#GardenInTheCity Makeover Balkoni Kecil, Laman Cantik Pelakon Catriona Ross. Baru-baru ini pelakon Catriona Brian Ross,43 ada kongsikan ‘makeover’ yang dilakukan pada ruang balkoni rumahnya. Tinggal di kediaman jenis kondominium, balkoni pelakon ini mempunyai ruang yang terhad dan bersaiz kecil.
Berkongsi lebih lanjut, menurut Cat sebelum ini ruang balkoninya hanya dihiasi rak yang diletakkan pokok kaktus, dedaun hiasan dan jejaring dawai dipasang pada pada pagar. Memandangkan ketika itu anak-anaknya masih kecil suka bermain di balkoni, jadi langkah keselamatan lebih menjadi keutamaan buat pelakon ini.
Makeover Balkoni Saiz Kecil
Bagi Cat, aspek penting perubahan yang dilakukan pada landskap laman pada ruang balkoni tersebut adalah dapat mencipta ilusi laman yang lebih luas dan lapang.
Nervous tau bila proses ni is taking place. Maklumlah balcony I cute je size dia so its crucial to create illusion of space. Risau la takut nampak makin kecik and sempit. Wishlist pulak banyak Caner?
Menarik hasil transformasi pada balkoni milik pelakon yang terkenal dalam drama Mek Salmah Dari Scotland ini. Laman comel dilengkapi ‘curved planters box’, rumput artificial, stepping stone disamping tanaman Pokok Heliconia, pokok Zaitun dan giant Monstera.
Impian Cat untuk memiliki laman balkoni yang memenuhi citarasanya akhirnya dapat tercapai. Cat juga berharap semoga dapat menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang mempunyai balkoni bersaiz kecil juga.
Ads
Wishes do come true . Alhamdulilah. The final reveal of my #GardenInTheCity !
I had a wishlist from before & its here. I nak a curved planters box, an olive tree & a giant monstera too. So happy! Balcony pun dah dapat a fresh coat of white, pagar dawai tu pun dah remove.
Ads
Ok tak ? Hopefully this little transformation akan inspire others yang tak yakin dengan a small balcony jugak.
IMPIANA: Tahniah Cat! Memang comel transformasi landskap laman pada balkoni ini. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang mempunyai ruang balkoni bersaiz kecil dan terhad sebegini.
Memilih lokasi yang tepat untuk mengambil gambar OOTD (Outfit of the Day) adalah langkah penting dalam memastikan penampilan anda ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
Lokasi yang menarik bukan sahaja memberikan latar belakang yang cantik tetapi juga membantu mencipta suasana yang selaras dengan gaya pakaian anda.
Sama ada anda mengambil gambar di rumah, di taman, di kafe atau di kawasan bandar, setiap lokasi menawarkan keunikan tersendiri yang boleh mempengaruhi hasil akhir gambar anda.
Oleh itu, pemilihan lokasi yang sesuai adalah kunci untuk menghasilkan gambar OOTD yang menawan dan berkesan.
Dinding Neutral:
Cari dinding yang berwarna neutral seperti putih, kelabu atau beige. Latar belakang yang sederhana membantu pakaian anda menonjol dalam foto yang diambil.
Taman atau Kawasan Hijau:
Taman dengan tumbuhan hijau atau bunga-bunga yang cantik boleh memberikan latar belakang yang segar dan ceria. Cahaya semula jadi di kawasan ini juga membantu menghasilkan gambar yang terang dan jelas.
Kawasan Bandar atau Jalan Raya:
Kawasan bandar dengan bangunan berwarna-warni, mural atau grafiti boleh memberikan suasana urban yang menarik. Jalan raya yang unik juga boleh menjadi latar belakang yang hebat.
Kafe atau Restoran:
Kafe atau restoran dengan dekorasi yang cantik dan suasana yang santai boleh menjadi tempat yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pilih tempat dengan pencahayaan yang baik dan elemen dekoratif yang menarik.
Interior Rumah:
Jika anda ingin mengambil gambar di dalam rumah, pastikan kawasan tersebut kemas dan mempunyai pencahayaan yang baik. Pilih sudut dengan dekorasi yang menarik seperti rak buku, sofa yang cantik atau tanaman hiasan.
Pantai atau Tepi Laut:
Pantai dengan pemandangan laut dan pasir yang luas memberikan latar belakang yang menenangkan dan cantik, sesuai untuk pakaian musim panas atau kasual.
Bangunan Bersejarah:
Lokasi bersejarah atau tempat yang mempunyai seni bina yang unik dan latar belakang yang menarik boleh menambah nilai estetik pada gambar OOTD anda.
Tempat Dengan Elemen Seni:
Galeri seni, pameran atau kawasan dengan dekorasi seni boleh menjadi latar belakang yang kreatif dan menarik. Elemen ini boleh menambahkan dimensi visual pada gambar anda.
Teras atau Balkoni:
Jika anda mempunyai balkoni yang dihias dengan baik, ini juga boleh menjadi lokasi yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pencahayaan semula jadi dan pemandangan luar boleh menambah daya tarikan pada gambar.
Tempat dengan Tema Spesifik:
Lokasi dengan tema tertentu seperti taman bunga, pasar malam atau festival boleh memberikan latar belakang yang sesuai dengan gaya pakaian anda dan mencipta suasana khas dalam gambar.
Dengan memilih lokasi yang tepat, gambar OOTD anda bukan sahaja akan menunjukkan pakaian anda dengan jelas, tetapi juga mencipta suasana dan latar belakang yang memperkuat gaya keseluruhan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tumbuhan hidup melata sering kali dianggap sekadar hiasan atau rumpai, tapi tahukah anda ada di antaranya memiliki khasiat perubatan yang sangat berharga?
Berikut adalah 10 tumbuhan melata yang sebenarnya herba penawar dalam perubatan tradisional, malah banyak manfaat kesihatannya yang mungkin anda tidak pernah terfikir.
Pokok dukung anak (Phyllanthus niruri)
Kegunaan:
Melancarkan kencing
merawat penyakit kencing berdarah
merawat bisul di kelopak mata
merawat penyakit hepatitis B
Cara-cara menggunakannya
tumbuk segenggam daun bersama lima ulas bawang merah. Campurkan dengan sedikit santan dan perahan limau nipis kemudian di tapis untuk diminum pada waktu pagi. Lakukannya selam tiga hari berturut untuk melancarkan pembuangan air kecil.
segenggam daun ditumbuk dan dicampurkan dengan lima ulas bawang merah, sedikit santan, air limau nipis, gula dan jintan manis. Ia sesuai untuk merawat masalah kencing berdarah
untuk merawat bisul di mata, gunakan air rebusan pokok dukung anak dan disapu di atas bahagian bisul.
2. Sirih Cina (Peperomia pellucida)
Kegunaan:
Meredakan batuk dan selesema
Merawat jangkitan punci kencing
Menurunkan tekanan darah
Merawat penyakit kulit (gatal-gatal), bisul, jerawat dan kulit melecur
Penawar bagi sakit sendi
Merawat masalah perut dan cirit birit
Cara-cara menggunakannya
Untuk di jadikan sebagai minuman, ambil sepohon pokok dan di kisar bersama air untuk di jadikan jus.
Untuk tujuan penggunaan luaran, ambil segenggam pokok kemudian di tumbuk lumat dan di tampal pada bahagian yang sakit.
Sawi Langit (Vernonia cinerea)
Kegunaan:
Meredakan demam panas
Melegakan batuk
Merawat hepatitis
Merawat bisul dan luka
Merawat luka gigitan ular
Cara-cara menggunakannya
Pokok di kisar bersama air dan di jadikan seperti jus untuk diminum. Kaedah ini sesuai untuk meredakan demam, merawat batuk dan hepatitis.
Tumbuk pokok dengan sedikit air sehingga lumat dan diletakkan di bahagian yang terkena bisul dan luka gigitan ular.
Puteri malu (Mimosa pudica L.)
Kegunaan:
Melegakan radang saluran pernafasan
Meredakan panas badan kanak-kanak
Mengatasi masalah kecacingan
Merawat radang kulit yang berpunca dari jangkitan virus
Merawat luka
Mengecutkan peranakan dan menghilangkan keputihan
Merawat masalah insomnia (kesukaran untuk tidur)
Meredakan batuk-batuk
Meredakan sakit sendi
Cara-cara menggunakannya
Pokok dilumatkan dan tampal pada kulit yang bermasalah
Air rebusannya berupaya merawat radang pernafasan, kecacingan dan panas badan kanak-kanak
4-6 genggam direbus bersama daging untuk dijadikan air minuman selama 4-5 hari bagi merawat hepatitis.
1-2 genggam daun yang telah dikeringkan dilumatkan bersama 2-3 keping tauhu dan sedikit air untuk ditampal pada bahagian yang dijangkiti beri-beri
Untuk mengatasi masalah perut kembung, ambil dua genggam pokok dan direbus untuk dijadikan minuman.
Calincing (Oxalis corniculata L.)
Kegunaan:
Merawat luka dan bisul
Merawat luka gigitan serangga
Menghentikan pendarahan pada luka
Mengatasi masalah mulut berbau
Merawat ulser mulut
Cara-cara menggunakannya
Untuk dijadikan sebagai bahan sapuan, lumatkan beberapa keping daun bersama gula merah dan ditampalkan pada bisul dan luka
Jika mengalami masalah ulser mulut dan mulut berbau, ambil beberapa helai daun dan dilumatkan kemudian campur dengan air untuk dijadikan bahan kumuhan
Ambil beberapa helai daun dan dijadikan jus yang dicampur bersama madu. Ia berupaya menghentikan pendarahan.
Kucing galak (Acalypha indica)
Kegunaan:
Mengatasi masalah pencernaan
Mengatasi masalah muntah darah, buasir dan kencing berdarah
Merawat demam malaria
Cara-cara menggunakannya
Pokok bersama akar dilumatkan dan dicampurkan bersama sedikit air untuk dijadikan sebagi air basuhan. Basuh bahagian yang sakit seperti buasir, kencing berdarah dan malaria.
30-60 gm pokok diperlukan untuk dijadikan sebagai air rebusan dan diminum bagi mengatasi masalah muntah berdarah dan gangguan pencernaan
Pancut Kuda (Stachytarpheta jamaicensis)
Kegunaan:
Mengatasi masalah keputihan
Merawat hepatitis A
Merawat bisul
Merawat luka dan kulit bernanah
Cara-cara menggunakannya
Untuk mengatasi masalah keputihan, rebus segenggam akar pancut kuda bersama empat cawan air. Biar ia merebus sehingga airnya tinggal separuh. Tapis dan sedia untuk diminum.
Ambil empat batang bunganya dan direbus bersama empat cawan air. Rebus sehingga airnya tinggal separuh dan dicampurkan bersama gula batu. Ia sesuai diminum untuk mengubati hepatitis A.
Pokoknya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang mengalami masalah kulit bernanah, luka dan bisul.
Daun Kapal Terbang (Elephantopus odoratum)
Kegunaan:
Merawat luka
Mengatasi masalah kegatalan
Membuang angin badan
Cara-cara menggunakannya
Daun dilumatkan dan di tampal pada luka dan tempat yang gatal
Untuk mereka yang baru lepas bersalin, daun tersebut dilumatkan bersama kapur sirih dan di tampal pada bahagian ari-ari untuk mengatasi masalah darah berketul.
Ara Tanah (Euphorbia hirta)
Kegunaan:
Melancarkan kencing
Merawat radang paru-paru
Merawat radang payudara
Merawat penyakit gout
Cara-cara menggunakannya
Rebus dua genggam pokok segar atau segenggam pokok kering untuk di munuim dua kali sehari. Ia membantu melancarkan aliran kencing
Untuk merawat radang paru-paru, ambil segenggam pokok di lumatkan di dalam air untuk diminum
Dua genggam pokok di stim bersama empat keping tahu kemudian dimakan. Ia membantu merawat radang payudara
Musim hujan membawa kelembapan yang tinggi, dan walaupun beberapa tanaman mungkin berjuang untuk bertahan, terdapat jenis tanaman tertentu yang bukan sahaja bertahan tetapi juga berkembang subur dalam musim ini.
5 jenis sayur yang sesuai ditanam musim hujan
1. Kangkung
Sayur ini memang hidup subur dalam cuaca lembap dan bergenang air. Hujan memang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sayur ini malah makin cepat membesar.
2. Bayam
Anak pokok bayam yang dipindahkan pada musim hujan memang sangat sesuai untuk tumbesarannya. Air hujan akan membantu tumbesaran pokok bayam dengan lebih cepat.
3. Sawi putih
Sawi sebenarnya adalah pokok sayur yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah layu bila terkena titisan hujan walaupun secara terus menerus. Jadi sesuai sangat ditanam pada musim hujan.
4. Terung
Tanaman ini memang memerlukan banyak air, jadi menanam terung waktu musim hujan adalah waktu yang terbaik.
Walaupun memerlukan banyak air tapi bukan bermakna kita membiarkan ia bergenang dengan air. Keadaan ini boleh menyebabkan akarnya busuk.
5. Salad
Kalau nak mula bercucuk tanam di musim hujan, boleh mulakan dengan pokok salad. Sayur ini memang memerlukan banyak air, selain tak mudah layu.
INFO: Perlu diketahui antara penyakit tanaman yang selalu berlaku di musim hujan adalah akibat kulat dan bakteria. Cuaca yang lembap mempercepatkan lagi serangan kepada pokok.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.