyai sifat penebatan yang baik, yang membantu mengurangkan bunyi bising dan mengekalkan suhu yang nyaman dalam rumah.

TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah

Kesimpulannya untuk buat tembok macam ni,kena banyak bersabar.Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat mencuba.

Jika berhasrat nak pasang tembok di rumah, jadikan tip asas ikat bata merah ni sebagai panduan. Barulah hasilnya elok cantik dan kemas nanti.

Mesti Baca:Beli Tanah Atau Rumah, Ini 10 Tip Dari Perunding Kewangan!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Persaraan, Perunding Hartanah Beri Tip Apa Perlu Buat Sejak Dari Awal
Artikel Menarik:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko

IKLAN

Sumber: Mohd Helmy Ismail

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI