Kelihatan amat usang, kotor dan berbau busuk hingga meloyakan tekak penghuninya. Itulah situasi ‘normal’ kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Namun, berbeza dengan video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @hanakamie, jelas terlihat perubahan besar pada kawasan kediaman tersebut sebelum dan selepas ia dihias.
PPR
Dinding-dinding yang dahulunya kusam dan hitam kini dihiasi dengan tanaman hijau, cermin, hiasan dinding dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Setiap sudut PPR ini dijaga rapi oleh penduduk sendiri yang bersatu tenaga mengecat dan menghias semula persekitaran mereka.
PPR
Malah, lantai yang dahulunya hanya bersimen kini ditukar kepada mozek yang lebih kemas dan menarik.
Ads
Siapa sangka, dengan kesepakatan dan usaha sama, kejiranan itu mampu mencipta suasana yang begitu selesa dan indah.
PPR
Lebih-lebih lagi, ini semua adalah hasil daripada usaha sepenuhnya oleh komuniti di situ.
“Untuk makluman ini adalah inisiatif Pertandingan (Kita – untuk – kita Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1),” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan pujian dan rasa kagum daripada warga maya terhadap inisiatif ini.
PPR
Rata-rata mereka memuji semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh penduduk PPR itu.
IMPIANA : Bagusnya kejiranan di PPR ni, biar tinggal di PPR, tapi mentaliti macam duduk di kondo mewah!
Ketahui Proses ‘Refinance’ Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah Untuk Dapatkan ‘Cashback’ Tutup Hutang Lain. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemilik kediaman untuk mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan ialah dengan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan.
Refinance adalah proses pembiayaan semula atau tukar pinjaman. Biasanya pembeli tak perlu buat apa-apa bayaran secara tunai kepada peguam sebab kos guaman boleh finance dalam pinjaman dan akan dibayar oleh lppsa/ bank direct kepada peguam.
Refinance terbahagi kepada : a) Pinjaman Bank tukar kepada LPPSA b) Pinjaman LPPSA tukar kepada Bank c) Pinjaman Bank tukar kepada bank lain
Proses refinance ni biasa orang buat sebab mereka nak dapatkan cash back daripada kenaikan harga rumah yang telah dibeli. Contohnya kita beli rumah pada tahun 2012 pada harga RM150K, tapi pada tahun 2024, mungkin rumah tu dah pun berharga RM250K, jadi ada cash back yang kita boleh dapat dari bank jika kita buat proses refinance ni.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kita juga boleh gunakan pinjaman perumahan kita untuk tutup hutang-hutang peribadi kita yang lain atau untuk KURANGKAN KOMITMEN BAYARAN BULANAN HUTANG-HUTANG kita.
Contohnya kita ada hutang:
a) Hutang rumah berharga RM150,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM680]
b) Hutang kereta loan RM60,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM600]
c) Pinjaman peribadi RM20,000.00 untuk 2 tahun [ anggaran bayaran bulanan RM885]
Katakan setelah 10 tahun, harga rumah yang kita beli itu telah naik harga pasarannya kepada RM300K, maka kita boleh memohon untuk proses refinance sebanyak RM270K di mana wang tersebut boleh dibelanjakan seperti berikut:
+ RM270,000.00 [ Jumlah yang kita DAPAT dari REFINANCE rumah]
– RM150,000.00 [ tolak untuk bayar hutang rumah. Hutang rumah lama selesai]
– RM60,000.00 [ tolak untuk bayar hutang kereta. Hutang kereta selesai]
– RM20,000.00 [Tolak untuk bayar pinjaman peribadi. Pinjaman Peribadi selesai]
= kita bayar habis hutang kereta dan pinjaman peribadi, tapi di tangan ada wang lebihan sebanyak RM40,000.00
Jika dikira, sebelum kita buat proses refinance, kita ada 3 bayaran bulanan (pinjaman rumah, kereta dan pinjaman peribadi) yang perlu dibuat setiap bulan. jumlah bayaran bulanan yang perlu dibuat untuk 3 pinjaman ini adalah= RM2,165.00
Tetapi setelah kita buat proses refinance, daripada kita ada TIGA (3) PINJAMAN, kita dah tinggal 1 pinjaman kerana 2 lagi pinjaman sebelum ini kita dah bayar hutangnya. namun bayaran bulanan pula dah dikurangkan kepada= RM1,320.00 berbanding RM2,165.0 yang perlu dibayar sewaktu kita ada 3 pinjaman tadi.
Pengiraan di atas adalah contoh ilustrasi bagaimana hutang-hutang yang banyak tersebut dibayar dan disatukan. Sebenarnya pembeli rumah membuat proses refinance ni atas pelbagai sebab tersendiri.
Untuk makluman juga, bagi tujuan refinance ni, sekiranya kita layak, kita tidak perlu bayar apa-apa kos kerana kos tersebut kita oleh finance dan bank yang akan bayar kos tersebut kepada peguam. Jadi kita tak perlu keluarkan wang kita sendiri untuk buat proses refinance ini.
Cuma kalau nak buat proses refinance ni….kita kena pastikan harga rumah kita dah naik harga pasarannya, jadi seeloknya kita buat refianance ni paling cepat pun dalam tempoh 5 tahun dari tarikh kita beli rumah tu.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi panduan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan bagi mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan.
Rumah pemain lagenda bola keranjang Amerika, Michael Jordan di Chicago akhirnya berjaya dijual pada harga AS$14.8 juta (RM63 juta) hanya selepas berada di pasaran selama lebih sedekad, lapor akhbar New York Post.
Saluran berita TMZ Sports melaporkan, lagenda Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) itu memeterai perjanjian dengan seorang pembeli.
Hartanah seluas 2.8 hektar (5.000 meter per segi) yang dibina pada 1995 itu terletak di kawasan elit Highland Park, Illinois. Ia mempunyai 9 bilik tidur, 19 bilik air, gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, wayang, gimnasium, kolam renang, perpustakaan dan sebagainya.
Ia juga dilengkapi dengan gelanggang tenis, kolam renang, tiga garaj kereta dan pintu gerbang dengan nombor signatur Jordan iaitu 23.
Pada 2012, rumah mewah itu diiklankan untuk dijual pada harga AS$29 juta (RM123 juta) sebelum nilainya dikurangkan pada 2015. Rumah tersebut pernah dihuni oleh Michael Jordan sehingga akhir 1990-an, tatkala dia membawa Chicago Bulls menjuarai tiga gelar juara National Basketball Association (NBA). Jordan saat ini menduduki orang ke-1.001 terkaya di dunia.
IMPIANA: Memang luas dan mewah rumah milik lagenda Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Michael Jordan ini. Namun hanya selepas lebih sedekad, baru lah berjaya dijual itupun selepas dilelong dan diturunkan harga hartanah ini.
Bahagianya mempunyai rumah hujung minggu yang dikeliling permandangan bukit bukau semulajadi yang cukup indah. Saujana mata memandang, terpesona melihat panorama kehijauan yang cukup mendamaikan.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Datin Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas,41 ada berkongsi cerita rumah hujung minggu milik keluarganya yang dinamakan Tapah Wanra Hill.
‘Wanra’ merupakan gabungan nama ibu dan ayah Dynas sendiri iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dan Datin Rasiah Shaharuddin.
Rumah tersebut baru sahaja siap dibina di atas bukit dan terletak di Tapah, Perak. Menurut Dynas, rumah tersebut didirikan di atas tanah pusaka, mempunyai laman yang cukup luas dan permandangan yang sangat cantik berlatarbelakangkan bukit bukau.
Menariknya rumah tersebut berkonsepkan ‘Industrial Rustic’ dengan material bata merah dan lepaan simen menjadi kemasan utama kediaman. Manakala dekorasi rumah dan bilik pula dihias dengan cukup ringkas namun selesa, serta perletakan barangan dan perabot asas sahaja.
Rumah hujung minggu ini mempunyai 4 buah bilik iaitu bilik ibu dan ayah di tingkat bawah, bilik anak-anak, bilik adik beradik lelaki dan bilik dynas sendiri. Di samping, rumah ini turut mempunyai kolam renang dan dapur terbuka.
Menurut Dynas lagi, Tapah Wanra Hill ini terletak di atas bukit dan perlu menaiki kereta pacuan 4 roda untuk sampai ke sana.
Tahniah Dynas dan keluarga. Cantik sungguh permandangan rumah ini bersesuaian dengan konsep kediaman yang menjadi pilihan.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.