Buah Mulberry memang sedap, rasanya masam-masam manis boleh dibuat jus, jem atau dimakan begitu sahaja. Daunnya pula boleh digoreng celup tepung. Jika ada tanam pokok ni di rumah, rupanya dengan teknik mencantas pucuk dan meluruhkan semua daun pada pokok Mulberry boleh menjadikan ia berbuah besar dan lebat.

Ini teknik yang dikongsikan dari SK Agro;

“Baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang sudah cuba.Pokok mulberry boleh berbuah lebat.”

“Ready to ngap! Mulberry kampung je”

Ini teknik yang digunakan;

1. Mula-mula cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Insyaallah pokok tak kan mati ya.

2. Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-putik buah.

3. Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.

TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!

IKLAN

Dua peringkat gugurkan daun
1. Untuk memaksa pokok berbuah.
2. Untuk tumbesaran buah.

TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!

Pembajaan, guna baja kopi.
Daun yang diluruhkan boleh dibuat sayur. Yang dah agak matang boleh je goreng celup tepung.

IKLAN

TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!

Semoga memberi manafaat kepada semua.

Mesti Baca: Penangan Baja Redbull Pokok Mulberry Pakistan Berbuah Lebat
Baca Lagi Di Sini: DIY Mol Kulit Nenas, Penggalak Pokok Berbunga Lebat Berbuah Banyak!
Artikel Menarik: Pohon Tin Tumbuh Subur Buah Lebat Merimbun Hanya Guna Teknik Fertigasi

IKLAN

IMPIANA: Jika ada tanam pokok mulberry tu di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ni barulah pokonya boleh berbuah besar dan lebat.Selamat Mencuba!

Sumber: Sk Agro

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI