Pokok Fiddle Fig Leaves atau dikenali juga sebagai Fiddle Leaf Fig (Ficus lyrata) semakin popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah kerana daunnya yang besar dan menarik. Namun, menanam dan menjaga pokok ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang betul.
‘Pokok ikea’ ni tetap hot selalu, setiap post di media sosial mesti orang tanya cara penjagaan pokok ni.
Jadi kali ini Puan Mier Hasan nak kongsikan lagi ilmu. Semoga pokok-pokok kita kekal sihat dan semakin gemuk.
1) Pokok ni perlukan sunlight juga ya. Jadi mana yang nak letak indoor make sure ada sedikit pencahayaan macam balcony, tepi tangkap, tepi sliding. klo boleh bwk ler kluar pokok tu skali skala biar release tension pokok tu dok tempat gelap.
Ads
2) Seeloknya buka polibag dan tanam dalam pasu lain. Tambah tanah biar pokok tu boleh bernafas. Macam mana pokok nak besar kalau rumah dia kecil.
3) Siram ikut keadaan tempat. Kalau indoor seminggu skali pun dah cukup. Kalau tempat panas sehari sekali.
Ads
4) Seminggu sekali bagi la baja. Biar dia makan. Baja organik paling sesuai. Boleh juga cari baja kopi, kat nursery ada juai. Kalau baja organik boleh letak seminggu sekali. Kalau baja kimia 2 minggu sekali ya.
5) Last but not least, sembang-sembang la dengan pokok ini. Tip menanam pokok mak saya ni, pokok kan benda hidup.
5 material yang sesuai untuk lantai laman. Lantai taman adalah elemen penting dalam reka bentuk landskap yang mempengaruhi penampilan, fungsi dan suasana keseluruhan taman. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk lantai taman, bergantung pada gaya, bajet dan keperluan individu.
Beberapa bahan yang biasa dipilih untuk lantai taman termasuklah:
Granit, sandstones, dan pelbagai lagi adalah jenis batuan yang sesuai digunakan di laman. Ia hadir dalam pelbagai bentuk dan warna seperti flagstones, tiles, kerikil, dan sebagainya. Dalam pemilihan material batu sebagai kemasan laman, bukan sekadar rona yang perlu dititik beratkan malah tekstur pada permukaannya juga begitu penting.
Batu sering dipilih untuk lantai taman kerana mempunyai rupa semula jadi yang menambah estetika taman, di samping penjagaan yang mudah dan tahan lama.
Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa pemilihan jenis batu dan penempatan yang betul boleh menjejaskan keselesaan dan kepraktisan lantai taman. Sebagai contoh, pilih batu yang tidak licin untuk mengelakkan kemalangan, dan pastikan permukaan batu tidak terlalu panas di bawah sinar matahari.
Bata merupakan salah satu material yang tahan lasak yang kerap menjadi pilihan sebagai lantai taman. Ia mampu mewujudkan suasana laman yang klasik dan vintaj. Anda boleh gunakan bata yang dijadikan dinding kediaman untuk membina lantai mahupun laluan di laman. Secara tidak langsung mampu membentuk sebuah pemandangan yang harmoni.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa batu bata mungkin memerlukan penjagaan tambahan seperti pengedap untuk melindungi permukaan daripada cuaca dan haus. Pemilihan jenis bata dan corak pemasangannya juga akan mempengaruhi penampilan dan fungsi lantai taman anda.
Jika dahulu lantai konkrit dikategorikan sebagai material yang murah, kini ia menjadi pilihan utama kerana pelbagai olahan yang menarik berjaya dihasilkan dari material ini. Kebiasaannya ia hadir dalam kepingan empat segi pelbagai saiz dan ada juga yang menjadi turapan sepenuhnya pada latai.
Dari konkrit juga, pelbagai kemasan boleh dipadukan seperti pebbles wash, batu, kayu, dan sebagainya. Jika pilihan kepingan konkrit, ia perlu lantai asas yang padu seperti batu atau bata. Menariknya, konkrit ini boleh dicat mengikut design yang diinginkan serta mudah di suai padan dengan pelbagai konsep dekorasi.
Jubin hadir dalam bentuk kepingan yang mempunyai pelbagai rekaan dan rona yang mudah dipadankan untuk semua konsep kediaman. Material ini dikategorikan sebagai tidak tahan lasak kerana bentuknya merupakan kepingan yang nipis. Oleh itu, untuk menampung beban yang berat, jubin ini perlu dimortar ke dasar yang lebih kukuh seperti lantai konkrit.
Pastikan rekaan jubin yang dipilih mudah dipadankan dengan konsep kediaman. Jika laman sarat tanaman dan mempunyai elemen yang lebih penting perlu ditonjolkan, pastikan rekaan ringkas menjadi pilihan.
Lantai kayu bukanlah material yang sesuai untuk mendominasi keseluruhan laman. Ini kerana materialnya yang memerlukan peruntukkan kos yang tinggi. Di samping itu, pemilihan lantai kayu memerlukan penyelenggaraan yang kerap dan rumit.
Perlu diingatkan bahawa lantai kayu memerlukan penjagaan yang rapi untuk menjaga keindahannya, serta mudah rosak akibat cuaca dan serangga jika tidak dirawat dengan baik.
Anda digalakkan menggunakan kayu teras seperti cengal, meranti, merbau, dan sebagainya kerana sifat daya tahan kayunya yang tinggi apabila terdedah kepada iklim Malaysia yang tidak menentu.
Baja buah organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
‘Resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas ini memang praktikal digunakan.
Selepas ini bila makan buah nanas, pastikan jangan buang kulitnya. Kita gunakan sebaik mungkin untuk menyuburkan pokok tanaman.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
IMPIANA : Bagus baja organik dari kulit nenas ni, jimat dan berkesan sangat.
DIY Hias Laman Kecil Guna DECK TILES, Puas Hati Buat Sendiri! Jika ada ruang dan kawasan depan rumah daripada terbiar kosong dan dipenuhi rumput boleh hias sendiri dan jadikan laman yang cantik.
Bukan apa bila buat laman sendiri, walaupun simple terasa kepuasannya, berbanding upah orang. Malah lebih jimat berganda. Boleh jadikan inspirasi guna deck tiles ini.
Boleh hias laman kecil sendiri guna deck tiles kayu seperti yang dikongsikan oleh Syukri Shahabuddin ini.Memang cantik dan nampak estetik dengan kemasan ini.
Haritu saya ada tanya pasal deck tiles. Terima kasih yang memberi panduan. Walaupun hasil tak sempurna, tapi memadai lah untuk saya yang langsung tak ada pengalaman. Mungkin kalau ambil pro jadi lagi baik tapi sekadar nak rasa kepuasan buat sendiri. Kalau tahan lama alhamdulillah, tak tahan lama nak buat macam mane.
5. Kemudian susun deck tiles secara berselang seli/ bertentangan.
6. Kemudian susun batu disekeliling.
7. Lap debu/habuk pada deck tiles.
8. Susun dan letak pokok-pokok bersesuaian.
Siap! Selamat Mencuba.
Harga deck tiles ini RM5.90 tak termasuk kos penghantaran.
Atas kayu, bawah frame plastic boleh sambung-sambung dengan tiles yang lain.
Datang dari seller dah ada sedikit shellac. Tapi biasalah barang murah kualiti shellac tak seberapa. So saya baru tambah satu lapisan shellac lagi dan petang ni akan tambah lapisan kedua. Tetapi semalam hujan dah nampak permukaan dah kalis air. Kalau risau lopak dan takungan daripada hujan yang merosakkan kayu. Tidak, sebab air hujan semua serap masuk dalam tanah bawah deck tiles.
Baca Lagi Di Sini:Santai Dan Sedap Mata Memandang. Ini Cara Setup Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi
Artikel Menarik:Himpunan Idea Jadikan Balkoni Kecil Lebih Menarik!
Mesti Baca:Langkah Mudah Pasang Rumput Tiruan Di Balkoni
IMPIANA: Jika di rumah ada laman kecil atau balkoni, boleh DIY hias sendiri guna deck tiles ni. Memang cantik dan boleh dijadikan inspirasi. Malah satu kepuasan bila buat sendiri dan jimat banyak kos.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.