Ramai yang beranggapan kalau pintu rumah tak sama tinggi atau semakin menurun tak boleh tutup rapat ini mesti sebab cuaca, panas sejuk yang buatkan kayu pintu mengembang dan macam-macam lagi la tanggapan bila pintu tak boleh tutup rapat.
Ini puncanya yang ramai tak tahu. Bukan sebab kayu pintu mengembang atau tanah rumah mendap dan sebagainya. Ini kerana ensel pintu dah lari dari kedudukan asal. Manakan tidak, pintu ni kan tiap hari kita buka tutup, buka tutup. Memang boleh lari la kedudukan ensel tu.
Ensel pintu ni macam lutut kita juga la ye. Selalu guna tapi tak jaga lama-lama alignment tu boleh lari. Jadi macam mana nak jaga pintu agar tak melurut kebawah agar pintu boleh tutup rapat dan tahan lama? Mudah sahaja, kalau buka pintu tu buka la dengan berhemah jangan la main sentap dan kalau tutup pintu tu jangan la main hempas.
Rajin-rajin la letak minyak mesin dekat ensel pintu, tak kisah la pintu rumah mahupun pintu bilik, oleh kata segala jenis pintu la perlu dijaga agar tidak berlaku masalah menurun bila sampai waktu usurnya pintu tu.
IKLAN
IMPIANA kongsikan bagaimana nak adjust atau baiki pintu yang sudah mendap kebawah atau turun ke bawah dan tak boleh tutup dengan rapat. Kadang-kadang tu terpaksa ketuk,angkat dan ada yang tendang pintu nak bagi rapatkan. Siapa pernah jadi macam ni? Kongsi sikit dengan IMPIANA.
IKLAN
Tak perlu ye, sampai nak tukar pintu rumah baru pulak kalau hadapi masalah macam ni. Sebab mudah je kalau anda tahu cara atau teknik yang betul untuk baiki pintu yang dan tak boleh tutup dengan rapat. Pintu yang selalu jadi macam ni mestilah pintu jenis kayu. Jadi bila jadi macam ji keselamatan pun kurang, sebab pintu rumah tak boleh tutup dengan rapat.
IKLAN
Tonton video ini untuk anda lakukan jika hadapi masalah macam ni.
Dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan konsep ‘Rustic’ atau sinonim ‘Exposed Material’ ini juga merupakan antara salah satu konsep dekorasi kediaman yang sering menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang mengemarkan keindahan alam semula jadi.
Bagi anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat mengenai dekorasi dalaman rumah yang bertemakan Rustic’ ini, ia adalah merupakan sebuah konsep yang mengetengahkan elemen kayu, batu serta lain-lain organik.
Untuk maklumat anda, konsep ‘Rustic’ ini mempunyai warna utama yang diambil daripada warna-warna alam sekitar seperti Forest Green, Wood Brown dan Tans.
Kebiasaannya, dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini sering digabungkan dengan elemen kontemporari bagi melengkapi dekorasi antara satu sama lain.
Hasil dekorasi yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini menampilkan ruang dalaman rumah tampak lebih moden, kemas dan lebih menarik.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bila bercakap pasal habuk ni naik geram kan. Mana tidaknya bersih beribu kali tapi tetap ada juga habuk ni, mana datang habuk ni ye? Tak akan tiap sejap sekali nak lap denga kain basah. Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.
Cara Elak Rumah Berhabuk
1. Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di dalam kediaman.
2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.
3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
Ada 3 Punca Rumah Senang Berhabuk
1. Penggunaan kipas
Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
2. Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan
Ini juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.
3. Dekat dengan kawasan pembinaan
Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan.
Pernah tak anda guna microwave bertahun-tahun tapi jarang bersihkan pada bahagian dalam sehingga nampak hitam akibat sisa makanan yang terkumpul. Atau pun anda keliru nak gunakan pencuci yang bagaimana supaya nanti tidak lah microwave anda rosak atau bau sabun melekat pada makanan pula kan.
Impana nak kongsi satu cara hanya guna lemon untuk bersihkan bahagian dalam microwave. Murah, mudah dan senang saja untuk anda ikut. Jom tengok video yang dikongsikan oleh HomeStagingChanel