Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja roti seminggu 3 kali. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
Boleh cuba buat sendiri baja roti seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini;
“Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.”
“Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.”
“Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan:
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-Caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye.Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
2. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur .
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh.
Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh daun baru bukan main meriah.
Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh
Info Ekstra!
- Kalau dah ikut sukatan 1.5 liter air + 1 keping roti tak payah tambah air dah kalau nak siram pada pokok.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:‘Classy’ Persis Hotel Mewah, Scha Alyahya Kongsi Dekor Rumah Ilham Bersama Suami
Mesti Baca:CARA Basuh Kain Buruk, Kain Lap KOTOR Kembali Bersih & Wangi Macam Baru!
Baca Lagi Di Sini:DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!
IMPIANA: Bagi yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, cuba siram dengan baja roti ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Intan Suhana
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI