Frangipani atau juga dikenali pokok kemboja memang cantik dan sesuai untuk ditanam di laman rumah. Pokok ini seringkali di lihat di kawasan perkarangan kubur, lantaran baunya yang wangi dan mudah dijaga.Bunga kemboja mempunyai bau yang sangat harum seperti campuran bunga melur dan limau.

Pokok kemboja mula berbunga pada awal musim panas sampai musim luruh. Bunga-bunga pokok muncul pada tangkai di hujung dahan.Sekuntum bunga terdiri daripada sari salut berbentuk tiub 3-10.2 sm panjang yang pecah menjadi lima kelopak bulat dan berlilin. Kelopak-kelopak ini berwarna merah menyala, kuning, putih kekuning-kuningan, atau jingga.

Namun demikian, pokok ini juga sangat sesuai ditanam di laman rumah sebagai pokok tumpuan (focal point) kerana warna bunganya yang cantik dan harum. Bau bunganya lembut dan menenangkan, sesuai ditanam dekat patio atau laluan masuk.Sekaligus dapat menyerlahkan laman berkonsep Bali atau Tropika.

Ada beberapa perkara penting yang perlu pemilik laman ambil tahu sebelum membuat keputusan untuk menanam pokok kemboja ini.

Kelebihan Frangipani di Laman Rumah:

1. Sangat Cantik & Eksotik
– Bunga besar, berwarna putih, kuning, pink atau merah.
– Harum terutamanya waktu pagi & petang.

2. Senang Jaga
– Tak perlukan banyak air (jenis tahan kering). Sesuai sangat untuk cuaca panas Malaysia.
– Boleh hidup dalam tanah biasa selagi ada saliran air yang baik.
– Tak cerewet baja.

3. Mudah Berbunga
– Kalau kena cahaya matahari penuh (full sun), dia akan berbunga sepanjang tahun.

Ads

4. Tumbuh Perlahan
– Tak cepat besar, jadi sesuai untuk laman rumah bersaiz kecil atau sederhana.
– Boleh bentuk macam bonsai atau trim jadi pokok renek rendah.

FRANGIPANI Berbau Wangi & Mudah Jaga, Focal Point Laman Serlah Gaya Bali & Tropika

Idea Penataan Frangipani di Laman

1. Tanam Sebagai Pokok Fokus (Focal Point)
Letak satu pokok Frangipani di tengah laman, pasangkan spotlight untuk efek dramatik waktu malam.

2.Padankan Dengan Batu Coral Putih
Letak batu koral atau kerikil putih di sekeliling pangkal pokok untuk tampak bersih & moden.

Ads

3.Gabungkan Dengan Elemen Air
Letak berdekatan kolam mini atau pancuran air, kombinasi pokok dan air beri rasa damai ala spa.

4. Pasu Besar di Sudut Laman
Frangipani juga sesuai ditanam dalam pasu besar. Letak di sudut laman atau dekat pintu masuk tampak eksklusif dan kemas.

5. Mix & Match Tanaman Tropika
Campur dengan pokok heliconia, keladi, dan palem kecil untuk gaya tropika maksimum!

FRANGIPANI Berbau Wangi & Mudah Jaga, Focal Point Laman Serlah Gaya Bali & Tropika

Ads

Tip Tanam Kemboja Cina

Lokasi: Tempat panas & terbuka (minimum 6 jam cahaya matahari).
Medium: Tanah berpasir atau tanah campur dengan saliran baik.
Siram: Seminggu 1–2 kali sudah cukup (jangan terlalu kerap, akar mudah reput).
Pruning: Trim bila perlu untuk bentuk pokok & buang dahan mati.

Boleh juga tanam dalam pasu besar (untuk kawalan saiz & mudah ubah).

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:TIP Pokok KEMBOJA CINA Banyak Tunas Berbunga Lebat, Cucuk Dahan Dengan Lidi!
Baca Lagi Di Sini: Ini Teknik Pasti Menjadi Untuk Hasilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna
Artikel Menarik: 4 Tanaman Hias ‘Penarik’ Semut, Jangan Pelik Kalau Bertambah Banyak Di Rumah

IMPIANA: Jadi buat yang berhasrat untuk tanam pokok sebagai tanaman focal point di laman rumah, boleh pertimbangkan untuk tanam pokok frangipani ini. Bukan sahaja cantik dan nampak eksotik, malah mudah dijaga dan berbau semerbak harum.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI