Jimat RM100 sebulan hanya dengan tutup suis mesin penapis air setiap malam. Seorang pengguna media sosial telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi cara mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan bil elektrik bulanan di rumah.
Jimat RM100 Sebulan Hanya Dengan Tutup Suis Mesin Penapis Air Setiap Malam
Hanya dengan mematikan suis mesin penapis air setiap malam, wanita ini berjaya menjimatkan sehingga RM100 sebulan.
Menerusi satu hantaran di platform threads, pengguna bernama Airinsuhaniz menjelaskan bahawa dia mengambil inisiatif untuk menutup suis mesin penapis air jenis Coway setiap hari bermula jam 11 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya. Hasilnya amat memberangsangkan.
View on Threads
Ads
“Nampak gaya berhasil juga saya nak turunkan bil elektrik rumah. Saya tutup ‘plug’ Coway setiap malam dari 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokannya.
Adalah jugak pengurangan RM100 dari bulan lepas,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut memberi pandangan serta berkongsi kaedah penjimatan mereka sendiri dalam menguruskan penggunaan elektrik harian.
Berikut komen-komen warga maya:
Ads
Ads
Melalui pengalaman yang dikongsi ini, jelas menunjukkan bahawa langkah mudah seperti menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan boleh memberi impak besar terhadap jumlah bil bulanan. Malah, ia juga menggalakkan amalan gaya hidup lebih cekap tenaga dalam kalangan masyarakat.
Ibu tunggal bina rumah idaman dengan Tulang Empat Kerat, Tengok YouTube Saja. Pada saat kebanyakan orang memilih menyerahkan urusan pembinaan rumah kepada kontraktor atau tukang profesional, seorang wanita cekal di Pahang tampil dengan kisah luar biasa apabila membina sendiri rumah impiannya menggunakan kudrat sendiri.
Memetik Sinar Harian, Auni Hazwani Faizun, 33, seorang ibu tunggal membuktikan tiada apa yang mustahil apabila dia sanggup memikul simen, memasang besi dan membina dinding seorang diri demi merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman sendiri.
Berikut video daripada akaun TikToknya @wani Faizun
Menurut Auni, minat terhadap dunia seni sudah sebati dalam dirinya sejak kecil, namun dia tidak pernah menyangka minat itu akhirnya membawa kepada dunia pertukangan dan pembinaan rumah.
“SEBENARNYA DAH LAMA SAYA PASANG IMPIAN NAK ADA RUMAH SENDIRI. TAPI BILA BUAT KIRA-KIRA UNTUK UPAH TUKANG, KOSNYA MEMANG SAYA TAK MAMPU. JADI SAYA NEKAD BUAT SENDIRI, PERLAHAN-LAHAN.
“Dulu saya suka melukis, tapi bila dah besar, minat itu berkembang ke arah buat sendiri atau DIY. Saya terinspirasi lepas tengok rancangan TV pasal tiny house, dari situ saya belajar dan pasang niat satu hari nanti mesti bina rumah sendiri,” katanya.
Auni berkata, walaupun tidak mempunyai asas teknikal dalam bidang pembinaan, dia tetap berusaha belajar semuanya sendiri.
“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah,” katanya berseloroh.
Tambahnya, bahagian paling mencabar adalah di peringkat awal pembinaan yang memerlukan kekuatan fizikal.
“Awal-awal dulu memang susah sebab tak ada alat macam concrete mixer, jadi semua kena buat manual. Bancuh simen, siapkan ground beam, slab lantai, lintel, semua saya buat sendiri. Memang letih, tapi saya kuatkan semangat.
“Tipulah kalau kata tak pernah rasa nak putus asa, ada masanya memang penat sangat. Tapi saya berehat sekejap, tarik nafas, kemudian sambung balik. Bila dah mula, rugilah kalau berhenti separuh jalan,” katanya.
Menurut Auni lagi, dia juga tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal orang sekeliling yang mempersoalkan kemampuannya.
“Ramai juga yang ragu-ragu, tak yakin saya boleh buat. Tapi saya abaikan semua itu. Kalau saya nak sesuatu, saya akan kejar sampai dapat, tak kisah apa orang nak kata,” ujarnya.
Kini, rumah yang dibina sendiri oleh Auni sudah siap kira-kira 70 peratus, mengambil masa sekitar dua tahun setengah, jauh lebih cepat berbanding sasaran asal selama lima tahun.
Ditanya apa pesanan untuk wanita lain yang ingin mengejar impian, Auni berkongsi kata-kata penuh makna.
“Kalau kita rasa cita-cita kita besar, percayalah ALLAH itu jauh lebih besar. Tak ada yang mustahil bagi-NYA. Kita minta dengan yakin, usaha sungguh-sungguh, Insya-ALLAH, cepat atau lambat, DIA akan bantu,” katanya.
Kisah Auni yang sanggup membina rumah impian dengan tenaga sendiri mendapat perhatian masyarakat termasuk di media sosial.
Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif kerana majoriti yang memberikan reaksi adalah positif.
“Memang ramai yang terkejut dan kagum sebab bukan biasa dengar perempuan buat kerja berat macam ini, buruh bina rumah, buat semua seorang diri. Tapi saya dapat sokongan yang sangat baik, yang negatif pun ada tapi sikit sangat, saya tak ambil pusing,” katanya.
Kisah Auni bukan hanya tentang membina sebuah rumah, sebaliknya adalah lambang kekuatan, harapan dan keyakinan terhadap diri sendiri.
Ia menjadi inspirasi buat wanita lain untuk percaya, tiada yang mustahil jika ada usaha dan tekad yang tinggi.
Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari. GAJET DAPUR sememangnya memudahkan kerja dan menjimatkan masa di dapur. Namun AWAS dan kena lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik seperti ‘Chopper’ yang lebih ringan dan mempunyai bilah tajam serta mudah tercabut. SILAP percaturan boleh merana jari & membahayakan diri.
Bukan apa banyak kes kemalangan di dapur terjadi AKIBAT pengguna leka dan cuai ketika menggunakan chopper ini.
Perkongsian daripada Zera Zawawi ini boleh dijadikan pengajaran. Kejadian berlaku 2 bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi. Kesilapan diri tidak menutup suis dan ingin membetulkan bilah (blade) yang terjatuh dan tercabut menyebabkan urat pada jarinya putus.
Ini perkara penting perlu diambil ketika menggunakan Chopper di dapur.
-Jangan masukkan tangan ke dalam mangkuk semasa pisau sedang bergerak.
-Pastikan chopper dalam keadaan OFF dan dicabut plug sebelum bersihkan atau pasang pisau.
-Jangan guna untuk bahan terlalu keras (contoh: tulang), boleh rosakkan bilah dan motor.
-Gunakan penutup dengan betul pastikan ia terkunci sebelum mula.
-Simpan chopper di tempat selamat dan jauh dari capaian kanak-kanak.
– Paling penting pastikan chopper mempunyai kelulusan SIRIM dan bukan beli sebab murah dan ikut trend!
Jangan perjudikan keselamatan diri.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Tak salah untuk menggunakan gajet dapur seperti chopper kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa di dapur. Namun paling penting kena utamakan keselamatan dan tidak cuai ketika menggunakannya.
Ramai salah guna dryer dobi, ini cara betul supaya baju betul-betul kering. Mungkin ramai yang sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri setiap minggu. Biasanya, selepas mencuci pakaian, kita terus masukkan ke dalam mesin pengering untuk dikeringkan.
Namun, ada masanya pakaian masih lembap apabila sampai di rumah walaupun sudah keringkan lebih 30 minit dalam dryer. Mahu atau tidak, terpaksa juga jemur semula di rumah.
Sebenarnya, ini berlaku kerana ada kesilapan ketika menggunakan mesin pengering yang ramai tak sedar. Menurut perkongsian oleh Salkukhairi Sukor, ada beberapa langkah penting yang perlu diikuti agar pakaian dapat dikeringkan sepenuhnya dalam satu kitaran sahaja.
Ramai yang terbiasa mencampakkan terus pakaian yang masih basah dan berpuntal-puntal ke dalam mesin pengering. Cara ini salah kerana ia menyebabkan pakaian tidak dapat berkembang dengan baik semasa proses pengeringan. Akibatnya, bahagian tebal seperti pinggang dan kaki seluar akan kekal lembap walaupun masa pengeringan sudah lama.
Sebelum masukkan ke dalam mesin, pastikan anda perah dan kibas pakaian terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan sisa air pada kain dan bantu pakaian untuk tidak melekat atau terbelit antara satu sama lain.
Masukkan pakaian satu persatu ke dalam mesin dalam keadaan terbuka dan kembang. Susun secara berlapis supaya terdapat ruang antara pakaian yang membolehkan udara panas bergerak dengan lebih efisien.
Apabila pakaian tersusun dengan betul, pengeringan akan lebih sempurna dan boleh siap dalam masa sekitar 30 ke 35 minit sahaja — cukup untuk satu bakul pakaian. Ini bukan sahaja jimat masa, malah jimat duit kerana tidak perlu tambah syiling untuk panjangkan masa.
Kelebihan lain bila ikut cara ini, pakaian akan keluar dari mesin dalam keadaan kurang berkedut dan lebih senang dilipat terus tanpa perlu diseterika.
Kalau anda selalu berdepan masalah pakaian tak kering di dobi, cuba amalkan teknik ini setiap kali guna dryer. Hasilnya pasti berbeza, tak perlu jemur semula atau buang masa dan duit.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.