Kain buruk mahupun kain lap merupakan benda wajib yang ada di dapur bagi mengelap kotoran, permukaan kaunter top mahupun perkakasan dan pinggan mangkuk. Namun jika selalu digunakan, kain buruk mahupun kain lap tersebut pastinya meninggalkan kotoran dan kesan yang sukar ditanggalkan. Lebih-lebih lagi jika kesan minyak.
Sebenarnya ada caranya nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor ini. Barulah kain-kain tersebut, betul-betul bersih, wangi tiada kesan kotoran macam baru beli.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail ini sebagai panduan;
CARA NAK BASUH KAIN BURUK ATAU KAIN LAP DI DAPUR YANG KOTOR.
1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam. Clorox biar lebih sikit.
2. Selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit.
5. Masuk dalam pengering balik.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
IKLAN
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumahtangga dan kain buruk untuk meniaga. Ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya, sharing is caring. LOVE FROM KAK IDA
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, jika nak basuh kain buruk, atau kain lap kembali bersih, wangi dan putih melepak boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Ketika ini, isu paling hangat diperkatakan adalah tentang wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang terus meningkat di seluruh negara pada kadar yang membimbangkan (jumlah kes terkini 39,174, dengan dua kematian pada ketika artikel ini ditulis). Pihak berkuasa telah menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan kebersihan yang baik dengan memerintahkan aktiviti pembendungan di sekitar negara. Setakat ini, sebanyak 539 premis telah ditutup, termasuk 241 taska dan 259 tadika. Sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak merupakan hotspot penyebaran virus ini tetapi ia juga menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi kediaman masing-masing bagi mengurangkan kemungkinan anak anda daripada diserang HFMD. Jadi mari kita kenali virus HFMD dan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan rumah anda sentiasa selamat dan bebas daripada virus merbahaya ini.
APA ITU HFMD?
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD adalah penyakit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Ia boleh menjangkiti setiap orang tidak mengira peringkat umur, terutama bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun. Tiada ubat khusus untuk merawat penyakit tangan, kaki dan mulut ini. Ibu bapa boleh lindungi anak-anak daripada jangkitan dengan mengamalkan kebersihan yang baik dan mengajar mereka untuk menjaga kebersihan.
BAGAIMANA HFMD TERSEBAR?
HFMD merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan secara langsung dengan hingus, air liur, najis dan cecair dari ruam seseorang yang telah dijangkiti. Individu dengan sistem imun yang lemah juga boleh diserang HFMD melalui sentuhan dengan permukaan alatan atau perabot yang mungkin telah dijangkiti. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan pada saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Cabaran utama oleh mereka yang dijangkiti ialah dehidrasi dan ulser yang sangat pedih. Akibatnya, proses menelan akan jadi seperti mimpi ngeri. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku. Masih tidak ada vaksin dan rawatan khusus untuk wabak HFMD.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN HFMD?
Pertahanan terbaik terhadap HFMD adalah dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik. Ajarkan anak-anak untuk mementingkan kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas menyentuh sesuatu. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya membiarkan anak-anak meletakkan tangan kedalam atau berhampiran mulut mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan persekitaran sentiasa bersih dan tidak tercemar. Jika anak anda mempunyai HFMD, asingkan pesakit daripada orang lain dan elakkan perkongsian sebarang alatan.
Sebagai langkah keselamatan, anda juga boleh memastikan kediaman sentiasa bersih dengan menekankan ini 4 tips ini ;
Lakukan proses pembersihan dalam aliran melurus. Menurut ahli mikrobiologi Dr. Yeo Wee Ming, langkah tersebut adalah lebih berkesan berbanding jika anda mengelap dalam pergerakan membulat.
Tumpukan kerja pembersihan lebih pada ruang anak-anak bermain, bilik tidur, bilik mandi, dan dapur. Beri penekanan pada paip, tombol pintu, meja, permukaan kaunter, perkakas dapur, tempat duduk tandas, suis lampu, peranti elektronik, keyboard komputer, dan alatan permainan.
Tidak seperti kebanyakan kuman, virus HFMD kalis sabun pencuci biasa dan juga cecair pembersih yang mengandungi alkohol. Apabila membersihkan permukaan, gunakan agen pembersihan antibakteria yang kuat untuk membuang kotoran dan kuman kemudian disusuli dengan pembasmi kuman yang kuat seperti peluntur. Tetapi jangan lupa untuk semak label untuk cara penggunaan yang disyorkan bagi megelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Jika anda tidak mahu membersihkan rumah menggunakan bahan kimia, anda boleh juga menggunakan mesin pembersihan wap untuk membasmi kuman dan virus. Mesin wap menjana tekanan wap air yang tinggi dan dengan mudah akan membersihkan rumah anda dari virus HFMD berbahaya dan hama habuk, serta menghapuskan kotoran yang tersembunyi.
Bila pergi bercuti kita semua mesti ada satu perasaan tenang dan relax betul tak bila masuk dalam bilik hotel. Adakah itu satu pukauan. Ya! ia adalah pukauan nyata dan jelas untuk semua yang berada di dalam hotel. Perasaan ini kita mampu lakukan dan hasilkan pukauan itu di dalam kediaman sendiri. Tak perlu tunggu pergi hotel baru nak terpukau. Pukau la ahli keluarga anda untuk lebih massa dirumah berbanding di luar.
IMPIANA nak kongsikan dengan anda pukauan apakah yang digunakan. Nak tahu tak? Tolong like n share artikel ni kalau anda rasa ia patut dikongsikan bersama rakan-rakan dan sahabat handai anda.
Ramai yang tak tahu sebenarnya kuasa lampu cukup besar dalam memberi impak naikkan seri ruang dalam rumah. Kalau kita jalan malam-malam lihat kediaman orang kita akan kata ‘eh cantiknya rumah orang ni’ betul tak? Sebab apa dia nampak cantik dan mewah sebab pemilik rumah tu bijak memilih warna lampu yang sesuai untuk rumahnya agar nampak lebih elegan.
Lampu terbahagi kepada tiga jenis warna cahaya iaitu warm white, natural white dan cool white.
Warm White
Memberikan suasana nyaman mewah dan tenang
Sesuai digunakan pada lampu gantung, lampu dinding dan lampu meja
Sering digunakan pada restoran,cafe dan rumah.
Natural White
memberikan suasana yang lebih terang dan bersemangat
sesuai digunakan untuk ruang kerja dan dapur
Tempat yang sesuai digunakan warna cahaya lampu ini seperti dibawah tanah, stor dan dapur.
Cool White
Memberi impak yang lebih menyerlah dan lebih jelas
Sesuai digunakan untuk lampu kerja, lampu pameran dan garaj
Warna cahaya ini sesuai untuk ruang pejabat dan sekitar pameran.
Pasti ramai yang sinonim dengan jenama Philips apabila menyebut mentol lampu bukan. Kini, jenama Signify (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju industri lampu, melancarkan ECOLINK, yang merupakan jenama terkini dalam penyelesaian pencahayaan, berkolaborasi dengan VoltSafe Technology bagi menahan sebarang perubahan voltan yang mendadak. ECOLINK turut membekalkan keperluan rumah dengan produk tahan lama, selamat, mampu milik serta memiliki tenaga yang cekap.
“Portfolio ECOLINK diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui penjimatan tenaga berteknologi maju bagi keperluan pelanggan Malaysia yang mementingkan tahap kualiti yang optimum. Pencahayaan adalah keperluan asas dalam kehidupan harian, ECOLINK turut mensasarkan untuk memberi faedah kepada jutaan rakyat Malaysia melalui produk cekap tenaga yang berpatutan dan mampan untuk alam sekitar,” ujar Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.
Diperbuat oleh syarikat Signify, sebuah syarikat pencahayaan global yang dipercayai, ECOLINK menawarkan pelbagai produk pencahayaan berkualiti dan cekap tenaga yang diperakui oleh SIRIM dengan akreditasi yang setara.
“Untuk menjadikan rangkaian produk baharu ini diakses dengan mudah oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia, syarikat Signify telah bekerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar Malaysia kami untuk ECOLINK. Akses rangkaian pengedaran saluran di seluruh negara oleh syarikat KVC, termasuk dalam dan luar talian, sekaligus membolehkan ECOLINK disediakan kepada semua pelanggan di seluruh negara,” tambah Sukanto.
Portfolio ECOLINK menampilkan pelbagai pilihan produk, daripada mentol LED dan lampu bawah ke lampu ruang tinggi dan batten kalis air yang memenuhi semua jenis aplikasi dalaman dan luaran.
Segala produk ECOLINK mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
● Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kv dengan perlindungan tegangan dengan lebar 160-360v.
● Direka supaya mengurangkan ketegangan mata tanpa kerlipan dan UV dan IR yang boleh diabaikan.
● Ketenangan fikiran dengan waranti selama 2 Tahun.
● Diperakui oleh SIRIM bagi memastikan prestasi dan pematuhan keselamatan
“Sebagai sebuah syarikat neutral karbon 100%, kami ingin menggandakan kesan positif kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Produk ECOLINK dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga di rumah mahupun kegunaan komersial,” kata Sukanto. “Dalam jangka masa yang panjang produk ini sekaligus dapat mengurangkan sisa pepejal.”
Bagi anda yang masih mencari pinggan mangkuk bercorak diperbuat daripada kaca, ini adalah khabar gembira untuk anda!
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan menjengah sebuah kedai serbaneka yang menjual pelbagai barang kelengkapan rumah, Ninso Shop cawangan Kota Damansara, Selangor.
Sewaktu tinjauan di kedai berkenaan mendapati terdapat pelbagai pinggan mangkuk bercorak yang diperbuat daripada kaca dijual di sini.
Tidak dinafikan, memang rambang mata dibuatnya kerana ada pelbagai corak yang sangat menarik terhias di atas pinggan mangkuk yang dijual.
Tambahan pula, harga yang dijual adalah sangat murah iaitu RM2.40 untuk setiap satu pinggan atau mangkuk kaca.
Selain harganya yang sangat murah, pinggan mangkuk kaca yang dijual di sini dilihat berkualiti dan memiliki struktur permukaan yang sangat tebal serta licin.
Jadi anda tak perlu bimbang sekiranya pinggan mangkuk kaca bercorak ini mudah pecah dan tidak selamat untuk diguna pakai.
Bukan itu sahaja, selain pinggan mangkuk bercorak ini diguna pakai untuk kegunaan harian malah ia juga boleh dijadikan sebagai hiasan dekorasi di kediaman anda. Bak kata orang baru lah memukau mata tetamu yang datang!
Bagi anda yang masih mencari pinggan mangkuk bercorak yang diperbuat daripada kaca khususnya boleh lah singgah ke mana-mana cawangan kedai Ninso Shop di seluruh Malaysia.
Sekiranya anda berasa malas untuk keluar pergi membeli di kedai, anda juga boleh membeli kesemua barang Ninso Shop secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik pautan di sini untuk pembelian.
Jadi tunggu apa lagi? Dapat segera pinggan mangkuk bercorak yang diperbuat daripada kaca ini di mana-mana cawangan Ninso Shop sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum semuanya habis dijual!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.