Ejen Hartanah Terpaling Jimat, Belanja Makanan Harian Hanya RM6 Mampu Beli 3 Rumah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Cekal sungguh hati wanita Jepun ini apabila nekad ‘menyekat’ keinginan diri demi matlamat untuk memiliki dan mengumpul hartanah sendiri.
Wanita di Jepun ini digelar manusia paling jimat kerana hanya membelanjakan 200 yen (RM6) untuk makanan hariannya sehingga mampu membeli tiga rumah.
Saki Tamogami, 37, yang juga ejen hartanah dikenali sebagai wanita Jepun paling berjimat cermat kerana komitmennya membelanjakan wang pada jumlah sedikit untuk keperluan diri.
Matlamat Beli Hartanah
Katanya, tabiat itu membantunya menyimpan wang mencukupi untuk mencapai matlamat membeli hartanah.
“Saya tetapkan matlamat itu pada umur saya 19 tahun. Perkara pertama saya buat ialah berhenti membeli pakaian baharu, sebaliknya menerima pemberian daripada keluarga dan rakan-rakan serta menjaga pakaian yang sudah ada baik.
“Saya juga mengurangkan perbelanjaan makanan dan bergantung pada hidangan murah seperti mi udon dan roti bakar.
“Selepas lapan tahun hidup berjimat cermat, saya dapat membeli rumah pertama, sebelum mencapai matlamat untuk memiliki tiga rumah pada 2019,” katanya.
Ads
Minat Menyimpan Wang
Pada 2019, Tamogami muncul dalam program televisyen Jepun, Happy! Bomby Girl dan mengejutkan seluruh Jepun dengan tabiat berjimatnya itu yang dianggap melampau.
Tamogami menjelaskan secara terperinci mengenai minatnya untuk menyimpan wang dan mendedahkan dia jarang melebihi 200 yen sehari untuk makanan.
Selain itu, dia juga menjadikan rambutnya sebagai sumber pendapatan tambahan dengan memotong dan menjualnya pada harga kira-kira 3,100 yen (RM92.43) apabila ia cukup panjang.
“Kos ini boleh menampung bajet makanannya selama setengah bulan,” katanya.
Selesa Berjimat Cermat
Akuinya memang sukar untuk menjalani kehidupan begitu, tetapi dia sudah terbiasa dan selesa dapat menyimpan wang, selain gembira melihat baki akaun banknya bertambah.
Ads
Pada usia 27 tahun, Tamogami berjaya menjimatkan wang daripada gajinya sebagai ejen hartanah untuk membeli sebuah rumah di Saitama, utara Tokyo, dengan nilai 10 juta yen (RM298,149).
Dia menyewakan rumah itu dan menggunakan sewa bulanan terbabit untuk membayar pinjaman serta meneruskan hidup berjimat cermat sebaik mungkin.
Beberapa tahun selepas itu, dia membeli rumah kedua pada harga 18 juta yen (RM536,668.20), manakala rumah ketiga dibeli lima tahun lalu pada harga 37 juta yen (RM1.1 juta).
Walau hartanahnya membawa pulangan, wanita itu masih hidup berjimat cermat untuk membantu kucing liar yang diselamatkan.
Dia membuka kafe kucing di tingkat bawah salah sebuah rumahnya dan bercadang untuk melabur dalam hartanah lain pada masa hadapan.
Ads
Kisah Tamogami meraih pelbagai reaksi dengan segelintirnya memuji wanita itu kerana semangat dan dedikasinya menyimpan wang manakala sebahagiannya mengkritik kerana mengabaikan kesihatan diri disebabkan mengambil makanan murah yang kurang nutrisi.
IMPIANA: Memang cekal sungguh, sanggup berjimat sehingga tahap begini demi untuk menyimpan duit beli hartanah.
Atas rasa kasih sayang, seorang lelaki berusia 72 tahun membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing 360 darjah untuk isterinya. Lapor Daily Star, Vokin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.
Bina Rumah Berpusing
Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki.
“Saya sudah bosan dengan keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya kepada Reuters.
Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.
Berpusing 360 Darjah
Rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.
“Rumah ini boleh berpusing 360 darjah selama 24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat,” ujarnya.
Menurut Kusic, dia mendapat inspirasi untuk membina rumah tersebut daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.
Jelasnya, projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
IMPIANA: Wow, memang luar biasa dan di luar kotak sungguh penyelesaian suami ini. Apa pun tahniah atas idea kreatif ini dan paling penting berusaha mendengar keluhan dan menunaikan impian isteri.
Beli rumah atau kediaman ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Ruang dalaman adalah salah satu yang perlu diambil kira selain harga sebelum membeli kediaman, terutama sekali rumah pertama.
Ia penting supaya kediaman yang dibeli selesa diduduki oleh sekeluarga. Antara panduan yang boleh kita jadi rujukan adalah tip dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah. Menurut beliau terdapat tujuh aspek yang perlu diperhatikan dalam hal ini.
Tip memilih ruang dalaman rumah pertama
1. Ruang dapur bukan depan rumah
Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Kedudukan pintu bilik
Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling tinggi
Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tak mengadap bilik air
Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari tak menghadap bilik utama
Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ruang utiliti
Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Sebaiknya tiga bilik
Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana mengikut kemampuan, jangan mengidamkan rumah banglo sekiranya gaji tak sampai RM3k sebulan.
Hanya kerana ruang di kediaman terhad, tidak bermakna anda perlu korbankan fungsi dan praktikaliti. Pemilik kediaman kompak ini buktikan dengan perancangan dan reka bentuk yang tepat, “downsizing” bukanlah sesuatu yang wajar kit ahindari. Malah, keputusan berpindah dari rumah yang luas kepada yang lebih kecil telah memudahkan kehidupan seharian mereka.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.