Siapa sangka dengan menggunakan rumput liar dan air hujan juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Sangat semula jadi, lebih jimat malah tak perlu keluarkan kos pun.
Resipi baja ini idea daripada Jadam Liquid Fertilizer iaitu satu kaedah pertanian organik dari Korea yang dicuba sendiri oleh Encik Syafiq Baharin.Mudah sangat nak buat, paling penting hasil tanaman jadi subur.
RESEPI BAJA SUBUR BUAT SENDIRI (KOS HAMPIR PERCUMA!)
Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.
Nak buat dia perlukan 3 bahan je.
1. Air Hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)
2. Leaf Mold
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
– Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput Liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)
INI CARA NAK BUAT :
1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
Ads
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
CARA NAK PAKAI BAJA NI.
1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.
Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.
Ads
Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.
Ads
Wife saya panggil ni baja longkang sebab rupa dan bau dia. Haha. Kadang-kadang bila ada sayur kat rumah tak habis dan kecut, saya sumbat je dalam tong ni. Lagi kaw jadinya. InsyaAllah.
Ni Alhamdulillah kangkung hasil baja ni.
Ni pun sama, saya sumbat kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas. Alhamdulillah subur walaupun rapat-rapat. Duk siram dengan air baja ni la.
IMPIANA: Wah menarik sungguh guna air hujan, mold leaf dan rumput liar sebagai baja untuk suburkan tanaman. Boleh cuba nanti, sangat jimat kos dan tak perlu beli baja lain lagi.
Timun Jepun selalu dijadikan ulaman dimakan dengan nasi putih, dibuat jeruk, dijadikan salad mahupun bahan semulajadi untuk petua kecantikan. Walaupun pokok timun merupakan tumbuhan menjalar/ pemanjat, selain ditanam atas batas tanah ia boleh juga ditanam dalam pasu. Malah sangat sesuai ditanam di rumah yang mempunyai kawasan terhad.
Boleh ikut cara mudah, tip lengkap tanam Timun Jepun ini. (Sesuai juga untuk timun batang lain)
1. Penanaman Dalam Pasu atau Bekas
Pokok Timun Jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya. Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar.
Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus 2 biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu .
Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter.
Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
3.Penjagaan
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
4. Baja
Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting. Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali. Tinja ayam dan kompos sangat di sukai pokok timun batang.
EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah. Siapa sangka selain berbakat dalam bidang seni, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim,49 juga meminati aktiviti bercucuk tanam di laman rumah.
Pruning Pokok Hydrangea & Ros
Dalam perkongsian di Instagram, Edry yang baru sahaja kembali ke rumahnya di Bamford, Manchester, United Kingdom (UK) dan berkongsi pokok-pokok yang ditanam sendiri di laman rumahnya di sana. Antaranya seperti Hydrangea dan Ros.
Edry seronok melakukan aktiviti (pruning) memangkas dan memetik beberapa kuntum bunga Siti Zubaidah atau nama saintifiknya Hydrangea rona biru dan ungu serta bunga ros rona merah jambu untuk dihiasi di dalam pasu hiasan.
Malaysian gardener back in action🌹🪻🏵️ Thanks semua yg kongsi nama melayu Hydrangea ialah Bunga Siti Zubaidah & 3 bulan..baru saya tahu.
Dekor Kediaman Bunga Segar
Menurut Edry lagi, bunga-bunga segar ini seharusnya dipetik lebih awal ketika musim bunga (spring) namun atas komitmen kerja berada di Malaysia, bunga-bunga tersebut dipetik hanya sekembalinya dia ke rumahnya di Manchester,UK ketika masuk musim panas.
Edry meletakan bunga-bunga segar tersebut di meja kopi di ruang tamu, meja makan di dapur dan meja konsol. Terus naik seri ruangan ini apabila dihiasi dengan bunga-bungaan segar. Lebih istimewa apabila ia dipetik dari laman rumah sendiri.
Mendirikan rumahtangga bersama Milia Mohammed, pasangan bahagia ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 pada 5 November lepas dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Emil, 24; Edylia, 21, Emery, 17 dan Elya, 14.
Nenas kebiasanya kelihatan di tanam terus pada tanah. Tak kiralah ia untuk tujaan perladangan atau pun sekadar hobi. Tapi tak sangka pula di Indonesia, ada pekebun yang mengusahakan tanaman nanas mereka hanya menjadikan polibeg sebagai waddah. Kebiasaanya, yang kita lihat nanas hiasan yang di tanam dalam pasu kan. Namun, apa yang diusahakan berhasil. Jom kita belajar cara tanam nanas dalam polibeg.
Medium tanaman yang diperlukan mestilah yang mempunyai sistam saliran dan pengudaraan yang baik. Penting juga medium yang digunakan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi untuk membekalkan keperluan pokok nanas. Campurkan medium tanaman yang telah siap Bersama bahan kompos pada kadar 6:4. Boleh gunakan medium tanaman siap proses yang dijual di nurseri.
Masukkan medium tanaman ke dalam polibeg dan padatkan.
Benih nanas boleh diperoleh dari banyak cara. Yang paling cepat adalah dengan membeli benih dari pembekal. Selain itu juga, boleh gunakan balong nanas. Namun kaedah ini akan memakan sama yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya termasuklah melalui biji benih.
Lakukan siraman di awal pagi setiap hari dan pastikan medium tanaman sentiasa lembap namun bukan menakung air. Sebab itu, nanas hidup subur di Kawasan tanah gambut, disamping itu juga, ia dapat memastikan buah yang dihasilkan mempunyai jus yang enak dan
Pembajaan dengan menggunakan urea atau NPK boleh di lakukan ketika tanaman berusia 2-3 bulan. Ia perlu dilakukan setiap 2 minggu untuk memastikan nutrisi yang diperlukan tanaman mencukupi dan hasil buahnya keluar dengan cepat
Ketia berusai 8-9 bulan atau apabila bilah daun mencecah 27 helai sepokok, taburkan baja penggalak buah
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!