Kantan atau bunga kantan adalah tanaman dari keluarga halia. Bunga kantan digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan yang banyak digunakan oleh masyarakat melayu. Pokok kantan ni kalau tak di jaga dan di selenggara, memang kedekut untuk berbunga. Sebab itu, bunga kantan mempunyai harga yang tinggi di pasaran. Harga sekuntum bunga kantan boleh mencapai harga RM3-4. Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar, dan berdekatan dengan saliran air, ini antara tanaman yang sesuai untuk di tanam.
Kaedah penanaman
Pokok kantan ideal hidup di tanah jenis sedikit berpasir yang teduh dan lembap. Sebab itu, jika anda perasan habitat pokok kantan kebiasaanya berhampiran sungai atau kawasan berair yang terlindung dengan pokok.
Sebelum kantan di tanam, pastikan lokasi berpotensi yang dipilih telah dibersihkan, digembur, diberi baja dan disembur dengan racun rumpai. Sebaiknya, gunkan baja kompos yang telah digaulkan dengan medium tanaman dan tambak kawasan yang telah dibersihkan tadi setinggi 20cm tinggi. Apabila batas siap, barulah rizom kantan boleh semai.
Selesai semai, tutup batas dengan daun-dun kering dan lakukan siraman. Ia bertujuan mengekalkan kelembapan tanah untuk tempoh yang lama. Kalau terlalu kering, tunas baru akan lambat bercambah.
Siraman
IKLAN
Pastikan medium tanaman sentiasa lembap. Sebaiknya, siraman dilakukan secara siraman. Air paling banyak diperlukan di awal tumbesaran tanaman yang baru di semai. Namun, jangan sampai air bertakung. Ia akan menyebabkan rizom membusuk.
Pembajaan
Apabila tanaman telah berusia 16 minggu barulah pembajaan boleh dilakukan. Untuk pembajaan pertama, gunakan tinja ayam yang digaul dengan medium tanaman dan ditabur disekitar batas. Anda perlukan lebih kurang 50gm hingga 1 kg tinja ayam untuk setiap batas.
IKLAN
Apabila mencecah usia 5-9 bulan, baja NPK 12:12:7 juga boleh digunkan. Kaedahnya sama, gaulkan baja NPK dengan medium tanaman pada kadar 30:70:100g serumpun. Selepas 6 bulan, taburkan kapur pertanian di sekeliling rumpun sebanyak 200g. Jika terdapat daun yang kering dan menguning, ia perlu segera dibuang bagi menggalakkan penghasilan sulur baru
Semaian
Pada minggu ke-38 hingga 42, kantan akan mula berbunga. Tunggu sehingga batang bunga mencapai ketinggian 30cm untuk tempoh penuaian. Tuai batang bunga kantan sampai ke dasar tanah. Jika hanya potong bahagian bunga nya sahaja dan ada sisa batang, kudup baru akan lambat tumbuh
Cocopeat atau sabut kelapa adalah medium tanaman yang banyak digunakan tak kiah untuk peladang atau yang berkebun secara hobi. Ia disebabkan oleh medium ini lebih ringan untuk akar, bersaliran baik dan memegang kelembapan dalam tempoh yang lama. Namun, melalui perkongsian En. Azuan Abdullah di page Sahabat Kebun Anda, Cocopeat perlu dicuci sebelum digunakan. Kenapa ye? jom baca perkongsian tersebut
Berkebun tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Bagi anda yang mempunyai kekurangan ruang, selain kaedah tanaman menegak seperti vertical garden dan tanaman gantung sebagai penyelesaian terbaik, salah satu syarikat di Ghana, Afrika iaitu Farming Wonder memperkenalkan teknik tanaman bertingkat atau menara. Teknik ini bukan lah sesuatu yang baru. Namun ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
10x ganda ruang tanaman
Setiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa
Jimat air
Siraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air
Mudah diselenggara
Teknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri.
Apakah perbezaan di antara taman Bali dan taman Melayu tradisional? Hal ini kerap menjadi kecelaruan pada pemilik yang menerapkan salah satu konsep ini sebagai gaya keseluruhan dekorasi landskap mereka. Namun yang pastinya, pemilihan tumbuhan tropika berdaun lebar seperti Heliconia spp., Plumeria spp. dan sebagainya adalah salah satu elemen utama dalam menonjolkan laman berkonsepkan Bali dan Melayu tradisional.
Laman Bali umum mengetahui lebih kepada penggunaan struktur dan ornamen batu sandstone atau yang lebih tradisi ialah batu gunung berapi yang mempunyai figura flora dan fauna. Bagi yang lebih mendalami konsep ini, pemilihan ornamen figura manusia menjadi kemestian. Kehadiran elemen-elemen yang digunakan dalam menata hias laman bali amat mudah dan murah untuk di perolehi. Oleh sebab itu, laman berkonsep ini sering mendapat perhatian.
Berbeza dengan laman Melayu tradisional. Kebanyakan elemen dan struktur yang dibina menggunakan kayu. Sudah menjadi lumrah, sifat kayu jika tidak dijaga si anai-anai akan mula menyerang. Oleh sebab itu, bagi yang inginkan landskap yang berorientasikan laman Melayu tradisional mengambil masa yang lama. Setiap satu dibuat berdasarkan tempahan untuk mengelakkan daripada kayu kusam dan tidak menarik tatkala di serahkan ke tangan empunya.
Harganya pun bukan kepalang, lagi halus dan berseni ukiran yang dihasilkan, lebih mahal harganya. Lebih indah sesebuah binaan tradisional Melayu itu dizahirkan, lebih lama masa yang perlu diperuntukkan. Hal ini menyebabkan ramai antara masyarakat melupakan hasrat memiliki laman Melayu tradisional.
Namun, dalam kepayahan dan kesusahan tersebut, masih ada jiwa-jiwa seni yang menghargai peradaban dan kebudayaan tradisi Melayu. Segala-galanya dapat dilihat tatkala penulis berkunjung ke sebuah kediaman semi-D yang terletak di Jasin, Melaka. Kediaman ini telah diberi nama Rimbun Tropka oleh pemiliknya Roslan yang merupakan seorang guru seni dan pasangannya Zety. Setibanya di ruang hadapan kediaman, suasana bak ‘taman larangan’ menyambut kehadiran penulis.
Susunan railway sleepper dan pagar kayu berketinggian lebih kurang 1.5 meter-1.8 meter ini merahsiakan segala-galanya yang terkandung di sebalik tembok dan pagar kediaman. Namun penataan landskap di hadapan tembok pagar jelas menunjukkan cita rasa pemilik. Salam bertaut, penulis disambut mesra oleh pemilik dengan ditemani isteri yang menghadiahkan senyuman mesra kepada kami.
“Sebuah pasu gergasi berketinggian lebih kurang 120 cm ditempah khas dari perak dengan ukiran alamat kediaman ini menjadi trademark terutamanya bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke teratak kami.” Jelas pemilik yang memulakan ceritera laman tradisinya. Disebabkan lot kediaman ini menyerong, ia mendesak pemilik untuk membina dua buah pintu pagar untuk memudahkan akses kenderaan.
Di antaranya sebuah gapura yang mempunyai unsur-unsur senibina melayu tradisional ditempatkan di sini. Mengurangkan impak keras pada tembok dinding, himpunan tumbuhan tropika foliar pelbagai tekstur dan rona dipadukan menyuntik kesegaran. Walaupun bersahaja, sentuhan yang diabadikan membuahkan hasil yang menarik dalam memberi pengenalan terhadap kediaman ini.
Terap nilai tradisional
Melepaskan diri dari pandangan bahagian hadapan kediaman, mata penulis terpaut pula dengan binaan tradisional anjung kediaman pemilik. Menerapkan unsur-unsur binaan limas, pemilik yang berasal dari Muar, Johor tidak pernah ragu-ragu untuk menerapkan unsur dari luar Melaka, kerana yang menjadi keutamaan setiap unsur tradisional mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. “Pada asalnya, terdapat sedikit kecelaruan konsep antara Bali dan Melayu tradisional kerana kebanyakan elemen yang dihadirkan untuk menata gaya kediaman ini bermotifkan Bali. Mulanya difikirkan bersesuaian namun disebabkan oleh keinginan terhadap konsep Melayu tradisional lebih menebal, pelahan-lahan elemen yang mempunyai pengaruh Bali dibuang dan terus dihindari.” Terang pemilik bersungguh.
Untuk menyokong dan menguatkan lagi unsur-unsur tradisional Melayu, sebuah laman indah nan ringkas dipadukan bersama. Selari dengan budaya masyarakat Melayu yang lebih gemar memperuntukkan masa bersantai di laman dan melakukan aktiviti di luar rumah. Maka, terbinanya sebuah pangkin berbumbung yang lebih dikenali sebagai gazebo atau wakaf. Wakaf yang di bina berbumbungkan atap tanah liat atau lebih dikenali sebagai atap singgora. Sifat singgora yang tidak menyerap haba memberi keselesaan optimum tatkala bersantai di bawah naungannya. Memperincikan lagi binaan, ukiran di bucu cucur atap bermotifkan flora menjadi pelengkap.
Segar dan nyaman saat penulis bersantai di bawah wakaf tersebut sambil menghayati binaan fasad kediaman yang menggunakan kayu. Mana kan tidak, melihat lantai laman yang menghijau ditemani dengan deruan air dari water feature yang dipadankan di sisi anjung bertentangan mengasyikkan lagi suasana. Memastikan hamparan rumput sentiasa dalam keadaan baik, pemilik menyediakan laluan dengan menggunakan stepping stone di bahagian yang kerap menerima trafik berat.
Menghargai setiap inci dekorasi
Sarat di satu sisi himpunan Heliconia spp. dan Calathea lutea menutupi kekurangan tembok dinding yang menjadi sempadan lot kediaman ini. Di bawahnya pula diserikan dengan Osmoxylum linear, Chlorophytum capense, dan beberapa lagi tumbuhan foliar membentuk hierarki yang harmoni. Menghidupkan lagi setiap sudut penataan, pemilik turut menjadikan pasu dan barangan antik yang dimiliki sebagai sebahagian pelengkap gaya laman. “Benda yang lama jangan dibuang. Setiap satunya ada ceritanya dan nilainya yang tersendiri. Kelak, salah satunya mungkin tidak lagi kelihatan di persekitaran kita.” Ulas pemilik terhadap hobinya yang gemar mengumpul barangan antik di samping bertaman.
Melarikan diri di bahagian anjung yang kelihatan nyaman dalam rimbunan pohon renek yang menghijau, untuk berteduh dari terik mentari di saat sesi fotografi masih berjalan. Selesa dan puas, itu lah perkataan yang terucap saat penulis berehat di ruang anjung ini. Lebih menyeronokkan, apabila pemilik menghidangkan beberapa jenis kuih muih tradisional dan secawan kopi buat menghilangkan lelah. Terus terasa rindu dek kehidupan desa yang pernah penulis lalui dulu dan semakin terhakis. Sambil bersantai di ruang anjung ini, mata pemilik tetap melilau dan bersungguh melihat setiap perincian yang di abadikan sama ada pada binaan struktur mahupun penataan gaya landskap.
konsisten menata taman
Sambil bersantai, penulis menyelongkar rahsia penjagaan laman pemilik yang sentiasa dalam keadaan segar walaupun dalam musim panas yang baru sahaja berlalu. Pemilik menyatakan “Yang menjadi kemestian adalah penyiraman secara rutin pada awal pagi dan lewat petang. Bukan sahaja pada pokok dan pohon renek, rumput juga tidak terkecuali. Masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk melakukan penyelenggaraan secara major termasuklah mencantas dan membaja. Kebiasaannya perkara tersebut akan kami peruntukkan di hujung minggu. Jika merancang percutian panjang, kami meminta jiran atau rakan-rakan untuk melakukan siraman sepanjang ketiadaan.” Jelas pemilik ringkas yang kelihatan mahir bertaman.
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik...