Tanam PADI Dalam Pasu Pastikan Air Mencukupi & Guna Baja Kopi, 4 Bulan Dah Boleh Tuai! Siapa sangka daripada berniat untuk menambah ilmu penanaman padi dalam pasu di laman rumah, selepas 4 bulan kini ia boleh dituai untuk kegunaan sendiri.
Hanya sekadar suka-suka, seorang suri rumah tidak menyangka percubaannya menanam padi di dalam pasu di laman rumahnya di Taman Lavender Height di sini berhasil.
Bermula dengan satu pasu sahaja, kini Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, mempunyai 50 pasu pokok padi sawah dan sembilan pasu padi huma.Lebih menggembirakannya apabila padi tersebut kini sudah boleh dituai selepas empat bulan ditanam dan dalam proses untuk dijadikan beras.
Malah perkongsian Siti Aai Shah di aplikasi TikTok mengenai perjalanannya menjadi ‘pesawah moden’ turut menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berhasrat mempelajarinya.
Beli Benih Padi ‘Online’
Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, dia menanam padi bukannya untuk tujuan komersial sebaliknya sekadar mahu menambah ilmu.
“Lagi pun saya tengok di laman sosial, konsep tanaman padi di dalam pasu ini sudah biasa di Indonesia dan dari situ saya terfikir untuk mencubanya.
“Jadi saya beli benih padi di platform e-dagang dengan harga RM1 untuk satu pek 10 gram,” katanya.
Ujarnya, selepas empat hari menanam benih tersebut, dia teruja apabila melihat sudah ada pertumbuhan.
Ads
Tip Penanaman Padi Dalam Pasu
Katanya, apabila masuk hari ke-20 pokok padi sudah jelas kelihatan dan dari situ dia mendapati tanaman tersebut tidak terlalu sukar penjagaannya.
“Paling penting perlu pastikan sumber air mencukupi dan gunakan baja bersesuaian. Untuk baja, saya guna baja kopi dan ia nampaknya sesuai.
“Jadi sejak hari pertama tanam, saya akan buat catatan dan masuk 90 hari, ia dah mula menguning dan sekarang sudah boleh dituai,” katanya.
Ujar Siti Aai Shah, dia kini menunggu mesin padinya sampai bagi membolehkan padi yang telah dituai diproses menjadi beras.
Ads
Tambahnya, dia tidak menyangka ramai yang berminat untuk belajar cara penanaman padi dengannya termasuk Tunku Azizah selepas berkongsi di platform media sosial.
“Tujuan saya berkongsi tentang teknik penanaman padi dalam pasu adalah untuk membuka minda masyarakat yang usahakannya tidaklah sesukar mana, malah kosnya juga tidak tinggi.
“Manalah tahu ilmu ini boleh jadi keperluan pada masa akan datang,” katanya.
Pendapatan Sampingan Pokok Strawberi
Selain tanaman padi, bekas usahawan ini turut menanam pokok strawberi yang kini menjadi sumber pendapatan sampingannya apabila mendapat permintaan.
Ads
“Saya pun mula berkecimpung dalam tanaman ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) bagi mengisi masa lapang dan sekarang ia dah jadi satu keseronokan untuk saya.
“Bila duduk membelek pokok-pokok ini pun dah jadi satu ‘healing’ buat saya,” katanya.
Pasang pagar PVC untuk rumah lebih privasi dan cantik sambil jimat bajet. Pagar ini tahan lama dan mudah diurus, menjadikan ia pilihan bijak untuk keselamatan dan estetika.
Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.
Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edge pada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.
Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.
Berikut perkongsian tersebut;
Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG
Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.
Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.
Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.
200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.
Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Bulan Keenam Cantik Rapat Menghijau. Apabila mempunyai laman rumah yang luas, memang cantik apabila dipenuhi dengan rumput semulajadi dan landskap yang menghijau.
Namun untuk tanam rumput sendiri ada cara penjagaannya yang betul, terutamanya buat yang pertama kali ingin cuba menanam sendiri di rumah. Barulah rumputnya sihat, tumbuh cantik rapat sekata dan subur.
Boleh jadikan perkongsian daripada Mohd Annuar ini sebagai panduan;
Selepas 5 bulan, rumput Philippines yang ditanam jarak-jarak dah menghijau gebu. Alhamdulillah.
Bulan Pertama:
– siram 3 kali sehari: pagi, tengahari, petang
– baja 2 minggu sekali
Bulan Kedua:
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
Bulan Ketiga:
– potong dengan mower level 4
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Bulan Keempat:
– potong dengan mower level 3
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Bulan Kelima:
– potong dengan mower level 2
– baja sebulan sekali
– foliar 2 minggu sekali
– racun rumpai
Alhamdulillah, masuk bulan ke-6 cantik rapat menghijau dah.
Kulit telur memang banyak khasiatnya terutamanya untuk tanaman. Jika selalu mengalami, bunga atau buah kerap gugur sebelum waktunya, kita boleh cuba semburan kulit telur dan cuka ini untuk mengatasinya. Memang mudah, jimat kos dan paling penting sangat semulajadi untuk pertumbuhan pokok dan tanaman.
Baca perkongsian daripada Ardi Tani ini sebagai rujukan;
Kulit telur mengandungI sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5.5gram. Selain itu kulit telur juga mengandungi fosfor, magnesium,natrium, kalium,seng,mangan,besi dan tembaga.
Kandungan kalsium yang banyak sangat bagus sebagai Baja organik bagi tanaman.
Menggunakan baja kulit telur dapat merangsang pembentukan akar, mengeraskan batang tanaman dan merangsang pembentukan biji.
Sebelum menggunakan kita mesti keringkan terlebih dahulu kulit telur tersebut.Kemudian boleh la tumbuk bagi hancur dan boleh la ditabur ke tanah.
Jika bunga atau buah selalu gugur sebelum masanya Kita juga boleh gunakan kulit telur untuk atasinya.Caranya seperti berikut.
Bahan-Bahan:
200gram Kulit telur ayam
1 liter Cuka organik (apa-apa cuka makanan yang biasa kita guna dekat dapur)
1.5 liter Bekas
Cara Membuat:
1. Ketuk atau ramas kulit telur bagi jadi sepihan kecil.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) kulit telur tadi sehingga berwarna hitam di dalam kuali.Boleh juga keringkan dalam oven atau jemur di bawah cahaya matahari.
3. Masukkan hasil sangai tadi ke dalam bekas dan tuang cuka ke dalam bekas.
4. Buih-buih akan muncul, biarkan sehingga buih tu hilang.
5. Tutup bekas dan peram 20 ke 30 hari.
6. Tapis cecair tu dan simpan.
Cara Menggunakannya:
3ml cecair tadi campur 1 liter air.Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok.Nak siram terus pun boleh jika malas.
Kulit telur dapat mengurangan keasidan tanah. Juga bertindak sebagai kawalan serangga terumatanya untuk siput, semut.
Macam-macam cara yang boleh dibuat dengan kulit telur ini untuk dijadikan baja. Selamat membuat Baja kulit telur untuk jimat perbelanjaan berkebun kita.
IMPIANA: Jadi jika nak ‘kuatkan’ pokok dan nak atasi masalah bunga serta buah kerap gugur sebelum masanya boleh cuba campuran kulit telur dan cuka ini. Memang berkesan, jimat kos dan paling penting, semula jadi.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!