Siapa sangka, tanaman rosel yang selama ini dikenali dengan jus menyegarkan rupanya menyimpan begitu banyak potensi. Hanya dengan sepokok, pengusahanya mampu memperoleh hasil buah yang banyak dan pelbagai guna.
Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan
Menurut seorang pengusaha tempatan, menanam rosel sememangnya berbaloi kerana hampir setiap bahagiannya boleh dimanfaatkan. Buahnya boleh dijadikan jus dan jem, manakala pucuk mudanya pula enak dijadikan sayur bening. Menariknya, di benua Afrika, biji rosel turut dijadikan makanan kerana mengandungi minyak yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Rosel turut dikenali sebagai sumber antioksidan yang tinggi. Kandungan ini sangat baik untuk kesihatan kulit, membantu memperbaiki sel kulit mati, mencerahkan kulit kusam, memudarkan parut, serta melembapkan dan menganjalkan kulit secara semula jadi. Penggunaan secara konsisten mampu menyerlahkan kulit yang lebih muda dan berseri.
Disebabkan hasil tuaian rosel yang melimpah, buah-buah yang sudah tua dibiarkan menjadi benih. Rosel sangat mudah bercambah, menjadikan ia tanaman yang mudah dijaga. Baki buah pula diolah menjadi sabun buku dwifungsi yang boleh digunakan untuk muka dan badan.
Ads
Sabun rosel ini ternyata memberi kesan positif terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah kulit kering. Bahkan, menurut pengusaha tersebut, sabun ini juga menunjukkan kesan yang baik kepada pengguna yang menghidap eczema.
Asalnya, sabun rosel dihasilkan semata-mata untuk mengelakkan pembaziran buah roselle yang tidak sempat diproses. Namun, tidak disangka pula hasil sabun organik ini berjaya membantu ramai pengguna yang mempunyai masalah kulit.
Ads
Inisiatif ini bukan sahaja berjaya mengurangkan pembaziran hasil tanaman, malah membuka ruang baharu dalam penghasilan produk penjagaan diri berasaskan bahan semula jadi. Alhamdulillah, kini sabun rosel bukan sekadar solusi untuk lebihan buah, bahkan menjadi rawatan semula jadi yang diyakini ramai.
Ramai salah tanam kantan, sebab itu pokok tak berbunga langsung. Pokok kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior merupakan tanaman tropika yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga penting dalam masakan tradisional seperti laksa, asam pedas dan kerabu.
Namun, walaupun nampak seperti pokok kampung biasa, ramai yang gagal mendapatkan hasil bunganya walaupun pokok kelihatan subur dan rimbun. Ini biasanya berpunca daripada teknik penanaman yang kurang tepat serta kekurangan pengetahuan tentang keperluan sebenar pokok ini.
Cuba tanya 100 orang, berapa ramai yang tahu sebenarnya mereka dah salah tanam kantan, sampai pokok tak berbunga, rimbun daun saja, dan yang paling lucu… ada yang dah dua tahun tanam tapi tak pernah tengok rupa bunga pun.
Saya pernah jadi salah seorang daripada mereka. Waktu mula tanam kantan dulu, saya fikir,
“Ahh, pokok kampung je ni. Tanam je lah.”
Tapi kantan ni bukan sembarangan pokok. Dia manja, dia degil, dan dia ada perangai yang kalau tak kenal betul-betul, dia akan mogok tumbuh macam orang perempuan merajuk.
Ramai tanam dalam pasu sempit kononnya nak jimat ruang dan hias laman rumah. Tapi kantan ni rimpangnya agresif. Bila dipaksa duduk dalam ruang sempit, dia akan merajuk dan tak mahu berbunga. Lebih teruk kalau pasu jenis plastik murah — panas, cepat kering, dan sistem saliran pun lemah. Akhirnya pokok terus ‘dwarf’ sampai ke sudah.
Tanah berasid ibarat musuh dalam selimut. Nampak pokok macam sihat, tapi akar dah mula lemas. Bila pH tak betul, baja pun tak berkesan. Pokok macam makan, tapi tak kenyang.
Kalau tanam di tempat redup, bawah bumbung zink atau tepi parit, jangan haraplah nak tengok bunga keluar. Kantan perlukan sekurang-kurangnya enam jam cahaya matahari terus setiap hari. Dia tak suka tempat murung. Cahaya penting untuk aktifkan pertumbuhan bunga. Tanam di tempat redup, pokok akan naik tinggi tapi batang lembik. Daun banyak, bunga tak muncul.
Nak maksimumkan ruang, sampai tanam terlalu rapat. Tapi kantan suka ‘bernafas’. Bila terlalu padat, pokok akan berebut cahaya, makanan dan ruang. Semua jadi kurus dan stress. Rumpun pun tak sihat. Rumpun yang sihat perlukan ‘privacy’ — macam orang tengah healing.
Ramai terus bagi baja buah waktu pokok baru sebulan. Ini silap besar. Pokok muda perlukan baja subur untuk bina akar, batang dan daun. Bila terus diberi baja buah, pokok jadi keliru, macam budak darjah satu kena jawab soalan SPM.
Kantan memang suka lembap, tapi bukan sampai banjir. Akar akan reput kalau air bertakung. Bila reput, kulat datang, siput babi pun meriah. Pokok akan layu perlahan-lahan, bukan sebab tak disiram, tapi sebab lemas.
Daun rosak kalau dibiarkan, tarik serangga dan kulat. Pokok buang tenaga jaga daun yang sepatutnya dah ‘dikebumikan’. Tenaga tu sepatutnya pergi ke penghasilan bunga baru.
Tanah liat pegang air terlalu lama. Tanah pasir pula tak simpan nutrien. Kena buat campuran tanah yang betul, baru pokok senyum.
Kantan perlu dicantas. Bukan semua rumpun perlu disayangi. Rumpun tua halang tumbesaran rumpun muda. Tapi hati-hati, salah potong, pokok boleh terkejut. Cantas waktu pagi guna parang tajam dan pilih rumpun yang betul-betul tua.
Kantan bukan pokok jangka pendek. Ramai putus asa sebab lepas enam bulan belum keluar bunga. Hakikatnya, kantan ambil masa 12 hingga 18 bulan untuk matang dan berbunga. Ini bukan cili atau kangkung. Ini tanaman sabar. Kalau cepat bosan, tanam benda lain.
Boleh, tapi bersabarlah. Dari biji, pokok ambil masa dua hingga tiga tahun untuk matang. Gunalah rizom matang atau sulur sihat dari ladang — kurang drama, cepat hasil.
Rumput rampas baja dan cahaya. Serangga seperti belalang dan ulat batang suka pokok muda. Dalam sebulan boleh habis satu batas kalau tak dikawal awal-awal.
Kantan bukan pokok ikut mood. Dia perlukan jadual pembajaan yang konsisten. Awal tanam gunakan dolomit dan baja subur. Bila pokok dah stabil, guna NPK 16:16:16. Bila matang, baru masukkan baja bunga. Konsisten — bukan ikut semangat hujung minggu saja.
Kantan sebenarnya sangat pemurah. Bila dijaga betul, dia akan bagi bunga berpanjangan sampai tak cukup bakul nak kutip. Tapi bila tersalah langkah, dia akan senyap sunyi — macam cinta bertepuk sebelah tangan. Macam kisah saya dan Nadiah.
Kalau pernah buat kesilapan sebelum ni, jangan risau. Pokok masih boleh dirawat. Yang penting, jangan ulang kesilapan sama. Jika belum tanam lagi, sekurang-kurangnya sekarang dah tahu apa yang jangan dibuat.
Kesimpulannya, menanam pokok kantan memerlukan kesabaran, ilmu dan disiplin. Ia bukan sekadar cucuk tanam dan tunggu hasil. Tetapi jika dijaga dengan betul, kantan akan menjadi tanaman yang sangat pemurah berbunga sepanjang tahun dan menjimatkan belanja dapur. Pokok ini bukan saja memperindah laman, malah membawa nilai tinggi dalam masakan dan pasaran.
Nak pokok pisang subur dan buah lebat? Ini cara penjagaan yang betul, ramai tak tahu! Ramai antara kita gemar tanam pokok pisang di halaman rumah, ada yang sekadar sepokok, tak kurang juga yang menanam berderet keliling rumah. Tapi, bukan semua tahu cara penjagaan yang betul supaya pokok pisang bukan saja hidup, tapi membesar dengan subur dan menghasilkan tandan buah yang berkualiti.
Kalau selama ini hanya siram dan biarkan saja pokok membesar sendiri, ini masanya untuk ubah cara. Tip penjagaan berikut dikongsi oleh seorang Pengurus Ladang Pisang berpengalaman yang tahu rahsia hasilkan pisang yang besar, berat dan manis.
Kekalkan 8 pelepah daun sahaja pada satu-satu masa
Ini penting untuk pastikan tenaga pokok tertumpu kepada pertumbuhan buah dan bukan hanya menyokong daun yang banyak.
Sikat selebihnya serta jantung pisang perlu dibuang. Langkah ini membantu buah tumbuh lebih besar dan berat.
*Gunakan stapler untuk kemaskan balutan dan pastikan hujung tandan juga ditutup sepenuhnya bagi lindungi buah daripada serangga dan cuaca.
*Bila jantung mula keluar, kurangkan daun kepada 6 helai.
*Ini supaya nutrien pokok lebih tertumpu pada pembesaran buah, bukan daun.
*Anak pokok pertama hanya dibiar hidup selepas jantung keluar.
*Tujuannya adalah supaya pokok induk dapat tumbuh dengan sihat dan kuat tanpa diganggu oleh anak pokok yang bersaing.
*Selepas jantung dipotong, biarkan hanya 4 helai daun.
*Ini fasa terakhir sebelum buah matang, jadi penjagaan fokus kepada buah sepenuhnya.
Hentikan pembajaan apabila jantung sudah keluar.
*Jika dibaja juga, buah pisang akan menjadi keras dan tak manis. Ia menjejaskan kualiti hasil.
Waktu tanam: Letak penggalak akar dalam lubang tanam.
3 bulan selepas tanam: Guna baja jenis 15:15:15 (baja subur).
6-7 bulan usia pokok: Tukar kepada baja buah 12:12:17:2.
Kuantiti baja: Cukup sekadar segenggam atau lebih kurang 250 gram untuk setiap pokok.
*Tak perlu mencangkul tanah di sekeliling pokok untuk buang rumput.
*Meracun lebih mudah dan berkesan. Bancuhan racun: 70ml racun dicampur dalam 18 liter air. Kacau sebati sebelum digunakan supaya kesan maksimum dicapai.
*Elakkan gemburkan tanah kerana ini boleh menyebabkan pokok mudah tumbang.
*Jika daun kelihatan kuning berkarat atau batang jadi berlendir dan berbintik hitam, besar kemungkinan pokok dijangkiti kulat. Cara rawatannya:
*Sembur seluruh pokok dengan larutan kapur hingga pokok kelihatan putih keseluruhan. Ini akan bantu halang kulat daripada merebak.
Tandan buah boleh dituai apabila 2 hingga 3 pelepah daun telah kering dan layu. Itu petanda buah sudah matang dan sedia dipetik.
Kesimpulannya, pokok pisang bukan sekadar perlu air dan tanah. Dengan penjagaan yang betul, dari jumlah daun, cara membaja hingga kaedah tuai, anda bukan saja boleh hasilkan buah yang banyak, tapi juga berkualiti tinggi. Jangan tunggu, jom mula praktikkan tip ini hari ini!
Kerusi taman bukan sekadar tempat duduk, tetapi juga elemen penting dalam mencipta laman yang menarik dan berfungsi. Dengan pelbagai reka bentuk, bahan dan gaya, kerusi taman dapat meningkatkan estetika laman anda sambil memberikan keselesaan untuk bersantai. Berikut adalah panduan untuk memilih kerusi taman yang sesuai dan bagaimana ia boleh mengindahkan ruang luar anda.
Terdapat pelbagai jenis kerusi taman yang boleh dipilih berdasarkan keperluan dan gaya laman anda:
Untuk memastikan kerusi taman anda menyokong estetika dan fungsi laman, pertimbangkan perkara berikut:
Susunan kerusi taman yang baik boleh mengubah laman anda menjadi ruang yang menarik dan berfungsi:
Untuk meningkatkan daya tarikan kerusi taman, tambahkan elemen pelengkap seperti:
Agar kerusi taman kekal cantik dan tahan lama:
Kerusi taman yang dipilih dengan bijak boleh mengubah laman anda menjadi ruang yang menawan dan berfungsi. Dengan mempertimbangkan jenis bahan, gaya, dan susunan yang sesuai, anda boleh mencipta laman yang bukan sahaja cantik tetapi juga mengundang untuk bersantai dan menikmati masa bersama keluarga atau rakan. Pilih kerusi yang mencerminkan personaliti anda dan nikmati keindahan laman yang diperindahkan dengan sentuhan kreatif.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.