Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol.
Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Baca perkongsiaan daripada Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal ini iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sebagai rujukan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Mesra Kanak-Kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Ads
Tak Licin & Mudah Dipulas
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Ads
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Ads
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Sebelum memasuki rumah baharu atau pun rumah sewa, antara perkara pertama yang perlu kita lihat terlebih dahulu adalah keadaan lantai yang ditinggal. Kadang-kadang, jika rumah telah ditinggal lama tanpa penghuni, terdapat kotoran hitam yang susah nak hilang pada lantai jubin akibat habuk, debu dan macam-macam lagi.
Tapi sebelum anda bazir duit tukar jubin baru, apa kata ikuti tip dari Puan Naquia Esir seperti yang dikongsi beliau pada laman facebooknya.
“Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pUn no problem orait ? Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai.
Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai. Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles”
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1 : Basahkan keseluruhan lantai pada kawasan yang ingin dibersihkan
2 : Tuang campuran asid yang telah dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid boleh merosakkan jubin
3 : Sental atau berus berlahan-lahan hingga kotoran tertanggal. Jika kotoran agak tebal sedikit, lebih baik kikis terlebih dahulu. Elak menggunakan berus besi yang kasar
4 : Bilas dengan air
5 : Sental dengan sabun pula
6 : Akhir sekali, cuci dan bilas lantai sehingga bersih.
Bila baju yang dibasuh tak berapa nak bersih, pulak tu ada kesan sabun masih melekat pada pakaian mesti ibu-ibu tak puas hati. Ia bukan sekadar nampak tak bersih, malah akan menggandakan kerja si ibu. Terkesan dengan keadaan tersebut, seorang wanita Ana Mariana Mariana mengambil langkah proaktif dengan mencuci dan servis sendiri mesin basuh miliknya selepas melihat perkongsian dari sahabat lain di media sosial. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh Puan Ana untuk mencuci keseluruhan mesin basuhnya.
1. Buka skru di empat penjuru pada bahagian penutup atas badan mesin basuh
2. Buka klip tepi drum
3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.
4. Buka skru di dalam tempat yang kita buka tudung tadi
5. Cabut plastik lantai dalam drum tadi
6. Buka skru di bahagian bawah drum pula, tapi harus hati-hati takut terpatah sebab skru di dalam tempat ni biasa dah berkarat dan ketat. Nak mudah gunakan pelincir atau semburan anti karat
7. Kondisi drum apabila dikeluarkan penuh kotoran
8. Sental keseluruhan body drum dengan berus lembut
9. Dah bersih, boleh lah pasang semula
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik air adalah perkara pertama yang kita akan tengok dahulu apabila membeli sebuah rumah. Bilik air amatlah penting kerana di situ adalah tempat kita untuk menyuci kekotoran di badan kita malah di dalam badan kita. Akan tetapi, selalunya bilik air yang di rumah baru ni, nampak kelihatan bosan. Jadi, apa kata, saya memberikan cadangan kepada anda, bagaimana hendak mengdekorasikan bilik air dari kelihatan biasa menjadi sangat cantik dan mewah walaupun bilik air itu kecil dan sempit sekalipun.
Antara tips yang boleh membuatkan bilik air nampak sangat cantik dan lawa adalah, digalakkan untuk menggunakan warna pastel atau warna yang lembut dan juga meyusun atur segala benda di dalam tandas menjadi kemas. Ini kerana, susunan yang teratur dan warna cat dinding yang cerah, dapat membuatkan tandas menjadi lebih luas dan tenang.
Seterusnya, cara lain untuk mendapatkan ruangan yang luas dalam tandas, adalah dengan cara meletakkan ruang bahagian mandi di bucu bilik air dan menggunakan pintu yang berkaca.
Di samping itu, boleh juga anda menggunakan tab mandi yang berbentu segi tiga kerana ia lebih nampak lebih minimalis dan kemas.
Selain itu, Elakkan ada tab mandi yang berbentuk oval atau luas dan jakuzi kerana kedua-dua itu boleh mengambil banyak ruang. Apabila sudah banyak ruang di ambil, maka kita tidak ada idea atau peluang untuk meletakkan dekorasi yang lain.
Dan akhir sekali adalah menjadikan tema bilik air anda tema retro dan klasik. Ini kerana ia dapat memberi gaya mewah dan berkelas tinggi.
Dengan itu, selesai perbicaraan saya dalam memberi tips-tips yang tidak seberapa sangat tentang menghiasi bilik air. Saya harap tips ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin mendekorasi bilik air mereka.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.