Kacang botol ni selalunya sedap dijadikan ulam, kerabu, urap mahupun ditumis begitu sahaja.Memang puas hati bila tanam sendiri, lebih jimat, malah bebas daripada sebarang racun serangga.

Ada caranya untuk pastikan pokok kacang botol yang ditanam meriah merimbun hasilnya. Medium tanaman pula sebaiknya gunakan cocopeat terpakai supaya hasilnya lebih bagus.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Izam Ijam ini sebagai panduan;

Sedikit tips tanaman kacang botol @ cipir @ kacang kelisa. Gunakan polibeg besar saiz 20×22 atau 20×20 pun boleh.

Cara-Caranya:

1.Isi cocopeat penuh dan padatkan.Gunakan cocopeat terpakai lagi bagus.

Tanam KACANG BOTOR Guna Cocopeat Terpakai Lagi Bagus, Buah Lebat Merimbun!

2.Semai dulu benih kacang botol dalam tray semaian.

IKLAN

3.Basahkan sabut dengan air baja kemudian tanam anak benih 2 pokok satu polibeg.

4.Siram baja ab BME plus yang cukup unsurnya 2.0 ec 3-4 hari sekali sehingga basah. Hari lain gunakan air kosong sahaja.

Tip Ekstra!

  • Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya.
  • Kawal serangga terutama ulat dengan kawalan organik propester.
  • Jika usia pokok sudah mencapai 6 bulan ..semai 2 biji lagi kacang botol di dalam polibeg sebelah pangkal pokok.
  • Junjung atau sokongan untuk pokok jangan lupa.

Tanam KACANG BOTOR Guna Cocopeat Terpakai Lagi Bagus, Buah Lebat Merimbun!

IKLAN

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!
Baca Lagi Di Sini:Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah Lebat & ‘Gemuk’, 5 Tip Wajib Buat!
Artikel Menarik:Tanam Sendiri Pokok Selom Dalam Polesterin, Lebih ‘Fresh’ Buat Ulam-Ulaman

IKLAN

IMPIANA: Nak cuba tanam kacang botol, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang meriah hasilnya.

Sumber: Izam Ijam

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI