
Rumah ikonik kampung Bahru yang sering muncul dalam iklan raya, drama dan filem seperti Adnan Sempit serta Abang Long Fadil akhirnya akan berpindah.
Pemiliknya, Shafiq Abdullah membuat perkongsian akan berpindah melalui laman Facebooknya.
Melalui satu hantaran di Facebook, lelaki tersebut memaklumkan bahawa beliau dan ahli keluarganya akan keluar dari rumah tersebut untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah itu.
Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun untuk menyiapkan projek berkenaan.”
Berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang menjadikan ia sebagai lokasi bergambar, pemilik rumah ‘legend’ di Kampung Baru itu juga berharap dapat kembali ke tanahnya.
“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah ini,” ujarnya.
“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar. “Mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami sepanjang tempoh tersebut. Rumah Biru mengucapkan selamat tinggal,” katanya.
Hantaran Shafiq menjadi tular dan menerima hampir 1,000 reaksi dan 600 perkongsian. Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut.
Mesti Baca:Pokok Pandan Subur Tanpa Tanah, Rendam Dalam Air Pun Hidup
Baca Lagi Di Sini:Tanam 6 Jenis Tumbuhan Ini Mujarab Dari Gigitan Nyamuk
Artikel Menarik:6 Jenis Tanaman Air Berbunga Yang Cantik, Buat Kolam Di Laman Anda Lebih Menarik
Impiana : Aduii… sedihnya tiada lagi rumah tradisional di tengah kota Kuala Lumpur.
Sumber: Facebook
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mengubahsuai Rumah, Memiliki Rumah Atau Berpindah Ke Rumah Baru Di Sebabkan Impak Covid-19 Terhadap Ruang Rumah Anda,Yang Mana Satu?

PropertyGuru hari ini telah melancarkan Kajian Sentimen Pengguna H2 2021, yang mendapati 73% rakyat Malaysia berhasrat untuk mengubahsuai kediaman mereka setelah menghabiskan lebih banyak masa di rumah disebabkan oleh COVID-19. Hasil daripada kaji selidik, % daripadanya ingin mengubahsuai atau membaik pulih ruang tertentu di kediaman mereka, sementara 35% lagi memikirkan tentang memiliki rumah atau berpindah dari lokasi semasa mereka dengan lebih mendalam.
Pandemik ini telah mempengaruhi tanggapan rakyat Malaysia tentang ruang kediaman, 3 daripada 4 (77%) orang kini menganggap penting bagi hartanah baharu untuk mempunyai ruang tambahan di dalam rumah untuk dijadikan pejabat. Pertambahan hasrat pemilikan atau pemindahan rumah kepada hartanah yang dapat memenuhi keperluan mereka adalah sangat tinggi terutamanya dalam kalangan penyewa (74%), individu yang tinggal bersama ibu bapa (63%), dan kumpulan berpendapatan rendah (50%).
Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia berkata, “Malaysia telah melalui pelbagai bentuk sekatan pergerakan sejak 17 bulan lalu, dan masa yang dihabiskan di rumah ini telah membuatkan lebih ramai orang menyedari tentang kepentingan dan faedah memiliki ruang peribadi sendiri, terutamanya bagi mereka yang bekerja secara jarak jauh. Kesan pandemik dari segi bagaimana orang merancang kehidupan di rumah lebih terserlah dalam kalangan anak muda Malaysia, golongan berpendapatan rendah, dan mereka yang masih tinggal bersama ibu bapa, yang menamakan
‘keperluan terhadap lebih banyak ruang peribadi’ sebagai salah satu sebab utama mereka ingin membeli rumah baru.”
Dalam kalangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kajian ini, tanpa mengira demografi dan situasi kehidupan semasa, keperluan untuk lebih banyak ruang peribadi (26%) menjadi faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada keinginan membeli hartanah, dua faktor utama yang lain adalah pelaburan (43%) dan peluang menggunakan kelebihan kadar faedah rendah yang tersedia sekarang (27%).
Wujud Peluang dan Kesukaran dalam Pasaran Hartanah
Kadar faedah dan prospek harga yang memberangsangkan, serta kepuasan harta tanah semasa yang tinggi telah meningkatkan kajian keseluruhan Indeks Sentimen sebanyak 3 mata daripada 42 pada H1 2021 kepada 45 pada H2 2021. Sebaliknya, sentimen rakyat Malaysia terhadap iklim semasa harta tanah telah menurun sebanyak 3 mata dari 35 pada H1 2021 kepada 32 pada H2 2021.
Mereka yang berpuas hati dengan iklim semasa harta tanah di Malaysia menyatakan bahawa prospek jangka masa panjang yang baik bagi peningkatan nilai harga sebagai faktor utama untuk mereka merasakan sebegini. Manakala, mereka yang tidak berpuas hati meletakkan ketidakupayaan untuk mencari hartanah mengikut anggaran belanjawan masing-masing sebagai penyebab utama.
“Hasil daripada kajian kami, jelas sekali bahawa pandemik COVID-19 telah mewujudkan peluang dan kesukaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah. Namun, keinginan untuk memiliki rumah tetap utuh dalam kalangan rakyat Malaysia kerana 4 daripada 5 orang berhasrat untuk membeli hartanah di Malaysia pada masa hadapan,” kata Sheldon.
Walaupun ramai rakyat Malaysia ingin memiliki rumah, 67% telah memilih untuk menangguhkan keputusan untuk membeli hartanah mereka kepada 1-5 tahun lagi disebabkan oleh COVID-19 kerana mereka terus berdepan cabaran dalam perjalanan memiliki kediaman sendiri sepanjang tempoh ini.
Hasil kajian mendapati dibandingkan dengan H1 2021, lebih ramai rakyat Malaysia kini tidak pasti dengan harga hartanah (56%; meningkat dari 52%), mengalami kelewatan dalam urus niaga hartanah (51%; naik dari 42%), dan berdepan kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan (46%; meningkat dari 43%) pada H2 2021 akibat pandemik. Pencari rumah di Malaysia juga menyuarakan ketidakmampuan mereka untuk membayar wang pendahuluan dan ketidakstabilan pekerjaan atau gaji sebagai dua kekangan utama mereka dalam pengambilan pinjaman perumahan pada H2 2021.
Hasrat untuk Lebih Tindakan Kerajaan dan Pemain Hartanah
Walaupun terdapat pelbagai langkah pelepasan hartanah yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan seperti lanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga akhir tahun 2021, hanya 16% rakyat Malaysia yang merasakan usaha pihak kerajaan dalam menjadikan perumahan mampu milik ini memadai. Sebilangan besar percaya bahawa pihak kerajaan mampu melaksanakan lebih banyak tindakan untuk membantu sektor hartanah, dengan tiga langkah teratas yang mereka harapkan dari pihak kerajaan adalah pengurangan faedah pinjaman perumahan (70%), peluasan HOC untuk meliputi hartanah pasaran sekunder (58%), dan pengurangan Cukai Keuntungan Harta Tanah (55%).

Sementara itu, rakyat Malaysia juga percaya bahawa insentif kewangan dari pemaju hartanah seperti diskaun atau pulangan tunai (84%), pakej dan skim pembelian (66%), serta baucar atau hadiah (38%) boleh membantu untuk mendorong keputusan pembelian rumah pada masa hadapan.
Beliau menambah, “Walaupun ekonomi dan pasaran hartanah semasa mencabar, kami di PropertyGuru, akan tetap komited untuk membantu rakyat Malaysia dalam perjalanan pemilikan hartanah mereka dengan menyediakan maklumat dan penyelesaian teliti bagi mencari hartanah yang tepat. Kami berharap segala pandangan yang dikumpulkan hasil dari kajian ini juga dapat membantu pemain hartanah dan pihak kerajaan untuk lebih memahami sentimen semasa pengguna, supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi membantu bagi memacu pasaran hartanah serta memenuhi keperluan pencari kediaman.”
Sumber: Property Guru
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO} Cara Nak Jual Rumah Cepat? Saat Anda Terdesak!

Masalah atau isu hartanah kini telah menjadi satu topik Nasional. Acap kali kita mendengar masa kini banyak rumah tidak dapat dijual kerana kini bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank atau loan perumahan. Ini mungkin salah satu penyebab, tetapi sebenarnya mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai aset sendiri, tetapi tidak boleh mengembangkan aset tersebut. Mungkin ramai diluar sana yang mempunyai masalah yang begini? Apa sebenarnya punca ini berlaku yang menyebabkan anda diluar sana menjadi terdesak dengan situasi begini.
Memiliki hartanah sendiri adalah satu perkara wajib yang perlu diambil kira dalam perancangan kehidupan. Tetapi ramai pula anak muda masa kini yang suka menyewa dari memiliki. Ini juga satu masalah yang dihadapi. Kali ini IMPIANA tidak mengupas isu rumah sewa atau sendiri, tetapi IMPIANA ingin berkongsi cerita atau topik lambakan hartanah atau rumah yang tidak terjual.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan terdapat 20 billion rumah tidak terjual pada masa kini, tetapi yang paling tidak disangka rumah yang berharga bawah RM 400,000 yang paling banyak tidak terjual. Di manakah silapnya, adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sebaliknya. Di sini IMPIANA menjemput Pejuang hartanah yang tidak asing lagi iaitu Ahyat Ishak dan Pemilik Hiasan Dalaman, Mamy Home untuk mengupas dan membantu pemilik kediaman yang berhasrat untuk menjual rumah mereka tetapi tidak ada jalan pada masa kini.
Kupasan yang cukup mantap dan jelas mengenai hartanah ini pastinya dapat membantu ramai pemilik diluar sana dalam menangani masalah hartanah ini.
Hartanah selalu dipandang ringan oleh ramai orang. Akhirnya terpaksa mengeluh sebab dah terlambat nak 'sediakannya' untuk diri sendiri!#impianamy #sembanghartanah
Posted by Impiana on Thursday, September 26, 2019
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Penghuni PPR Pakat ‘Hias’ Rumah Bersama – Biar Tinggal PPR, Mentaliti Duduk Di Kondo Mewah!

Kelihatan amat usang, kotor dan berbau busuk hingga meloyakan tekak penghuninya. Itulah situasi ‘normal’ kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Namun, berbeza dengan video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @hanakamie, jelas terlihat perubahan besar pada kawasan kediaman tersebut sebelum dan selepas ia dihias.

Dinding-dinding yang dahulunya kusam dan hitam kini dihiasi dengan tanaman hijau, cermin, hiasan dinding dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Setiap sudut PPR ini dijaga rapi oleh penduduk sendiri yang bersatu tenaga mengecat dan menghias semula persekitaran mereka.

Malah, lantai yang dahulunya hanya bersimen kini ditukar kepada mozek yang lebih kemas dan menarik.
Siapa sangka, dengan kesepakatan dan usaha sama, kejiranan itu mampu mencipta suasana yang begitu selesa dan indah.

Lebih-lebih lagi, ini semua adalah hasil daripada usaha sepenuhnya oleh komuniti di situ.
“Untuk makluman ini adalah inisiatif Pertandingan (Kita – untuk – kita Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1),” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan pujian dan rasa kagum daripada warga maya terhadap inisiatif ini.

Rata-rata mereka memuji semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh penduduk PPR itu.
IMPIANA : Bagusnya kejiranan di PPR ni, biar tinggal di PPR, tapi mentaliti macam duduk di kondo mewah!
Mesti Baca: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Sumber: TikTok @hanakamie
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI