Siapa sangka pasangan romantik ini punya rumah yang sangat cantik, mendamaikan dan paling penting mesra alam (eco-friendly).
Ketika ditemu bual oleh pihak ArchitecturalDigest.com, pasangan pelakon Hollywood Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru saja berpindah ke rumah baharu mereka itu yang terletak di atas bukit di Los Angeles.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Menariknya, rumah ini menerapkan gaya ladang yang sangat cantik dan unik. Menurut pasangan ini, ianya merupakan rumah idaman yang telah mereka rancang selama bertahun-tahun, bermula dengan kehamilan pertama Mila.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Beginilah luas dan mewahnya rumah mewah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini yang dibina di atas kawasan seluas 2.4 hektar. Lengkap dengan ladang jagung produktif yang diairi dengan sistem pengairan dari telaga sendiri. Wow!
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ashton dan Mila menamakan rumah mereka itu sebagai KuKu Farms. Mereka menggunakan khidmat arkitek Howard Backen dan pereka dalaman Vicky Charles untuk merealisasikan rumah impian mereka itu.
Ads
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.comKredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Bukan sahaja luas dan mewah, rumah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini juga mesra alam. Sumber tenaga berasal dari panel solar photovoltaic. Jumlahnya melebihi keperluan keseluruhan harta.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Pada masa hadapan, Ashton dan Mila berharap sumber tenaga yang melimpah ruah ini dapat dikongsi bersama dengan rumah-rumah sekitar.
Semua bilik di KuKu Farms kelihatan luas, menggabungkan perabot moden dan seni bina kayu bercirikan Amerika. Bagi memberikan sentuhan berbeza, pasangan ini meletakkan candelier kristal setinggi 3 meter dan kerusi mewah seakan pelamin yang ditempah khas oleh Ashton ketika lawatannya ke India.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Manakala rumah utama disambungkan ke rumah tamu, bilik hiburan yang direka bentuk menyerupai bangsal, dan pavilion yang dilengkapi dengan peralatan barbeku.
Ads
Salah satu bilik tidur di KuKu Farms. Nampak selesa seperti kabin mewah untuk percutian musim sejuk.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ini adalah bilik untuk dua anak Ashton dan Mila, Wyatt dan Dimitri. Nampak selesa dengan perabot semua kayu yang memberikan kesan hangat.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ini pula ruang dapur. Keluasannya sudah cukup untuk mengadakan parti kecil yang terdiri daripada 10 ke 15 orang tetamu.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.comKredit Foto: ArchitecturalDigest.com
“Kami mahukan sebuah rumah, bukan estet,” kata Mila kepada Architectural Digest.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
“Kami mahu rumah itu kelihatan seperti bangsal lama, sesuatu yang telah wujud selama beberapa dekad dan kemudian bertukar menjadi sebuah rumah.
“Tetapi ia juga perlu ada sentuhan moden dan relevan dengan masa kini,” kongsi Kutcher.
Mila dan Ashton berkahwin pada tahun 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.
Dah namanya rumah pereka fesyen VERSACE, tentu sahaja ada citarasa!
Vila Casa Casuarina yang terletak di Pantai Miami, Florida merupakan sebuah rumah agam yang dibina sekitar tahun 1930an dan pada tahun 1992 pereka fesyen dan juga pengasas jenama Versace, Gianni Versace membeli rumah ini sebagai salah satu tempat tinggalnya.
Membeli rumah ini dengan harga $2.7 juta, Gianni turut membeli sebuah hotel sebelah rumah ini dengan harga $3.7 juta dan kemudian menghabiskan lebih $32 juta untuk proses ubahsuai. Sejak membeli rumah dan juga hotel tersebut Gianni telah mengubahsuai dan membina semula beberapa struktur mengikut cita rasanya dan ideanya boleh dilihat sehingga hari ini.
Walaupun begitu rumah ini bukan lagi milik legasi Versace. Pada tahun 2000, tiga tahun selepas kematiannya akibat dibunuh hendap pada tahun 1997 rumah ini telah dibeli oleh Peter Loftin dan kemudiannya diubah menjadi sebuah hotel butik. Namun pada tahun 2013 dia menjual rumah ini kepada syarikat VM South Beach LLC $41.3 juta yang menang dalam bidaan pembelian yang turut disertai oleh presiden Amerika Syarikat sebelum ini, Donald Trump.
Tertarik dengan keindahan rumah ini, ia telah diubah sebagai sebuah hotel mewah untuk mereka yang mahu merasa pengalaman penginapan yang ekskusif.
Kemewahan hotel ini jelas menonjolkan identiti jenama Versace yang dikenali dengan rekaan fesyen yang berani. Lihat sahaja pada padanan warna dan juga pemilihan perabot. Boleh dikatakan semua berwarna-warni dan over-the-top yet it is so classy.
Bagi mengingati mendiang Gianni, pemilik rumah ini kini menamakan restoran di sini sempena nama mendiang pereka fesyen tersebut. Makanan yang dihidang berkonsepkan makanan Itali dan Mediterranean yang merupakan seleksi makanan kegemarannya..
IMPIANA: Cantik sungguh hotel ini, mungkin jika anda melancong ke Miami, Florida, Amerika Syarikat anda boleh singgah ke hotel ini untuk merasainya dengan mata dan kepala sendiri.
Warna memainkan peranan penting pada keluasan ruang kediaman.
Setiap tahun, pengusaha cat pasti akan melancarkan skim warna pilihan mereka. Pemilihan warna yang menjadi trend mereka kebiasaannya bergantung kepada persekitaran dan nasihat dari pakar warna.
Untuk tahun 2024, ini lima pilihan warna yang diramalkan bakal menghiasi tema untuk kediaman.
1. Kombinasi warna gelap
Di hujung spektrum yang bertentangan, warna yang sedikit gelap akan memainkan peranan penting dalam mengimbangi rona terang pada tahun hadapan.
Gabungan warna daripada coklat kepada coklat pekat dan hitam memberi kesan keharmonian pada ruang selain menjadikannya tampak luas. Anda memerlukan kontras itu untuk memberi ketegasan pada ruang dan pada masa sama menenangkan keadaan.
2. Kepelbagaian rona biru
Tahun ini, kebanyakan masyarakat ingin mewujudkan ruang yang tenang dan selesa dengan menggunakan warna yang sangat cantik, lembut serta ‘berangin’. Jadi, warna biru merupakan salah satu warna yang berjaya mengekalkan populariti kerana hubungan semula jadinya dengan alam.
Ada juga yang memilih Blue Nova iaitu warna langit yang menggabungkan garis antara ungu dan biru, anda yang menggunakan warna ini akan merasa tenang seolah-olah berada di awang-awangan.
3. Gabungan pink dan merah
Ramai yang meramalkan warna merah jambu akan terus meningkat dalam populariti kerana berasa nostalgia dan optimistik.
Rona merah jambu dan pink lembut ini juga akan kekal sebagai bahan ruji seperti yang dibuktikan oleh syarikat cat dan kertas dinding Britain, Little Greene, yang mengumumkan Masquerade neutral merah jambu lembut sebagai warna tahun ini.
Pic merah jambu yang sinonim dengan gaya romantik itu juga dikatakan akan mendominasi tahun 2024, sebagai peringatan untuk menikmati kebersamaan antara satu sama lain.
Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan
Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan
4. Kuning dan oren berkilat
Tidak kurang juga yang meramalkan warna kuning dan oren akan menjadi warna trend untuk 2024. Lebih menarik apabila dua warna itu digabung bersama dan diterjemahkan pada tekstil, barang kemas mahupun laman.
Malah ada yang menyatakan warna Apricot Crush akan menguasai industri fesyen tahun hadapan.
5. Hijau bumi
Warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi membangkitkan kualiti yang menenangkan yang kebanyakan orang rasa selesa. Rasa segar dan memupuk inilah yang memberi inspirasi kepada jenama British Graham dan Brown untuk menamakan warna hijau midtone, Viridis sebagai warna mereka tahun depan.
Bersama-sama dengan rona tanah, hijau gelap juga diramalkan akan membuat ‘percikan’ pada tahun akan datang.
Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.
Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!