
Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Bulan Keenam Cantik Rapat Menghijau. Apabila mempunyai laman rumah yang luas, memang cantik apabila dipenuhi dengan rumput semulajadi dan landskap yang menghijau.
Namun untuk tanam rumput sendiri ada cara penjagaannya yang betul, terutamanya buat yang pertama kali ingin cuba menanam sendiri di rumah. Barulah rumputnya sihat, tumbuh cantik rapat sekata dan subur.
Boleh jadikan perkongsian daripada Mohd Annuar ini sebagai panduan;
Selepas 5 bulan, rumput Philippines yang ditanam jarak-jarak dah menghijau gebu. Alhamdulillah.
Bulan Pertama:
– siram 3 kali sehari: pagi, tengahari, petang
– baja 2 minggu sekali
Bulan Kedua:
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
Bulan Ketiga:
– potong dengan mower level 4
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Bulan Keempat:
– potong dengan mower level 3
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Bulan Kelima:
– potong dengan mower level 2
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Alhamdulillah, masuk bulan ke-6 cantik rapat menghijau dah.
Mesti Baca: Hapuskan Lalang & Rumput Liar, Hanya Guna Cuka Makan & Sabun Pencuci Pinggan!
Baca Lagi Di Sini: Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Artikel Menarik: Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!
IMPIANA: Jadi buat yang nak cuba tanam rumput sendiri di laman rumah boleh ikut tip penjagaan yang dikongsikan ini.
Sumber: Mohd Annuar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI