Guna extension plug, praktikal tapi boleh undang bahaya. Tidak dinafikan, penggunaan soket sambungan atau extension plug menjadi pilihan ramai kerana memberikan kemudahan, terutama ketika mengecas telefon bimbit di sebelah katil.

Guna Extension Plug, Praktikal Tapi Boleh Undang Bahaya

Bagaimanapun kemudahan ini sering disalahgunakan sehingga mengundang risiko keselamatan yang besar.

Ramai antara kita mengambil ringan amaran berulang kali mengenai bahaya penggunaan berlebihan alat ini. Asalkan masih berfungsi, ia terus digunakan tanpa mengambil kira had keselamatannya.

Guna Extension Plug, Praktikal Tapi Boleh Undang Bahaya

Bahaya Litar Pintas Kerana Beban Berlebihan

Extension plug sememangnya membantu, tetapi ia tidak direka untuk menampung aliran tenaga elektrik secara berterusan, terutamanya jika digunakan melebihi kapasiti. Kebanyakan soket utama hanya mampu menyokong sehingga 13 ampere.

Jika semua port digunakan serentak hanya untuk mengecas telefon atau alat elektrik ringan (kurang 1 ampere setiap satu) dan tidak kekal aktif sepanjang hari, maka penggunaannya masih dianggap selamat. Namun, risiko mula meningkat apabila alat-alat berkuasa tinggi disambungkan serentak — seperti:

Cerek elektrik: 8A

Periuk nasi: 8A

Seterika: 5A

Peti sejuk: 3A

Penyaman udara mudah alih (1.5HP): 5.5A

Ads

Apabila beban keseluruhan melebihi kapasiti, sepatutnya alat pemutus litar (MCB) akan menghentikan arus elektrik secara automatik. Tetapi ramai pengguna masih menggunakan papan agihan elektrik (DB) dengan komponen murah dan tidak berkualiti, menyebabkan MCB gagal berfungsi seperti sepatutnya walaupun berlaku overload.

Guna Extension Plug, Praktikal Tapi Boleh Undang Bahaya

Kesan Buruk: Dari Kabel Cair Hingga Kebakaran

Kesan beban berlebihan ini akan menyebabkan kabel menjadi panas, soket mula mencair, dan penebat kabel mula retak. Apabila ini berlaku, litar pintas boleh tercetus.

Lebih membimbangkan, ada pengguna yang sanggup memintas fius utama (cut-out) di meter luar dengan menggunakan dawai tembaga yang tebal supaya tidak terputus walaupun berlaku lebihan arus.

Tindakan ini sangat berbahaya kerana jika berlaku percikan api, kabel akan terbakar dan menjalar ke struktur kayu di bahagian bumbung rumah. Dalam masa kurang 10 minit, api boleh marak dan menyebabkan kebakaran besar.

Guna Extension Plug, Praktikal Tapi Boleh Undang Bahaya

Penggunaan extension plug secara berhemah sangat penting. Elakkan menyambungkan peralatan berkuasa tinggi secara serentak dan pastikan alat keselamatan elektrik di rumah adalah dari jenama yang berkualiti. Ingat, kemalangan elektrik boleh dielakkan jika kita lebih cakna dan bertanggungjawab terhadap penggunaan peralatan harian di rumah.

Malang memang tidak berbau. Jangan tunggu sehingga tragedi berlaku untuk berubah.

Ads

Sumber: Mohd Khairul (Ilham Dekorasi)

Baca artikel lain juga: Jangan Main Cucuk Saja! 5 Jenis Extension Plug Bahaya Yang Patut Dijauhkan

Boleh Jadi Punca Kebakaran, 5 Jenis Extension Plug Perlu Elak!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI