Kobis (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman daripada famili Brassicaceae yang sangat popular ditanam di Cameron Highlands. Terdapat tiga jenis kobis dalam negara, iaitu kobis bulat, kobis panjang dan kobis bunga. Antaranya, kobis bulat merupakan sayuran yang popular sekali dengan penggunaan mendekati 200,000 tan pada tahun 2007 yang mana 68% daripadanya terdiri untuk kegunaan rumahtangga. Kobis adalah sangat sesuai di tanam di kawasan beriklim sederhana,namun begitu terdapat juga varieti kobis yang boleh ditanam di tanah rendah yang lebih tinggi suhunya iaitu KK cross, U.S.Tropical,Ei Yu dan Autumn Queen.

Siapa kata di bandar tidak boleh menanam? Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk penduduk bandar bertani di kawasan rumah mereka. Cara yang paling praktikal ialah menanam di dalam pasu tanaman, polibeg atau bekas-bekas yang sesuai. Cara ini cukup sesuai bagi mereka yang kurang ruang dan laman sempit terutamanya kawasan perumahan. Paling penting keinginan dan kesungguhan untuk membekalkan sendiri sumber vitamin dan mineral dalam makanan sehari-hari terutamanya daripada sayur-sayuran.

Menyemai

Semai benih bunga kobis dalam cawan plastik terlebih dahulu. Gunakan tanah pasu (potting soil) untuk tujuan penyemaian. Ambil cawan plastik yang bersih dan pastikan lubang saliran telah disediakan terlebih dahulu. Masukkan tanah pasu ke dalam cawan. Buat lubang di tengah-tengah medium dengan menggunakan jari kelingking dan masukkan biji benih kemudian disiram. Simpan cawan plastik yang telah disemai biji benih kobis di kawasan teduh tetapi masih terkena haba matahari.

Menyediakan tanah campuran (medium tanaman) 

Untuk penyediaan medium tanaman yang ideal, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

IKLAN

2 bahagian peat moss atau coco peat
1 bahagian vermiculite atau pasir kasar/halus
1 bahagian kompos

Gaul hingga sebati ketiga-tiga bahan dan ia sedia untuk digunakan. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai.

Mengalih anak pokok kobis pada pasu tanaman

Apabila benih anda bercambah dan berusia kira-kira 2 minggu. Anda boleh mengalihkan anak pokok ini pada pasu . Siram anak benih kobis terlebih dahulu. Buat lubang ditengah polibeg kira-kira 2 inci atau 3 inci. Keluarkan anak pokok kobis dari bekas semaian dan tanam semula di dalam lubang yang telah disediakan.

IKLAN

Selesai proses pemindahan anak pokok, siram air secukupnya dan letakkan pasu ditempat teduh selama 1 minggu. Dalam tempoh peralihan, pastikan anak pokok ini tidak terkena sinaran matahari terik serta media sentiasa lembap agar akar baharu cepat keluar.

Selepas 1 minggu alihkan pasu ke tempat terkena cahaya matahari selama 6 jam secara berperingkat-peringkat bermula dengan satu jam.

Pembajaan

Pemberian baja boleh dilakukan selepas 3 minggu anak pokok kobis dialihkan ke dalam pasu. Gunakan 1 sudu makan baja NPK dan letakkan di sekeliling pokok. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang dikisar dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil sebagai baja organik. Selain itu juga boleh menyiram dengan larutan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli.

IKLAN

Menuai hasil

Ia mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan untuk boleh dituai hasilnya. Gunakan pisau tajam untuk memotong bahagian pangkal sayur ini untuk mendapatkan hasilnya. Selamat menanam.

BACA: Buat Booster Tanaman Dari Kangkung Cara Orang Indonesia