Kisah seorang warga Indonesia yang berjaya membina rumah banglo mewah harga RM700K di kampungnya hasil bekerja di Malaysia telah menarik perhatian ramai.
Lelaki Indonesia mampu bina rumah banglo di kampung hasil kerja di Malaysia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Faiz Slamet, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zainal dikatakan pekerja di Malaysia sebagai pekerja kontraktor.
Malah, isterinya juga pernah bekerja di Malaysia namun sudah pulang ke Indonesia dan tinggal di rumah banglo tersebut.
Bina rumah sekitar RM700,000 hasil kerja puluhan tahun di Malaysia
Menurut Zainal yang dihubungi secara panggilan video (kerana masih berada di Malaysia pada ketika itu) berkata, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.
Pun begitu, wang tersebut bukanlah dikumpul dalam jangka masa dua atau tiga tahun, sebaliknya TKI (Tenaga Kerja Indonesia) itu mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina rumah berkenaan.
Ads
Reka bentuk dan bahan binaan diambil dari Malaysia
Lebih menarik lagi, Zainal turut menyatakan bahawa reka bentuk rumah banglo terbabit mempunyai ciri-ciri rekaan daripada Malaysia
Tidak hanya itu, kebanyakan bahan binaan rumah berkenaan seperti cermin tingkap, cat, tombol pintu dan lain-lain turut dibawa dari negara ini.
Jelas Faiz, video tersebut dibuat olehnya untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja Indonesia yang kini berada di Malaysia untuk tidak berputus asa.
Video tersebut dimuat naik oleh Faiz pada 13 December 2022 menerusi platform YouTube, namun sehingga kini ia masih mendapat perhatian ramai.
Ads
Video berdurasi 16.48 minit itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube sekali gus meraih pelbagai reaksi wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan suami isteri itu kerana hasil usaha kerja keras mereka di Malaysia berjaya membawa hasil sedemikian.
IMPIANA : Kisah ini menunjukkan bahawa impian memiliki rumah sendiri bukanlah mustahil, asalkan kita berusaha keras, mempunyai disiplin kewangan, dan berfokus pada matlamat kita.
Banyak paparan kisah inspirasi di usia muda mampu memiliki hartanah yang IMPIANA baca. Mesti ramai terfikir, kerja apa lah budak tu. Usia muda lingkungan 23-25 tahun dah ada sebiji rumah. Betul tak? Segalanya bukan lah mustahil jika anda bijak merancang. Berikut antara perkongsian di laman Facebook AMIR SYAHIR langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membeli sebuah hartanah diusia muda:
Tahun 2019 telah tiba. Ada anak muda sudah merancang untuk membeli rumah. Baguslah. Niat dah ada ilmu pun kena cari. Tiada istilah terlambat, yang penting berusaha.
Nak membeli rumah perlu persediaan yang rapi. Jangan terus nak mohon pembiayaan perumahan tanpa baiki profail kewangan. Ambil masa untuk anda baiki profail kewangan terlebih dahulu.
Piih 10 hartanah terbaik, shortlist 5 paling bagus dan beli satu atau dua yang terbaik dan menguntungkan. Yang kena dengan gaji anda
Antara serba sedikit anda boleh bermula dengan memburu hartanah subsale dengan cara;
1. Anda harus mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Buat tabung kecemasan dalam 3-6 bulan gaji dan disimpan dalam ASB atau Tabung Haji supaya boleh generate dividen juga. Biar ada simpanan sedikit sebanyak. Barulah bank percaya anda mampu bayar ansuran bulan rumah nanti.
2. Mula-mula kena tahu anda layak ke tak buat pembiayaan perumahan. Mana tahu ada hutang yang lupa nak bayar. PTPTN sangkut ke. Lepas tu berapa jumlah pembiayaan anda boleh dapat. Ia bergantung pada DSR (Debt Service Ratio) dan scoring kredit individu. Macam mana nak kira DSR;
Katakan gaji bersih dalam RM2000.
Ada komitmen: Kereta: RM550 Pinjaman peribadi: RM200 Dan rumah nak beli ansuran dalam: RM610 Jumlah komitmen: RM1360✔️
DSR➡️Jumlah komitmen + ansuran rumah nak beli / Pendapatan X 100% = 1360 / 2000 X 100% = 68%.
Biasanya gaji bawah RM3K ni bank tengok DSR kena bawah 60%. Jadi kau kena tambah pendapatan sikit ataupun kurangkan komitmen hutang. Kena cuba cari rumah ansuran bawah RM610 tu.
*Ansuran rumah nak beli boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.
3. Tiap hari buka Mudah.my, PropertyGuru, berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Berguru dengan orang berpengalaman dan orang positif yang minat pelaburan hartanah.
4. Kena pastikan ada 10% deposit. Nak senang kena ada 15% daripada harga rumah nak beli. Sebab ada legal fees kena bayar semua. Jadi bawa-bawa menyimpan lah ye.
5. Rekod CCRIS. Jangan takut jika kau ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Ia sebagai dokumen sokongan kepada bank untuk membuktikan kau seorang yang bagus dalam membayar balik ansuran. Tak culas.
Yang tak bagus tu kalau kau buat pinjaman tetapi tak reti nak bayar dengan jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan. Bila ada nombor selain 0 dalam laporan CCRIS tu mulalah kau nak menggelabah. Masa nak bayar hutang buat-buat lupa.
6. Baiki rekod kewangan. Jika anda ada tunggakan kad kredit, pembiayaan peribadi ataupun hutang yang lain, selesaikan terlebih dahulu. Logik bank kalau hutang tersedia ada pun anda tak mampu nak bayar, macam mana nak buat hutang baru. Kan? Kan? Kan?
7. Bila dah yakin, pergi lah memburu hartanah. Kalau masih baru, gunakan khidmat ejen hartanah. Mereka boleh membantu. Pergi tengok rumah nak beli. Jangan mengada nak beli rumah atas RM500K masa muda-muda ni. Buat pelaburan hartanah dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengurus atau memiliki rumah sewa bukan lah sesuatu yag mudah. Ramai beranggapan, memiliki sesebuah haratanah untuk tujuan disewa amat menguntungkan. Namun, itu hanya berlaku jika pengurusan dilakukan sebaiknya sewal penyewa melakukan persetujuan. Pernah dengar tak, penyewa lari, rumah rosak dan sebagainya. Itu mesti perkara biasa sahaja yang anda dengar. Namun, ada penyewa yang licik lagi bijak dari kita dalam bab tipu daya. Sedar-sedar, hutang bertimbun malah pemilik sendiri yang merana.
Sebagai langkah keselamatan bukan sahaja kepada pemilik, malah melindungi hak penyewa perjanjian atau kontrak WAJIB disediakan. Jika tiada sebarang surat perjanjian bertulisyang dipersetujui pemyewa dan pemilik, ke dua-dua pihak berhadapan risiko yang lebih besar.
Kebiasaanya, urusan membeli rumah pasti diserahkan pada suami. Nama di gran hanya ada nama si suami sahaja. Namun menurut website Majalah Labur, keadaan telah berubah. Disebabkan oleh masa kini wanita lebih berdikari dan mempunyai kerjaya yang baik, seharusnya setiap wanita walaupun yang telah berumah tangga mempunyai sekurang-kurangnya satu aset rumah. Berikut 4 sebab yang telah disenarikan oleh Majalah Labur:
1. Persediaan Jangka Masa Panjang
Sebagai seorang wanita yang menjalani kehidupan pada zaman kini, anda perlu lebih jauh berfikiran ke hadapan. Cuba tengok masa depan untuk tempoh masa 10 dan 20 tahun akan datang.
Sekiranya berlaku dugaan atau lebih teruk lagi perceraian, sekurang-kurangnya anda ada juga tempat tinggal untuk diri sendiri dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, jika kematian suami; dapat juga elakkan daripada pergaduhan berkenaan harta yang perlu dibahagi-bahagikan – termasuklah rumah Allahyarham suami tersebut.
2. Atasi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin
Semua orang tahu bahawa cabaran selepas berkahwin adalah sangat berbeza daripada ketika sedang bercinta. Tidak semua keadaan menjadi indah seperti yang diimpikan.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab berkaitan dengan kewangan. Jika silap pengurusannya, boleh timbul pergaduhan dan masalah dalam rumah tangga.
Jika anda memilki rumah sendiri, anda boleh gunakan rumah tersebut untuk disewakan atau pun refinance semula untuk mendapat modal untuk memulakan perniagaan. Dengan duit tersebut, bolehlah meringankan beban kewangan keluarga.
3. Jadi Suri Rumah
Sudah menjadi impian semua wanita yang berkeluarga untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh jadikannya sebagai pendapatan anda sendiri. Maka dapatlah anda jadi seorang suri rumah bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Kalau nak sewakan rumah anda, boleh baca Fakta Menarik Mengenai Airbnb Di Kuala Lumpur (KL). Dengan pendapatan purata untuk satu rumah sebanyak RM2,857 sebulan, dah boleh bayar instalment untuk rumah berharga RM550 ribu – RM600 ribu.
4. Tambah Pendapatan
Dah jadi suri rumah, boleh usahakan perniagaan dari rumah seperti berniaga tudung online, buat bisnes dropship dan sebagainya.
Nak jadi full-time trader dengan jual beli saham pun boleh. Sambil masak boleh kaut untung di pasaran saham Bursa Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.