
Pokok daun bawang biasanya kita tanam dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.
Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
Cara tanam pokok daun bawang dalam botol
- Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
TIP
- Ambil bawang yang dah mula bertunas atau nampak akar halus di bahagian bawah. Ini memudahkan proses pertumbuhan dalam air kerana ia sudah aktif secara biologi.
- Bawang perlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Letakkan dekat tingkap atau balkoni yang cerah untuk bantu proses fotosintesis dan penghasilan daun bawang yang subur.
Selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Semai 6 Jenis Tanaman, Boleh Jimat Belanja Dapur!
Baca Lagi Di Sini:Baja Hampas Kopi Boleh Lebatkan Daun Dan Bunga
Artikel Menarik:KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI