Umum tahu, kediaman berukuran 650 kaki persegi mempunyai keluasan dan ruang yang sangat terhad. Memberi cabaran kepada penghuni atau pemilik bijak menyusun atur agar semua keperluan dapat diisi dalam ruang yang terhad. Untuk kelihatan ruang kediaman lebih luas, kebanyakkan pemaju kini memilih konsep “open kitchen”. Jadi, ia memberi peluang dan ruang kepada pemilik untuk mengolah ruang mengikut keperluan. Seperti yang diakukan oleh Firdaus Hadzri dan pasangannya. Ruang dapur yang sangat terhad diolah sesuai dengan cita rasa dan keperluan.
Kami berdua memang sukakan sesuatu yang ringkas (minimalis) dan unsur-unsur segar dari alam sangat dekat dengan hati kami berdua. Kami berdua banyak mendapat idea atau inspirasi dari pinterest dan juga instagram.
Tema sebenar gaya bohemian ini adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang kecil supaya nampak tenang dan lapang. Perkara yang kami titik beratkan sekali adalah keluasan. Ini adalah kerana keluasan rumah kami adalah 650 sft. Keluasan ruang amat penting sekali untuk kami menentukan saiz, susunan serta jumlah kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang diperlukan supaya bersesuaian dengan ruang dapur agar tidak terlalu sempit atau terlalu kosong.
Pemilihan warna kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang bertepatan padanan warna juga amat mempengaruhi suasana ruang dapur. Warna yang tepat padanan akan dapat memberikan dimensi ruang yang kecil supaya nampak lebih besar dan luas. Selain itu juga, warna mampu memainkan sentuhan emosi kepada setiap orang yang memandangnya. Kami juga merancang untuk menukar pencahayaan (lampu) untuk menaikkan lagi mood bohemian pada masa terdekat ini.
Pernahkah anda mendengar kes mozek lantai rumah ‘meletup’? Atau dalam kata lain, keadaan di mana mozek lantai tercungkil keluar. Kebiasaannya fenomena ini terjadi selepas beberapa tahun rumah siap dan lebih kerap berlaku jika menggunakan mozek yang bersaiz besar.
Terdapat beberapa sebab kepada fenomena ini antaranya :
1. Tanah di tapak rumah mendap.
2. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
3. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
4. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.
Ini Cara Penyelesaian!
Cara untuk memperbaikinya adalah membongkar papan jubin yang telah dipasang. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane.
Agar tidak berlaku lagi, pasanglah joint sealent setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.
Span cucian pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya, selagi tidak lunyai selagi itulah kita akan menggunakanya. Tahukah anda sebenarnya betapa kotornya span cucian itu setelah banyak kali digunakan. Kita sering gunakan ia untuk membersihkan kotoran pada pinggan, namun walaupun dari mata kasar kita lihat span dan sabun dapat bersihkan kotoran pada pinggan mangkuk tetapi kuman akan terlekat pada span. Menurut kajian dari Jerman, kuman yang ada pada span telah digunakan seminggu boleh mencapai hampir 5 trillion jumlah kuman.
Jadi bagaimana untuk mengekalkan kebersihan span anda?
Anda hanya perlu rendamkan span anda kedalam air panas selepas digunakan.
Perah pastikan span anda betul-betul kering setelah digunakan.
Gunakan sabun pencuci pinggan yang mempunyai pati lemon.
Mengenangkan raya hampir tiba, dan mungkin raya tahun ini akan Kembali bersinar seperti sebelum ini. Pasti ramai di luar sana inginkan satu kelainan dan perubahan dalam hiasan rumah. IMPIANA kali ini ingin berkongsi dengan dengan anda tentang tip dan trik yang ramai tidak tahu.
Tidak perlu ketuk, pecah dan sebagainya untuk miliki konsep moden dan elegan dalam kediaman dan jika anda inginkan kediaman ala Pinterest. Rumah sekarangkan semuanya gemarkan ruang atau sudut insta worthy dengan cara ini semua kehendak anda dapat menjadi kenyataan. Baca artikel ini sampai habis kalau anda ingin tahu apa tip dan trik yang ingin IMPIANA kongsikan.
Segala permukaan dalam rumah anda boleh ditukar dengan Admira Laminates. Admira Laminates Sdn Bhd ini telah lama bertapak dalam industri hiasan dalaman, selama 46 tahun. Sudah pastinya di usia begini mutu dan kualiti produknya tiada tandingan. Ia memberi 101 penyelesaian bagi masalah dinding di rumah anda yang anda tidak tahu. Jom IMPIANA cerita apa kelebihan laminates ini.
IMPIANA tertarik dengan produk laminates jenama ADMIRA ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan laminates yang banyak diluar sana. Apa perbezaan di antara ADMIRA dengan laminates yang lain. ADMIRA laminates mempunyai pelbagai jenis rangkaian yang boleh dijadikan pilihan dan citarasa anda di luar sana.
Salah satunya adalah Traceless laminates, rangkaian ini cukup sempurna untuk sebuah kediaman yang harmoni kerana ia memberikan anda kesempurnaan dalam kemasan. Laminasi Tahan Antimikrob dan cap jari ini akan menampakkan kediaman anda lebih elegan dan moden.
Bagi yang gemarkan konsep elegan dengan kemasan yang agak gelap dengan Traceless segala kerumitan untuk mengurangkan kesan cap jari dan kesan pada permukaan dapat diselesaikan dengan mudah dan selamat.
Gambar: ADMIRA
Apabila kita mengatakan Traceless, ia bermaksud tiada kesan atau kalis cap jari. Seperti namanya, laminasi tanpa jejak tidak meninggalkan jejak cap jari atau bakteria di belakang. Laminasi anti cap jari tanpa jejak juga mudah dibersihkan dan dijaga – yang diperlukan hanyalah kain lembap atau span melamin untuk penyelenggaraan.
Produk Jepun, sifat antimikroba Traceless juga menjadikannya pilihan ideal untuk kemudahan penjagaan kesihatan dan kawasan penggunaan yang lebih tinggi di kediaman anda seperti kabinet dapur, almari pakaian atau meja. Dengan proses impregnasi yang unik, Traceless menawarkan perlindungan tahan lama terhadap bakteria dan virus.
Bukan sekadar Traceless sahaja ye yang ADMIRA ada terdapat satu lagi panel dinding yang cukup berkualiti tinggi, iaitu CERARL.
CERARL membawa ruang dalam kediaman anda lebih baik dari apa yang sebelumnya tidak dapat difikirkan oleh anda.
Ia adalah panel hiasan gentian kaca yang unik yang direka untuk pelapisan dinding; walaupun di dinding perabot yang ada. Dibangunkan dan dibuat di Jepun, teknologi CERARL yang cukup canggih memberikan beberapa kesan yang baik untuk ruang kediaman dan komersial.
Gambar: ADMIRA
Digunakan secara meluas di bilik mandi, dapur, ruang dinding tumpu dan sebagainya; CERARL mempunyai daya tahan tinggi terhadap air, api, hentaman, noda dan bakteria.
Direka Oleh: AZR Kitchen Sdn. Bhd.
Kod Produk: ACS 1403 Emperador Marble
Kerja basah yang tidak kemas dan pecah dinding yang bising kini menjadi perkara masa lalu. Dengan CERARL sangat sesuai untuk peka kebersihan, tenang dalam renovasi dan cepat. Segalanya dapat dilaksanakan dengan mudah dan selamat.
Menarik bukan, tunggu apa lagi berubahlah ke ADMIRA untuk keseluruhan ruang rumah anda Nampak lebih elegan dan bergaya di hari raya kali ini.
Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Admira ini anda boleh layari.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...