Ramai yang suka reka bentuk dapur moden dengan kabinet bawah dapur yang kemas dan tertutup rapi. Nampak sleek dan minimalis, memang cantik tapi awas!
Kalau kabinet dapur yang menempatkan tong gas tak ada lubang pengudaraan, ia boleh jadi punca letupan yang sangat berbahaya. Nampak remeh, tapi ini soal keselamatan nyawa.
Perkongsian pengalaman ngeri yang terjadi pada jiran Anis Hafiza sewaktu ingin memasak ini antaranya. Dikatakan, kabinet dapur gas jirannya tidak mempunyai ruang udara untuk mengalir keluar masuk yang kemungkinan menjadi punca kepada letupan itu.
Ads
Bulan lepas rumah jiran hujung sana, di timpa kemalangan kecil. Dapur gas meletup. Terbakar juga pada wifenya 13%.
Kesnya, kabinet dapur sekarang tiada lubang dan tiada kedap udara, sama ada belakang ruang dinding dan hadapan pintu kabinet dapur. Jadi, sekurang-kurangnya tebuk lah sedikit lubang udara.
Kejadiannya gas meletup dalam tempoh 15 minit semasa masak untuk berbuka puasa. Saya ada juga tebuk buat ruang udara tapi ruang bawah lah.
Ads
Ini pun risau takut cik pas dan cik cak (lipas dan cicak) yang buat sarang telur dekat lubang itu. Jadi, buat teman-teman yang buat kabinet design terkini, pastikan ada ruang pengudaraan.
Tip Tambahan Untuk Dapur Lebih Selamat
Elakkan simpan barang dalam kabinet gas – biar kosong dan lapang.
Gunakan penutup kepala silinder gas (regulator) jenis automatik dan berkualiti.
Periksa paip gas dan kepala sambungan secara berkala.
Pasang alat pengesan kebocoran gas (gas detector) sebagai langkah tambahan.
IMPIANA : Keselamatan rumah bermula dari perincian kecil. Jangan biarkan dekorasi cantik menutup risiko bahaya. Pastikan kabinet dapur anda bukan sekadar sedap mata memandang tapi juga selamat dan mesra pengguna. Kalau nak selamat, lubang pengudaraan adalah wajib, bukan pilihan!
BELI RUMAH Jangan Hanya Sebab Cantik, Kena Tahu Plan Jangka Panjang ELAK Kena Lelong. Banyak perkara perlu dipertimbangkan apabila bercadang untuk membeli rumah impian. Ia bukan sekadar jatuh cinta dengan rekabentuk rumah yang cantik semata-mata, namun paling penting pastikan pinjaman perumahan yang diambil juga mempunyai perlindungan untuk plan jangka panjang. Ini kerana malang tidak berbau.
Orang selalu ingat bila rumah kena lelong tu, sebab tuan rumah tak bayar… Tapi tak semua cerita semudah tu.
Ada satu kes ni… suami isteri muda. Baru 5 tahun duduk rumah tu. Beli masa tengah bahagia, masa kerja dua-dua stabil. Loan pun atas dua nama, joint loan. Lepas anak kedua lahir, isteri berhenti kerja. Kos jaga anak tinggi, takde siapa boleh tolong. Masa tu, si suami kata takpe, dia boleh tanggung semua.
Tapi tak lama lepas tu, suami terlibat kemalangan. Lumpuh. Tak boleh kerja. Duit simpanan makin habis. Bayaran rumah tertunggak, bulan ke bulan, sampai 6 bulan tak bayar.
Bank mula hantar surat. Satu… dua… sampai surat merah datang ‘Notis Lelong’. Masa tu baru betul-betul panik. Tapi dah terlambat.
Tahu tak apa yang paling sedih?
Isteri tak tahu pun loan rumah tu tak ada perlindungan MRTT. Tak ada hibah. Tak ada backup plan.
Dan paling pedih rumah tu atas dua nama, tapi duit bulanan semua si suami yang bayar. Jadi bila si suami dah tak mampu, bank tak peduli siapa bayar dulu. Yang penting ‘bayaran mesti jalan, kalau tak rumah kena tarik.’
Sebab tu saya selalu pesan jangan beli rumah semata-mata sebab cantik. Kena tahu plan jangka panjang. Bila buat loan, pastikan ada perlindungan. Jangan sayang nak tambah sikit untuk MRTT. Pastikan ada dokumen backup kalau salah seorang jatuh sakit, meninggal, atau hilang upaya.
Kalau sekarang ada rumah, tapi tak tahu status perlindungan loan, baik semak balik.
Kalau ada yang tengah plan nak beli rumah, jangan ulang silap orang lain. Jangan sampai rumah impian jadi rumah yang dilelong.
Sebab… bila rumah dah masuk sistem lelong, bukan saja susah nak selamatkan, tapi ia akan jadi luka dalam hidup yang sangat dalam.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Biarlah pemilik kediaman membayar lebih sedikit untuk perlindungan perumahan, supaya rumah kekal ada dan tidak dilelong oleh bank kerana tak mampu untuk membayar, sekiranya menghadapi malapetaka kelak.
Lampu bukan sekadar alat untuk menerangi ruang rumah, malah ia juga elemen dekorasi penting yang boleh menaikkan seri dan mood sesebuah ruang. Kalau anda nak rumah kelihatan moden dan bergaya, pemilihan lampu hiasan yang tepat sangat penting. Jangan risau, kami kongsikan beberapa pilihan lampu hiasan moden yang mudah didapati dan sesuai untuk pelbagai ruang dalam rumah anda.
Lampu gantung jenis minimalis sangat popular sekarang kerana bentuknya yang simple dan kemas. Ia sesuai digantung di ruang makan, dapur atau ruang tamu untuk menambah fokus pada satu bahagian ruang. Pilih lampu dengan rekaan geometric atau bentuk bulat halus untuk sentuhan moden yang effortless.
Lampu meja bukan sahaja berfungsi untuk pencahayaan tambahan, tapi juga boleh jadi hiasan meja yang menarik. Cari lampu meja dengan rekaan futuristik seperti bentuk abstrak atau material logam matte. Letakkan di sisi sofa atau meja sisi katil supaya ruang nampak lebih bergaya dan cozy.
Lampu lantai tinggi yang ringkas sesuai untuk sudut bacaan atau ruang santai. Pilih lampu dengan tiang yang slender dan warna neutral seperti hitam, putih, atau kelabu. Lampu ini boleh beri pencahayaan lembut, ideal untuk mencipta suasana tenang dan moden.
Kalau ruang anda terhad, lampu dinding boleh jadi penyelesaian. Rekaan lampu dinding kontemporari biasanya tampak sleek dan moden, dengan bentuk linear atau bulat yang tidak mengambil banyak ruang. Ia juga boleh jadi highlight pada dinding kosong yang membosankan.
Teknologi lampu LED pintar semakin mendapat tempat dalam dekorasi moden. Selain jimat tenaga, anda boleh kawal warna dan intensiti cahaya ikut mood. Sesuai sangat untuk ruang keluarga atau bilik tidur, di mana suasana boleh diubah dengan mudah hanya melalui telefon pintar.
Dengan memilih lampu hiasan yang tepat, anda bukan sahaja meningkatkan fungsi pencahayaan, malah turut menaikkan gaya dan aura moden dalam rumah anda. Jangan takut untuk bereksperimen dengan rekaan dan warna lampu supaya ruang rumah anda lebih unik dan personal!
Bila guna mesin pengering, satu masalah biasa yang ramai hadapi ialah pakaian keluar berkedut-kedut macam belum lipat seminggu. Nak gosok satu-satu lepas tu? Memang boleh bikin stres!
Tapi jangan risau — ada cara mudah untuk elak pakaian jadi terlalu berkedut tanpa perlu ‘berperang’ dengan seterika tiap hari. Nah, ini dia tips ringkas tapi menjadi, khas untuk anda yang nak hidup lebih mudah dan bergaya!
Mesin pengering bukan tong sihir. Kalau terlalu padat, pakaian tak boleh berpusing bebas dan haba tak sampai rata. Akhirnya, baju keluar berkedut-kedut sebab bertindih dalam suhu panas. Tip: Muatkan pakaian sekitar ¾ penuh sahaja.
Kebanyakan mesin moden ada fungsi khas anti-kedut. Ia akan teruskan pusingan perlahan walaupun pengeringan dah habis — untuk elakkan pakaian ‘terperap’ statik dalam haba.
Jangan tunggu 30 minit baru buka pintu dryer. Lagi lama baju duduk dalam tu, lagi teruk kedut dia. Tip mudah: Set reminder atau alarm masa dryer hampir habis.
Lepas keluarkan baju, goncang satu-satu untuk ‘longgarkan’ kedutan sebelum lipat. Kalau terus gantung atas hanger, lagi cepat hilang kedutnya — especially untuk baju kemeja atau blouse nipis.
Pelembut fabrik bantu lembutkan tekstur kain dan kurangkan static. Bila kurang static, pakaian tak melekat antara satu sama lain dan kurang berkedut. Nak lagi best? Guna dryer ball (bola pengering) — buat pakaian lebih cepat kering dan kurang renyuk.
Gantung satu iron station mini dekat ruang laundry — untuk pakaian yang tetap keras kepala walaupun dah ikut semua tip. Tapi percayalah, dengan tips atas ni, kerja menggosok akan jadi minimum!
IMPIANA : Tak perlu jadi hamba seterika kalau tahu cara bijak urus pakaian lepas guna mesin pengering. Dengan beberapa langkah mudah dan konsisten, baju keluar dryer pun dah nampak macam baru gosok — jimat masa, jimat tenaga!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.