Kisah seorang warga Indonesia yang berjaya membina rumah banglo mewah harga RM700K di kampungnya hasil bekerja di Malaysia telah menarik perhatian ramai.
Lelaki Indonesia mampu bina rumah banglo di kampung hasil kerja di Malaysia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Faiz Slamet, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zainal dikatakan pekerja di Malaysia sebagai pekerja kontraktor atau buruh.
Malah, isterinya juga pernah bekerja di Malaysia namun sudah pulang ke Indonesia dan tinggal di rumah banglo tersebut.
Bina rumah sekitar RM700,000 hasil kerja puluhan tahun di Malaysia
Menurut Zainal yang dihubungi secara panggilan video (kerana masih berada di Malaysia pada ketika itu) berkata, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.
Pun begitu, wang tersebut bukanlah dikumpul dalam jangka masa dua atau tiga tahun, sebaliknya TKI (Tenaga Kerja Indonesia) itu mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina rumah berkenaan.
Ads
Reka bentuk dan bahan binaan diambil dari Malaysia
Lebih menarik lagi, Zainal turut menyatakan bahawa reka bentuk rumah banglo terbabit mempunyai ciri-ciri rekaan daripada Malaysia
Tidak hanya itu, kebanyakan bahan binaan rumah berkenaan seperti cermin tingkap, cat, tombol pintu dan lain-lain turut dibawa dari negara ini.
Jelas Faiz, video tersebut dibuat olehnya untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja Indonesia yang kini berada di Malaysia untuk tidak berputus asa.
Video tersebut dimuat naik oleh Faiz pada 13 December 2022 menerusi platform YouTube, namun sehingga kini ia masih mendapat perhatian ramai.
Ads
Video berdurasi 16.48 minit itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube sekali gus meraih pelbagai reaksi wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan suami isteri itu kerana hasil usaha kerja keras mereka di Malaysia berjaya membawa hasil sedemikian.
IMPIANA : Kisah ini menunjukkan bahawa impian memiliki rumah sendiri bukanlah mustahil, asalkan kita berusaha keras, mempunyai disiplin kewangan, dan berfokus pada matlamat kita.
Cukup estetik, unik dan tersendiri, apabila melihat dekorasi kediaman milik salah seorang ahli kumpulan De Fam, iaitu Cik Manggis yang terletak di Sungai Buloh. Kediaman jenis banglo didirikan di atas tanah lot dihuni bersama suami tersayang, Syazmin Firdaus.
Cik Manggis rajin berkongsi beberapa ruang dekorasi indah di kediamannya. Istimewanya, tidak hanya tertumpu kepada satu gaya, penataan gaya dekorasi rumah Cik Manggis lebih berkonsep eklektik. Pelbagai gaya diterapkan dengan cara tersendiri namun, masih mengekalkan aspek minimalis.
Paling menarik perhatian pastinya pada ruang dapur yang elegan, menerapkan estetika Jepun. Ubahsuai dan transformasi yang dilakukan persis foto dekorasi di dalam laman sosial Pinterest.
Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin,35 beliau menerapkan konsep ‘Japanese Coastal Aesthetic ‘bagi mencipta kelainan di ruang dapur.
“Been dreaming to have a ‘Pinterest-Worthy’ kitchen for years and here we are… An Aesthetic Japanese Pinterest-Worthy kitchen, everyone… 🤩🤎
“Adding our character & personality with a combination of cement, reclaimed woods & terracotta. To enhance the concept, we flew these 2 drop dead gorgeous pendant lights all the way from New York! 😍 New kitchen vibe checked!,” ujar Cik Manggis.
Selain itu, rekaan dapur ala industri juga diterapkan pada ruang ini dengan gandingan simen, kayu bagi menepati konsep dan ‘vibes’ yang diimpikan.
“Saya dan suami amat meminati rekaan dapur ala industri yang tampak tersusun. Berikutan itu, kami memilih kombinasi simen dan kayu kekemasan minimalis bagi mendapatkan vibes diingini.
“Dari segi pemilihan kayu, kami tidak memilih kualiti cantik dan baharu. Sebaliknya, meminta khidmat pereka hiasan dalaman menerapkan kelengkapan berasaskan kayu yang tidak sempurna supaya bersesuaian dengan elemen industri,” katanya.
Selain kabinet dapur, kemasan lantai juga diberi perhatian penting agar dapat menyuntik ruang supaya tampak lebih segar dan unik. Cik Manggis memilih kemasan lantai jenis material terracotta bagi menghiasi lantai dapur.
“Lazimnya, jubin jenis terracotta diletakkan di luar, tetapi tak sangka apabila diaplikasi di dalam rumah khususnya bahagian dapur elemen tersebut membantu menyuntik mood segar dan unik,” ujarnya yang juga menempah khas perabot dan membeli secara dalam talian dari luar negara antaranya New York, Amerika Syarikat.
Bukan itu sahaja, 3 buah bangku bar konsep tradisional yang diletakkan di kaunter Pulau konkrit pula mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Fabrik yang membaluti permukaan tempat duduk bangku bar itu menggunakan kain batik dan kain pelikat milik arwah ibu dan ayah mertua Manggis.
Our most favorite (sentimental) furniture; Custom Steel Bar stool — Covered with @syazminfirdaus’ Late Parents Kain Batik & Pelikat.
We took out 3 of arwah Mak & Abah’s favorite kain from our storage, making it as stool covers so we could always feel like sitting on their lap. 😊 Apapun yang paling epik, the CIGARETTE BURNS HOLE on Abah’s! We miss you Mak Abah. We’ll see you soon… 🌹
Jelas Cik Manggis secara tidak langsung, dapat mengembalikan memori malar segar dan seolah-olah mertua sentiasa bersama di dapur.
“Sehinggakan, kain pelikat ayah berlubang akibat cucuh rokok pun jelas kelihatan di permukaan tempat duduk kerusi bar. Sayang pula nak buang kesan tersebut,” katanya.
Mengintai pemilihan jendela di bahagian sinki pula tanpa tinted dan tidak ‘terperangkap’ di dalam jeriji besi supaya boleh dibuka luas itu bertujuan mendapatkan pengaliran udara dan pencahayaan lebih baik.
My favorite view. ✨ Astounding custom solid wood awning window that brings lots of natural light into the heart of our home for a warm, inviting space.
Istimewanya minat mendalam pasangan suami isteri ini dalam sukan skateboarding, 2 buah bilik dipecahkan bagi membina ‘wavebank’ sendiri di rumah. Sekaligus, dapat mengisi masa terluang dengan bermain papan luncur ini bersama.
We built a wavebank at home and we don’t regret! 💯 What donyou think??
Bukan itu sahaja, rekaan unik dan dekorasi indah di bilik air juga mencuri tumpuan. Kamar mandi menggunakan kombinasi kemasan terracotta, marmar dan kayu solid dengan tona bumi sekaligus berpadanan dengan konsep kediaman secara keseluruhannya. Begitu juga dengan aksesori dan perkakasan bilik air rona hitam melengkapi bilik air yang menjadi impian Cik Manggis.
“Bathroom redesign by @provoguedesign with a combination of terra cotta, sandblasted marble, solid reclaimed wood and a warm, earthy tone matching the rest of the house. Completed the entire look with serge mouille pendant lamp from @franceandson, sleek wall-mounted matte black mixer taps, gunmetal shower and another item checked off our bucket list; cocoon stone bath from @lussostone! what a dream… brb crying. 🥹
IMPIANA:Memang cantik dan indah dekorasi kediaman Cik Manggis ini. Unik, minimalis dan mempunyai ciri yang tersendiri. Semoga menjadi panduan buat pencinta dekorasi yang lain.
Penyewa Sanggup Bayar MAHAL, Bila Rumah Ada 4 Perkara Ini. Memiliki rumah untuk disewakan mampu menjadi pendapatan pasif buat pemilik kediaman. Namun demikian, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya rumah yang ingin disewakan mempunyai nilai tambah dan mampu mendapat pulangan sewa yang berpatutan serta lumayan.
Selain lokasi rumah yang strategik, ada beberapa perkara yang membuatkan penyewa ‘tak berkira’ dan sanggup membayar mahal.
Rahsia yang saya pakai hingga penyewa sanggup bayar RM1000 untuk duduk 1 bilik.
Nak sewakan rumah bukannya mudah. Lebih-lebih lagi dalam kondo kita sahaja ada beratus-ratus tuan rumah yang beli rumah mereka untuk di sewakan.
Kadang korang mesti pelik, kawasan rumah dah strategik dah. Nampak macam ada potensi untuk letak harga mahal. Tapi nak dapatkan orang bayar rm1200 untuk rumah pun susah. Apa tah lagi untuk bayar rm1000 untuk dapat bilik sahaja.
Ini saya share 4 tip yang korang boleh guna pakai supaya penyewa sanggup bayar mahal:
– Sediakan internet wifi dekat dalam rumah. Zaman sekarang internet dah jadi benda paling wajib kena ada. Tapi, pastikan lah internet tu laju, jangan slow macam kura-kura pulak.
– Sekarang semua benda orang nak mudah. Pindah masuk rumah pun orang nak mudah. Bila kita dah sediakan rumah fully furnished, tak adalah menyusahkan penyewa nak kena beli wardrobe, beli katil, beli tilam, dan sebagainya.
– Bila nak hias rumah, pastikan design dalam rumah dan bilik adalah design yang moden. Bukan design yang asal boleh ataupun bermacam-macam warna dekat dinding, sampai pening penyewa tengok. Bak kata omputeh, “less is more”.
– Bila ada washing machine dekat rumah, tak ada lah menyusahkan penyewa untuk pergi ke dobi dan habiskan duit. Dekat situ pun dah banyak jimat duit diorang kan. Kalau ada dryer, lagi bonus untuk rumah korang.
Saya pakai 4 elemen ni je dalam rumah sewa saya.
Dan memang result yang saya dapat memang memberangsangkan dan membanyakkan duit rental saya. Hehe
Saya tak paksa untuk korang ikut tips saya ni. Tapi kalau ikut, saya pasti korang boleh naikkan harga bilik dan penyewa pun sangat happy untuk bayar lebih.
Nota premium:
Bila dah buat design premium dan cantik-cantik ni susah jugak ye. Saya ingatkan lepas penyewa habis kontrak, boleh lah saya tengok muka penyewa yang baru. Rupanya sampai ke sudah muka sama sebab penyewa asyik nak sambung kontrak je. Haha!
1. Pastikan ‘fully furnished’ namun mengikut kesesuaian penghuni di dalam rumah sewa. Sebagai contoh penghuni 5-6 orang, jangan beli peti sejuk 1 pintu. Mudahkan penyewa, jangan beli mesin basuh manual sebaliknya beli mesin basuh automatik.
2. Boleh tambah ‘Monthly Cleaning’. Sebagai contoh harga sewa termasuk cuci bilik air dan dapur sebulan sekali. Selain memudahkan penyewa, malah rumah yang disewakan juga terjaga bersih.
Dalam pasaran hartanah di Malaysia, terdapat dua jenis kategori lot utama untuk pemilikan hartanah, iaitu Lot Bumi dan Non-Bumi Lot.
Kedua-dua jenis lot ini memainkan peranan penting dalam sistem pembelian hartanah di negara ini, terutamanya kerana terdapat peraturan-peraturan khusus yang menetapkan syarat pemilikan berdasarkan kaum dan keperluan kuota Bumiputera.
Pemilihan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot bergantung kepada keperluan serta keadaan kewangan individu. Bagi Bumiputera yang ingin memiliki rumah pertama dengan harga yang lebih berpatutan, Lot Bumi mungkin merupakan pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin pelaburan jangka panjang dan tidak mahu terikat dengan sekatan pemilikan boleh mempertimbangkan Non-Bumi Lot.
IMPIANA : Secara amnya, kedua-dua jenis lot ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Memahami perbezaan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot adalah langkah penting dalam membuat keputusan yang bijak dalam pembelian hartanah di Malaysia.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...