Rumah yang cantik bukan sekadar hasil hiasan mahal atau perabot ‘aesthetic’. Kadang-kadang, rumah nampak semak dan ‘berat’ disebabkan barang-barang yang dah lama tak berguna tapi masih disimpan.
Lebih teruk, ia boleh jadi penyumbang kepada aura negatif dan gangguan emosi tanpa kita sedar!
Kalau anda nak rumah yang lebih kemas dan ‘healing’, ini 15 item ‘toksik’ yang patut anda buang atau dermakan hari ini juga:
1. Baju Lama Yang Dah Bertahun Tak Pakai
Kalau dah lebih 1 tahun tak sentuh pun, besar kemungkinan anda takkan pakai lagi. Bagi pada yang memerlukan.
2. Botol Kosmetik Tamat Tempoh
Makeup dan skincare yang dah expired bukan je tak berfungsi, malah boleh sebabkan kerengsaan kulit.
3. Pinggan Mangkuk Sumbing / Retak
Selain tak selamat digunakan, ia dikaitkan dengan feng shui buruk. Simbolik pada ‘retak’ dalam kehidupan.
Ads
4. Wayar & Kabel Elektrik Tak Dikenalpasti
Boleh jadi bahaya jika terpasang. Kalau tak tahu milik siapa atau untuk apa, buang atau kitar semula.
5. Majalah & Surat Khabar Lama
Membiak habuk, jadi sarang lipas & menyesakkan ruang. Kecuali yang sentimental atau koleksi khas.
6. Peti Plastik & Tupperware Tanpa Penutup
Selalu simpan “sebab sayang”, tapi realitinya tak digunakan pun. Buang yang tak cukup pasangan.
7. Bantal Lama Lebih 2 Tahun
Bantal lama simpan debu, peluh & hama. Tukar untuk tidur yang lebih sihat dan lena.
8. Barang Elektronik Rosak
Televisyen, blender, seterika yang rosak bertahun – simpan sebab “nanti baiki”, tapi tak pernah pun. Masa untuk lupuskan.
Ads
9. Produk Pembersih Hampir Kosong
Botol sabun cecair atau pencuci yang tinggal sisa je, tapi berlapis-lapis di bawah sinki? Masa untuk bersihkan.
10. Kalendar & Planner Lama
Kecuali yang sentimental, kebanyakan cuma tambah kekusutan visual. Let go untuk beri ruang baru.
11. Kasut & Beg Rosak
Kalau tapak tercabut, zip rosak, dan dah lama tersadai, jangan bertangguh – buang atau dermakan kalau masih boleh guna.
12. Mainan Rosak / Tak Diguna Anak
Anak pun dah tak sentuh, tapi ibu bapa yang simpan. Pilih yang nak dijadikan kenangan, selebihnya – sumbang atau buang.
Ads
13. Perabot Lama Yang ‘Makan Ruang’
Kerusi buruk, meja tak stabil – kalau tak diperlukan dan tak beri nilai estetik, mungkin dah sampai masa ucap selamat tinggal.
14. Peti Ais Penuh Barang Expired
Periksa satu-satu – sos tamat tempoh, makanan sejuk beku 2 tahun lalu, atau aiskrim keras macam batu.
15. Hiasan Rumah Yang Tak Lagi ‘Sparking Joy’
Gambar dinding yang buat anda rasa serabut? Pasu bunga plastik penuh habuk? Tukar atau buang, rumah anda patut jadi tempat damai.
IMPIANA : Semoga bermanfaat, memang ‘sayang’ nak buang, tapi barang-barang ni boleh jadi punca masalah kesihatan dan ruang yang sempit. Ambil masa hujung minggu ni, jenguk satu-satu masa untuk buang dari rumah anda.
Dengan penggunaan kreatif, cermin bukan sahaja boleh dijadikan medium untuk kita memeriksa penampilan malah ia juga boleh dijadikan alat pantulan cahaya, dan secara amnya meningkatkan mutu deko sesuatu ruang. Selain itu, cermin juga terkenal dengan fungsinya yang mampu memberikan ilusi ruang yang lebih luas serta menonjolkan lagi aksesori atau perhiasan kegemaran anda melalui pantulan yang dapat dilihat dari sudut yang berbeza. Dengan penggunaan yang betul dan sesuai cermin dapat membangkitkan perasaan elegan serta dapat membentuk karakter sesuatu ruang.
Ini adalah senarai idea penggunaan cermin bagi membantu anda memberi life terhadap kediaman anda.
Pencahayaan Semulajadi
Apabila anda meletakkan cermin di tempat yang betul di dalam bilik, ia mewujudkan peluang untuk anda mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi. Untuk berbuat demikian, letakkan cermin bersebelahan dengan tingkap untuk menangkap cahaya matahari dan melantun pada keseluruhan bilik dengan sempura.
Menambah Tekstur
Cermin boleh digunakan untuk menambah tekstur pada ruangan dengan dua cara. Yang pertama adalah dengan memasang bingkai cermin bertekstur yang dramatik bagi menampakkan ilusi tiga dimensi pada dinding. ia juga boleh berfungsi sebagai focal point dalam mana-mana bilik. Cara kedua untuk menambah tekstur pada ruang adalah dengan meletakkan cermin pada posisi di mana ia mencerminkan objek bertekstur dalam ruang tersebut seperti pasu kristal atau meja kopi rustic.
Ciptakan Ilusi Ruang
Lebih besar cermin, lebih banyak ilusi ruang yang akan tercipta. Fikirkan dengan teliti tentang sudut bilik yang anda mahu highlight. Sebagai contoh, leletakkan cermin bertentangan dengan tingkap dan ia mampu memantulkan kedua-dua cahaya semula jadi serta kehijauan ke dalam ruang yang lebih kecil. Dalam ruang berkumpul seperti ruang makan atau ruang tamu, cermin yang lebih besar boleh meningkatkan suasana ceria dengan memberikan ilusi lebih tetamu.
Hiasi Hallway Yang Hambar
Hallway atau laluan masuk utama akan serta merta kelihatan lebih welcoming dengan kehadiran cermin besar memenuhi dinding. Ia juga dapat membangkitkan perasaan teruja selain menjadi pelengkap aksesori lain dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...