Kipas yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk memastikan aliran udara yang mencukupi dalam sesebuah ruang, terutamanya dalam cuaca panas.

Namun, apabila kipas tidak berputar dengan laju seperti yang diharapkan, ia boleh menjadi kurang efektif dan menyebabkan ketidakselesaan.

Oleh itu, adalah penting bagi mengetahui cara untuk memperbaiki kipas agar dapat berputar dengan lebih laju untuk keselesaan sendiri.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana kaedahnya untuk membuatkan kipas ‘stand‘ berpusing lebih laju, ikuti panduan yang telah dikongsikan oleh @lutfyhady ini.

Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal

1. Buka sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.

3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).

Ads

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.

Ads

7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.

Kipas Lama, Pusing Macam Baru! Ini Cara DIY Buat Kipas ‘Stand’ Perlahan Jadi Laju Balik!

8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.

9. Siap semua skru balik mcm asal.

Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-

Ads

1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
2. Replace ikut tips di atas
3. Pasang semua balik. Selesai !

Ok dah laju

Sumber:@lutfyhady

Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

Sumber: Amy Mohd

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI