Penyewa dari ‘neraka’ larikan tingkap, bumbung dan pintu rumah. Seorang lelaki dari Deli Serdang, Sumatera Utara tidak menyangka rumah miliknya yang disewakan kepada individu dikenali sebagai MT berubah menjadi seperti bangunan usang hanya tinggal dinding batu bata tanpa pintu, bumbung dan tingkap.
Penyewa Dari ‘Neraka’ Larikan Tingkap, Bumbung Dan Pintu Rumah
Pemilik rumah yang dikenali sebagai Tumpal Simbolon berkata, dia hanya menyedari perkara tersebut ketika berkunjung ke rumah berkenaan di Dusun XI, Desa Banda Khalipah, Kecamatan Percut Sei Tuan minggu lalu untuk menuntut bayaran sewa daripada penyewa terbabit.
“Hanya tinggal struktur dinding batu bata,” katanya kecewa kepada Kompas.com pada Sabtu lalu.
Menurut Tumpal, dia percaya kerja-kerja merosakkan rumah tersebut dilakukan MT sekitar awal Julai lalu, ketika dia sedang sibuk menguruskan pengebumian anaknya.
Katanya, MT sebelum ini membeli rumah berkenaan pada tahun 2014 dan tinggal di situ selama 11 tahun. Namun, pada 30 Julai 2024, rumah tersebut telah berpindah milik kepadanya selepas urusan jual beli dimuktamadkan dengan harga 150 juta rupiah (kira-kira RM44,600).
@tkp_medanRumah disewakan Malah Tinggal Batu Bata Saja, Genteng dan Kusen Pintu Ikut Hilang Seorang pria di Deli Serdang, Sumatera Utara mengunggah kondisi rumahnya yang tinggal tembok saja setelah disewa oleh orang. Dalam video itu, pria tersebut memperlihatkan rumahnya di Jalan Cempaka Indah Gg Bahrum. No 23 A. Desa Bandar Khalifah Kecamatan Percut Sei Tuan. Rumahnya hanya tinggal tembok saja. Semua barang-barang di dalam rumah hilang dibawa kabur penyewa. Bagian atap, genteng, pintu hingga daun jendela hilang. “Ini kejadian rumah kita di gang Bahrum, rumah ini kita beli seharga Rp 150 juta. Hunian ditempati yang jual ini selama 1 tahun dengan sewa Rp 5 juta. Bulan 7 ini habis tempo, ternyata dia sudah pindah dan semua kosong diambil. Semua pintu diambil, seng-seng nya juga diambil. Tak ada lagi sisa, yang tinggal hanya batu bata,” ucap pria tersebut. Rumah itu hanya tersisa tembok depan, tengah dan belakang. Penyewa hanya meninggalkan bata dan aliran listrik saja.♬ suara asli – TKPMEDAN
Ads
Tumpal turut memaklumkan bahawa selepas pembelian, dia bersetuju untuk menyewakan semula rumah itu kepada MT dengan kadar sewa sebanyak 5 juta rupiah (sekitar RM1,485) untuk tempoh satu tahun.
Ads
Keadaan rumah yang dicat biru dan kini seperti dilanda ribut itu turut menjadi perhatian netizen selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok tkpmedan Ramai yang terkejut dan melahirkan pelbagai reaksi terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab penyewa terbabit.
Setakat ini, tidak diketahui motif sebenar MT merosakkan kediaman tersebut, namun kejadian itu mengundang simpati ramai terhadap nasib Tumpal yang baharu sahaja kehilangan anak dan kini diuji pula dengan kerosakan rumahnya.
Harga hartanah yang diramal merosot dari 10% hingga 15% berikutan wabak COVID -19 dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dunia. Penurunan harga hartanah ini dijangka lebih teruk jika dibandingkan pada tahun 1998, ketika Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan asia.
Peluang ini adalah kelebihan untuk pelabur hartanah dan pembeli rumah pertama. Tetapi ia tetap merungsingkan kerana masa depan ekonomi negara membuatkan pasaran sewa hartanah kurang menarik atas kebimbangan hilang punca pendapatan dan pekerjaan.
Pasaran hartanah sebenarnya banyak bergantung pada pertumbuhan ekonomi negara. Apa yang boleh dikatakan di sini, bagi yang mempunyai wang untuk melabur di dalam hartanah haruslah bijak. Manakala yang baru ingin membeli kediaman pertama, rebutlah peluang ini.
Apa pun pastikan anda membeli harga rumah yang mampu dengan duit poket anda. Agar tidak menjerat diri. Rancang sesuatu sebelum melakukannya. Miliki rumah sendiri lebih baik dari menyewa. anda membayar sewa beli akhirnya rumah itu menjadi milik anda. Jika anda menyewa ia tidak menjamin untuk masa depan anda. Renung dan pertimbangkan, jika mampu langsungkan niat anda untuk memiliki rumah sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Membeli rumah ini bukan benda boleh buat main sebab ia merupakan satu komitmen berpanjangan dan kadang-kadang komitmen sampai hujung nyawa kita. Jadi bila membeli rumah, belilah rumah yang tepat dan bersesuai dengan bajet kita berserta kejiranan yang bagus.
Rumah Teres Dua Tingkat Dijual Dengan Harga RM1.4 Juta, Reka Bentuk Buat Ramai Teruja!
Baru-baru ini, rumah teres dua tingkat di Shah Alam, Selangor diiklankan sehingga ia mencuri perhatian ramai di Facebook.
Kalau dilihat melalui gambar-gambar dalaman rumah ini yang dikongsikan di dalam kumpulan Facebook Iklan Bukit Jelutong oleh Zubir Jafre, mungkin ada yang tak percaya dengan apa yang dilihat.
Konsep reka bentuk moden kontemporari mewah
Rumah yang terletak di Shah Alam ini telah diubahsuai sepenuhnya dengan konsep reka bentuk moden kontemporari yang sangat mewah, sampai ramai yang berangan nak jadikan rumah ni sebagai ‘forever home’.
Rumah yang berstatus freehold ini terletak di kawasan berpagar dan dikawal 24 jam.
Dengan keluasan tanah 3,187 kaki persegi dan kawasan binaan sekitar 3,200 kaki persegi, rumah ini menawarkan ruang yang cukup luas dengan 5+1 bilik tidur dan 5+1 bilik air. Tak cukup dengan itu, dapur rumah ini pun lengkap dengan kabinet dengan reka bentuk elegan.
Dan bagi yang teliti, rumah ni menghadap ke arah selatan, membolehkan cahaya matahari masuk dengan sempurna sepanjang hari.
Bukan sekadar cantik di mata, ubah suai rumah ini semuanya diluluskan oleh majlis bandar tempatan.
Ini penting, sebab tak semua rumah yang diubah suai ikut piawaian, dan banyak yang terpaksa berdepan dengan isu perundangan selepas beli.
Di bahagian komen, ramai netizen puji dengan pilihan reka bentuk pemilik rumah yang penuh citarasa.
IMPIANA : Patut la harganya RM1.4 juta, lihat pula reka bentuknya. Pembeli baru cuma perlu masuk dengan kaki yang bersih je konsepnya.
Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA. Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang. Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!