
Tip tanam pokok betik supaya tak meninggi ini kena praktik supaya mudah untuk kita kutip hasil. Tak perlu guna galah, boleh petik dengan tangan saja. Kan mudah begitu!
Cara tanam anak pokok & tip supaya pokok berbuah rendah

1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
6. Selain menggunakan tip di atas boleh juga tanam benih pokok betik sekaki. Pokoknya pendek tapi berbuah lebat dan saiznya lebih panjang dan lonjong dari betik biasa (mungkin dari sini dapat namanya). Biji benihnya boleh dibeli di nurseri
Info ekstra: Cara Betul Pilih Biji Benih Betik Supaya Pokok Yang Ditanam Berbuah
- Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
- Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
- Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
Sumber: Zaiton Hamid
Baca Lagi: Bahaya Tanam Pokok Betik Dekat Rumah, Akarnya Boleh Buat Lantai Dan Longkang Pecah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI